Alphard RM538K, Vellfire RM438K, Mana Pilihan Korang?

UMW Toyota Motor kini sudah membuka tempahan untuk Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu.
Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dijual pada harga RM538,000 manakala Toyota Vellfire 2.5 pula berharga RM438,000.
Bagi Alphard 2.4T Executive Lounge, ia disumbat dengan enjin DOHC 2.4L 16 bersama pengecas turbo dan intercooler.

Ia dipadankan dengan transmisi Automatic Direct Shift 8-kelajuan dengan Penukar Berurutan serta Paddle Shifters.
Maka, ia menghasilkan output 275 hp dan tork 430 Nm.
Sementara itu, Vellfire pula menampilkan enjin 2.5 liter 2AR-FE yang mana ia mampu menghamburkan kuasa 180 hp dan 235 Nm.
Ia digandingkan dengan transmisi CVT-i dengan Sports Sequential Shiftmatic.
Difahamkan, ia juga dilengkapi dengan Front Performance Brace dimana terdapat transmisi kuasa yang cekap bagi memastikan pengendalian dan prestasi kestabilan yang baik.
Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, model 7-tempat duduk baharu itu disifatkan sebagai kenderaan berkualiti terbaik yang akan mencipta suasana kemewahan yang boleh dibanggakan oleh pelanggan.

“Alphard dan Vellfire baharu menampilkan reka bentuk yang cukup gah, dilengkapi gril tersendiri dan lampu LED penuh dengan lampu isyarat berjujukan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan untuk penglihatan dan kehadiran yang optimum di atas jalan.
“Malah, sentuhan premium dalam kabin membuatkan Alphard dan Vellfire kini lebih mewah. Ia kini hadir dengan penghasilan kulit dan material kayu termasuk bumbung kaca panoramik yang menonjolkan kabin dengan pencahayaan semula jadi," katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman anda, terdapat 64-warna di sepanjang sisi siling.
"Model ini juga dilengkapi lampu bacaan boleh laras untuk memastikan keterlihatan maksimum tanpa menjejaskan keselesaan.
"Di bahagian pemandu pula menampilkan kokpit ala jet peribadi dengan semua suis mekanikal dan butang kawalan diletakkan secara optimum untuk mudah dicapai," katanya.
Malah, Alphard dan Vellfire kini hadir dengan lampu utama LED dan lampu membelok jenis sekuential depan dan belakang bagi membantu pemandunya memberi penglihatan yang lebih baik.
Ruang kabin Alphard dan Vellfire kini tampil lebih mewah dengan penggunaan bahan kulit dan woodgrain dan bumbung kaca panorama.

Tempat duduk barisan pertama hadapan dan belakang dilengkapi pemanas tempat duduk dan pengudaraan.
Selain itu, tempat duduk baris pertama belakang Alphard 2.4T Executive Lounge mempunyai fungsi urutan tempat duduk yang eksklusif.
Bagi yang berminat, kedua-dua model itu boleh didapati dengan pilihan empat warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Black.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan
UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.
18-04-2025
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
23-12-2024
Berita Terkini
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat