Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak paling sofistikated di Malaysia, telah menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, acara itu merupakan satu pengalaman yang luar biasa yang membolehkan pihaknya membawa keterujaan MINI ke tahap maksima buat para MINIacs dan peminat pemanduan melalui MINI JCW Track Day.


"Dengan barisan lengkap model JCW baharu dipertontonkan di litar, dalam varian petrol dan elektrik, prinsip kami mengenai Keterbukaan Teknologi dan Kuasa Pilihan benar-benar direalisasikan, menggabungkan tenaga beroktan tinggi, pengendalian tepat ala go-kart, dan keterujaan pemanduan unggul terhadap kenderaan hebat yang menguasai setiap selekoh.


"Memandu model JCW mengingatkan kita kepada ciri yang menjadikan pengalaman pemanduan MINI begitu unik iaitu tahap responsifnya, ketepatan dalam setiap selekoh, serta keserasian erat antara pemandu dan kenderaan," katanya.
MINI JCW Track Day 2025 juga dianjurkan bagi memberi penghormatan kepada legasi abadi John Cooper, tokoh berpandangan jauh yang berjaya mengangkat sebuah kereta kompak yang sederhana menjadi juara dalam arena sukan permotoran.
Barisan model terbaharu dalam rangkaian John Cooper Works merupakan lambang keunggulan dalam gaya sporty dan keunikan keperibadian, menampilkan tiga model baharu yang menggabungkan rekaan asli dengan perincian premium berasaskan prestasi.
Untuk makluman anda, acara ini juga akan dibuka kepada orang awam bermula dari 24 hingga 25 Mei ini di lokasi yang sama.
Acara ini sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman memandu beberapa model MINI JCW terbaharu dan yang penting merasai prestasi, pemanduan, dan warisan sukan permotoran yang menjadi identiti John Cooper Works.
Bagi yang tidak tahu, MINI JCW Track Day 2025 sebenarnya direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang cukup memukau.

Selain itu, terdapat pelbagai model MINI JCW terkini termasuk JCW Electric yang baru dilancarkan dan versi enjin pembakaran tulennya, serta crossover JCW Aceman dan JCW Countryman.
Terdapat dua zon yang disediakan iaitu Zon Pemanduan MINI JCW sepanjang 3.4 kilometer. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk menguji keupayaan setiap model pada tahap maksimum, termasuk pecutan berkelajuan tinggi dan pengendalian tepat di selekoh.
Sementara itu, Zon Litar e MINI JCW menawarkan susun atur yang lebih teknikal yang mencabar pemandu dengan ujian daya tarikan, kawalan dan brek di bawah beban tinggi.
Susun atur ini diilhamkan daripada litar lagenda Kartdromo Parma di Itali—sebuah litar bersejarah yang pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia dan Eropah Karting, serta medan latihan untuk legenda Formula 1.
Terdapat juga ,pameran interaktif yang menampilkan bukan sahaja barisan lengkap MINI JCW, tetapi juga pilihan model MINI terkini, termasuk MINI Cooper SE Electric, MINI Cooper 5-Door, MINI Convertible baharu, serta MINI Aceman.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pengalaman gaya hidup yang mengasyikkan seperti karaoke dalam kereta, MINI AI Photo Booth, dan banyak lagi.
Sempena MINI JCW Track Day 2025, MINI Malaysia menawarkan promosi eksklusif sehingga 30 Jun 2025, termasuk sehingga 10 tahun servis percuma untuk kenderaan MINI terpilih, serta subsidi insurans motor komprehensif sehingga RM3,000.
Bagi pelanggan yang membeli MINI Aceman SE dan MINI Countryman SE, mereka akan menikmati lanjutan jaminan MINI selama 4 tahun secara percuma untuk kenderaan mereka, memastikan kebolehpercayaan jangka panjang.
Dalam promosi terhad ini, pakej servis percuma selama 10 tahun akan diberikan kepada kedua-dua model tersebut. Pelanggan yang memilih kedua-dua model elektrik juga akan menerima MINI Wallbox secara percuma, dan pelanggan yang layak akan menerima rebat jualan korporat menarik sehingga 8%.
Bagi yang berminat dengan acara MINI John Cooper Works Track Day 2025 , KLIK!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3656
SELANGOR
BSU4659
JOHOR
JF8906J
PULAU PINANG
PSG4937
PERAK
APM3216
PAHANG
CFJ1468
KEDAH
KGJ4890
NEGERI SEMBILAN
NEM3136
KOTA KINABALU
SJU5908
KUCHING
QAB7654P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Untung Jadi Bintang Popular, Dapat Kereta Mewah
Bell Ngasri menerima Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd.
31-07-2023
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak
MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
02-12-2025
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
08-10-2024
Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!
Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.
24-07-2024
MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!
,BMW Group Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model BMW, MINI serta BMW Motorrad.
22-05-2024
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
