Bolehkah Pemilik Tesla Recond Guna Supercharger Tesla? Ini Jawapan Tesla Malaysia
-full.jpg)
Tesla kini telah rasmi memulakan operasinya di Malaysia. Bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), Tesla Motors Malaysia (TMM) bakal menyediakan sebanyak 50 stesen Supercharger di negara ini menjelang tahun 2026, dengan janji bahawa 30% daripadanya boleh diakses oleh kenderaan bukan Tesla. Rangkaian Tesla Supercharger di Malaysia akan menggunakan modul Supercharger V3, yang mempunyai kadar cas maksimum 250 kW.
TMM telah mengenal pasti dan sedang berusaha untuk menubuhkan 10 lokasi Supercharger Tesla di seluruh Malaysia, dengan salah satu daripadanya telah disiapkan dan menunggu kelulusan operasi daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
-full.jpg)
Sembilan lokasi Supercharger lain terletak di Iskandar Puteri (Johor), Negeri Sembilan, Dengkil, Bukit Jalil, Sunway, Jalan Raja Chulan, Jalan Kuching, Ipoh (Perak), dan Perai (Pulau Pinang).
Hari ini, CariCarz.com berkesempatan berbual dengan wakil daripada TMM bagi mengetahui tahap sokongan yang akan diberikan kepada kereta Tesla yang telah dan masih dijual oleh peniaga import grey atau recond tempatan.
-full.jpg)
-full.jpg)
Menjelaskan mengenai perkara ini, TMM mendedahkan bahawa pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan pakej penggunaan untuk kereta Tesla recond di Malaysia, oleh itu, semua tuntutan jaminan perlu diuruskan di negara asal kenderaan tersebut. Walau bagaimanapun, pembaikan akan tertakluk kepada ketersediaan alat ganti tempatan kerana beberapa bahagian dalam model Tesla berbeza bergantung kepada lokasi pasaran asal model recond yang dijual itu. Ini termasuk bahagian seperti gas penyejuk udara kenderaan, kompresor, dan lain-lain.
-full.jpg)
Berkenaan akses rangkaian Supercharger, TMM tidak akan menafikan hak pemilik Tesla recond untuk menggunakan kemudahan pengecas Supercharger. Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan Model Y dan Model 3 recond akan dapat mengakses rangkaian Supercharger di Malaysia secara terus sebaik ia dilancarkan.
Bagaimanapun, bagi Tesla Model S dan Model X, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan mereka ke pusat servis TMM untuk membuat pengubahsuaian kecil pada port cas. Mereka juga perlu mendapatkan adapter rasmi Tesla jika diperlukan untuk mengakses Supercharger. Kos pengubahsuaian ini termasuk adapter dijangka antara RM1,500 hingga RM2,000.
Dengan kata lain, pemilik Tesla sedia ada di Malaysia, sama ada unit rasmi atau recond tidak perlu risau kerana anda dapat memanfaatkan Supercharger Tesla apabila ia dilancarkan tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH2475
SELANGOR
BSR8069
JOHOR
JA7144J
PULAU PINANG
PSE1075
PERAK
APK1293
PAHANG
CFH2445
KEDAH
KGH2378
NEGERI SEMBILAN
NEL1038
KOTA KINABALU
SJT2182
KUCHING
QAB2395P
Terakhir Kemas Kini 23 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Empat Pengecas Pantas Tesla Supercharger V4 Kini Di Pavilion Damansara Heights
Tesla Malaysia memperluaskan jaringan pengecasan pantasnya dengan melancarkan stesen pengecasan pantas Supercharger V4 baharu yang terletak strategik di Pavilion Damansara Heights.
21-10-2025
Tesla Supercharger Sah Dibuka Di 14 Lokasi Ini!
Tesla Malaysia (TM) rupanya telah bergerak aktif untuk menyediakan stesen pengesan Supercharger di pelbagai lokasi.
12-09-2023
Apa Ni, Supercharger Tesla HANYA Untuk Kereta TESLA
Kecoh, imej stesen pengecas Supercharger Tesla dah siap.
19-07-2023
Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj
Buat perjalanan ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.
17-06-2024
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama
Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
10-06-2024
Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...
08-04-2024
Tesla Supercharger Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang Kini Aktif – RM1.25/kWj
Tesla Motors Malaysia telah mengaktifkan stesen pengecas pertamanya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.
05-04-2024
Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini
Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y.
12-03-2024
Berita Terkini
Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya
Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.
23-07-2026
RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.
22-07-2026
EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety
Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.
22-07-2026
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
