Akhirnya, Siap Juga Cybertruck

Selepas tiga tahun Tesla berjaya membuktikan bahawa pihaknya berjaya menghasilkan trak pikap elektriknya yang dikenali sebagai Cybertruck, baru-baru ini.
Bagi yang tidak tahu, Tesla Cybertruck sebenarnya ditayangkan pada November 2019, namun pengeluarannya gagal atas sebab-sebab tertentu.
Namun selepas tiga tahun, syarikat gergasi itu akhirnya berjaya menghasilkan sebuah unit Cybertruck.
Difahamkan, proses pemasangan trak gergasi itu dilaksanakan di sebuah kilang yang terletak berhampiran Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Perkara itu diumumkan Tesla menerusi ciapannya di Twitter dimana syarikat itu menyatakan bahawa Cybertruck pertama telah dibina di Giga Texas.
Menerusi ciapan itu, Tesla turut memuat naik gambar sebahagian besar pekerjanya bergambar dengan Cybertruck berkenaan.
Menurut sumber dalam talian, unit pertama yang dihasilkan oleh Gigafactory itu adalah antara model pengeluaran yang bertujuan untuk menilai cara paling cekap untuk menghasilkan trak eketrik secara beramai-ramai.

Dikhabarkan, Tesla berhasrat untuk memulakan pengeluaran Cybertruck pada tahun ini dengan menghasilkan sekurang-kurangnya 375,000 unit untuk setiap tahun.
Tesla akan menghasilkan tiga model Cybertruck, antaranya yang mampu membuat pecutan dari sifar hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh kurang tiga saat.

Di sebalik berita Tesla akan membuka ibu pejabatnya di Cyberjaya, Selangor, nampaknya Tesla ada mempamerkan Cybertruck untuk pasaran tempatan.
Penampilan tersebut menunjukkan bahawa Cybertruck akan ditawarkan di beberapa pasaran jiran seperti Thailand yang merupakan peneraju pasaran trak pikap selain Hong Kong, Australia dan New Zealand.
Walaupun model itu sedang dipratonton dalam talian melalui halaman yang khusus namun ia masih tidak tersedia untuk pra-pesanan pada ketika ini kerana pengeluarannya dilihat masih rendah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
