BYD Dolphin, Harga Marhaen, Bawah RM100K

Sime Darby Motors menerusi BYD melancarkan model kedua kenderaan elektriknya, BYD Dolphin ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.
Ia hadir dalam dua varian iaitu Dynamic Standard Range dan Premium Extended Range dimana Standard Range dijual pada harga RM99,900 manakala yang premium pula berharga RM124,900.
Kedua-dua varian ini disumbat dengan motor tunggal yang memacu di hadapan dimana Standard Range mampu menghamburkan kuasa setakat 94hp dan tork 180Nm.

Varian ini memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 12.3 saat. Apa yang cukup menarik ialah BYD membangunkan sendiri bateri Blade lithium iron phosphate (LFP).
Varian standard ini sebenarnya boleh dicas dengan menggunakan pengecasan AC (Type 2) sehingga 7 kW serta pengecasan pantas DC (CCS2). Maka dengan sekali cas, varian ini boleh bergerak sejauh 410 kilometer (km)
Bagi Premium Extended Range pula, ia disumbat dengan motor elektrik yang cukup berkuasa. Maka, ia mampu menghamburkan kuasa 201 hp dan tork 310Nm.


Dari segi pecutannya pula, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7 saat.
Untuk makluman anda, jika varian tertinggi menggunakan pengecas pantas DC, baterinya akan penuh dari 30%-80% , hanya dalam masa 30 minit dan ia boleh bergerak sejauh 490km.
LUARAN:

Menjengah bahagian luarannya, ia dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED dengan Follow Me Home.
Kereta comel ini juga turut dipadankan dengan bantuan lampu tinggi, ada lampu nyalaan siang hari jenis LED manakala lampu belakang juga LED.

Bagi varian Standard, ia digandingkan dengan rim aloi bersaiz 16 inci manakala varian Premium pula bersaiz 17 inci.

Biarpun, ia cuma setinggi penulis yang setinggi 157 sentimeter namun bagi hemat penulis, ia cukup sesuai bagi yang mahu berjinak-jinak menggunakan EV pertama pada harga yang cukup berpatutan.
Sebelum terlupa, ukuran dimensinya ialah ia adalah sepanjang 4,290mm, selebar 1,770mm dan setinggi 1,570 mm manakala jarak rodanya cuma 2,700 mm.
KABIN
Ketika melangkah masuk ke dalam kabin Premium Range, ia menawarkan kabin yang cukup luas dimana ia menimbulkan aura orang muda.
Apa tidaknya, ia dilengkapi dengan bumbung panorama yang berkaca. Sewaktu membelek tombol gear, ia didatangkan dengan tombol berupa bulat. Pastinya, ia agak kekok buat mereka yang sudah biasa memegang tombol besar gedabak.
Ketika melabuhkan punggung ke tempat duduknya, penulis berasa begitu selesa. Mana tidaknya, ia dibaluti dengan kulit sintetik.
Bahagian kuncinya, ia didatangkan dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan terdapat butang penghidup enjin.

Ketika mata melerek ke bahagian papan pemukanya, terdapat panel digital bersaiz lima inci, terdapat cermin pandang belakang dengan fungsi kelam secara manual dan penapis udara PM2.5.
Namun berbeza sedikit dengan , Premium Extended Range. Mana tidaknya, harganya pun boleh tahan.
Maka, varian ini dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan.
Difahamkan, , kedua-dua varian diberikan skrin sesentuh pintar 12.8-inci, enam pembesar suara, navigasi satelit, sokongan Apple CarPlay, bbantuan suara dan dua unit port USB untuk konsol tengah dan dua unit lagi di belakang.
CIRI-CIRI KESELAMATAN:
Ia dilengkapi dengan sejumlah besar ciri keselamatan, antaranya:
• 6 beg udara
• Isofix
• Sistem pemantauan tekanan tayar
• Sistem brek pintar
• Agihan Brek Elektronik, Sistem Brek Anti Kunci
• Sistem brek parkir elektronik
• Sistem kawalan cengkaman
• Kawalan kestabilan elektronik (ESC)
• Amaran membuka pintu
• Paparan pandangan 360-darjah
• Penderia parkir ultrasonic
• Kawalan kelajuan adaptif (ACC)
• Brek autonomi kecemasan (AEB)
• Peninjau titik buta (BSD)
• Amaran lintasan trafik belakang (RCTA)
• Elan penukaran lorong (LCW)
• Sokongan kekal lorong (LKS)
• Amaran pelanggaran hadapan (FCW)
• Bantuan kekal lorong kecemasan (ELKA).

Bagi yang berminat, Standard Range didatangkan dengan warna Urban Grey dan Sand White manakala Premium Extended Range pula berwarna Atlantis Grey, Surf Blue dan Ski White.

Bagaimanapun warna bumbungnya pula berbeza.
Untuk makluman anda, BYD Dolphin datangkan dengan jaminan selama enam-tahun atau 150,000 km, dengan jaminan bateri pula selama lapan tahun atau 160,000 km.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri BYD DOLPHIN, kenderaan kini tersedia untuk tontonan dan pandu uji di One Utama, Aras Bawah, Tempat Letak Kereta Forecourt 28-30 Julai 2023 jam 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk keterangan lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQH2267
SELANGOR
BSL5627
JOHOR
JYP5108
PULAU PINANG
PRX4910
PERAK
APE531
PAHANG
CFE7267
KEDAH
KGD7601
NEGERI SEMBILAN
NEJ2480
KOTA KINABALU
SJP6851
KUCHING
QAB108N
Terakhir Kemas Kini 11 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
-0.02
RON 97
RM 3.11
-0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.89
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.09
-0.05
Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026
Berita Terkini
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?
Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.
09-01-2026
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!
Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.
08-01-2026
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!
Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.
02-01-2026
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi
Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.
01-01-2026
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100
Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.
17-12-2025
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat