Bahagian Dalam MINI Cooper Pula Didedah

Dengan beberapa imej teaser yang ditayangkan sejak kebelakangan ini, nampaknya MINI Cooper versi elektrik ini akan dilancarkan tidak lama lagi.
Ini kerana bahagian luar dan dalamnya sudah pun didedahkan sebelum ini namun ada lagi info MINI Copper yang perlu dikongsi untuk anda.

Sebelum ini, kami ada mendedahkan mengenai reka bentuk MINI Cooper dimana ia menampilkan kabin retro futuristik dengan adanya paparan berbentuk bulat.
Di sebalik penampilan yang diilhamkan secara retro, terdapat banyak lagi yang perlu dirungkai tentang paparannya kerana ia menampilkan pelbagai kemudahan moden, setanding dengan rancangan syarikat untuk melompat ke arah era digital.
Antaranya, paparan OLED 9.4-inci berfungsi dengan menggunakan Sistem Operasi MINI baharu 9.
Ia merupakan versi terkini perisian Infotainmen BMW Group berdasarkan susunan perisian Android Open Source.


MINI Cooper ini didatangkan dengan antara muka Mod Pengalaman MINI yang cukup minimalis yang dioptimumkan dengan sentuhan dan arahan suara selain terdapat tiga mod iaitu – Core, Green, and Go-Kart.
Bercakap mengenai arahan suara, MINI Cooper baharu ini juga didatangkan dengan bantuan suara secara alam maya.
Ia didatangkan dengan imej Bulldog yang Bernama Spike dimana ia menyediakan pelbagai akses seperti kawalan kenderaan, termasuk untuk media, panggilan telefon, navigasi serta kawalan iklim.


Lebih penting lagi, sistem infotainmen yang berasaskan Android dilengkapi dengan sambungan 5G sekali gus membolehkan perisian melalui udara (OTA) pantas dikemaskini dengan pantas.
Sambungan berkelajuan tinggi tersebut juga membolehkan akses kepada MINI Connected Store, di mana pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi seperti permainan AirConsole, perkhidmatan penstriman media seperti YouTube, Netflix dan Spotify, dan banyak lagi.

Mengenai audio, MINI Cooper EV ini akan didatangkan dengan bunyi pemanduan baharu.
Dimaklumkan terdapat 30 isyarat bunyi dan jingle baharu bagi membolehkan pengguna memilih dan mengoptimumkan bunyi kabin mereka.

MINI Cooper EV generasi yang akan datang ini bakal hadir dalam dua varian: Cooper E dan Cooper SE.
Dengan semua butiran yang dikongsi MINI, nampaknya sudah masanya MINI Cooper membuat penampilan sulungnya dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQN8214
SELANGOR
BSM8749
JOHOR
JYS4243
PULAU PINANG
PSA2314
PERAK
APF6142
PAHANG
CFF5608
KEDAH
KGE5759
NEGERI SEMBILAN
NEJ6525
KOTA KINABALU
SJQ5882
KUCHING
QAB3601N
Terakhir Kemas Kini 04 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Service Fast Lane Pertama BMW & MINI Diperkenalkan di Malaysia: Ada Lounge Cun!
Auto Bavaria memperkenalkan pusat Service Fast Lane khas bagi kereta BMW & MINI yang pertama di Malaysia.
28-04-2021
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat