BYD Tawar Pakej Servis Pasca Jualan Hingga 8 Tahun, Harga Dari RM1,688

Untuk meningkatkan pengalaman pemilikan jangka panjang pelanggan, BYD Sime Darby Motors telah mengumumkan dua pakej perkhidmatan pasca jualan yang baharu iaitu Pakej Servis Standard dan Pakej Servis Plus.
Untuk Pakej Servis Standard yang berharga antara RM1,688 hingga RM4,888, perlindungan yang ditawarkan adalah selama 3 tahun atau 60,000 km, 6 tahun atau 120,000 km, dan 8 tahun atau 180,000 KM. Pakej ini merangkumi servis minyak reducer, penukaran penapis pendingin hawa, servis bendalir brek, servis bahan penyejuk atau coolant, dan servis pendingin hawa.

Seterusnya ialah pakej perlindungan yang lebih komprehensif iaitu Pakej Servis Plus ditawarkan dengan tempoh perlindungan selama 6 tahun atau 120,000 km ataupun 8 tahun atau 160,000 km. Pakej ini merangkumi perkhidmatan tambahan seperti penggantian cecair pembersih cermin, penggantian pengelap cermin (hadapan dan belakang), penukaran bateri kunci kawalan jauh, penggantian bateri 12V, serta penggantian brek pad dan rotor (hadapan dan belakang).
Mengenai harga, Pakej Perkhidmatan Plus untuk tempoh 6 tahun atau 120,000 km ditawarkan pada harga RM7,888, manakala perlindungan lebih lama, 8 tahun atau 160,000 km pula berharga RM12,888.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors Retail & Distribution Southeast Asia, Hong Kong, dan Macau, Jeffrey Gan berkata, "Kami dengan gembira mengumumkan pelancaran pakej perkhidmatan baharu ini untuk memastikan komitmen yang tinggi untuk menyediakan perkhidmatan yang memberikan ketenangan jiwa kepada semua pemilik BYD di Malaysia.”
Selain daripada pakej perkhidmatan pasca jualan baharu ini, BYD Sime Darby Motors juga mengumumkan pembukaan tiga pusat Badan & Cat (B&P) syarikat. Pusat-pusat ini terletak secara strategik di Pulau Pinang, Bukit Jelutong, dan Johor Bahru.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pakej perkhidmatan yang diumumkan baru-baru ini, serta butiran operasi pusat BYD B&P yang baru ini, boleh didapati dalam talian melalui laman web rasmi BYD Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL6097
SELANGOR
BSS9221
JOHOR
JC6216J
PULAU PINANG
PSE8104
PERAK
APK7510
PAHANG
CFH4829
KEDAH
KGH6147
NEGERI SEMBILAN
NEL4834
KOTA KINABALU
SJT5920
KUCHING
QAB4199P
Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD Atto 3 2024 Kini di Malaysia – 1 Varian, Dari RM149,800
BYD Sime Darby Motors telah melancarkan BYD Atto 3 yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
05-05-2024
KECOH! Pra Tempahan BYD Seal Akan Dibuka
Pra tempahan BYD Seal akan dibuka pada 19 Januari ini.
16-01-2024
Hanya Ada 500 Unit BYD Atto 3 Limited Edition
BYD ATTO 3 Limited Edition dijual pada harga RM173,800.
08-12-2023
Berita Terkini
Padah Bayar Parkir Tapi Tak Selamat: Dua Tayar Kereta Ghaib Di Parkir LRT Bukit Tinggi
Sia-sia bayar parking.
19-08-2026
KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan
Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.
19-08-2026
Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera
Tragedi Lori Imigresen: PM Arah Siasatan Segera Kematian 3 Beranak.
19-08-2026
Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang
Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.
19-08-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Proton Persona Bakal Dihentikan, Serah Baton Selepas Jualan Hampir 500k Unit
Proton Persona Bakal Dihentikan: 19 Tahun Memori & 472k Unit Terjual.
18-08-2026
Baik Jalan Di Malaysia – Geng Motor Bengang Kena Saman Di Hatyai
Isu Saman Konvoi Di Hatyai: Tok Singa Syor Pemandu Malaysia Melancong Dalam Negara.
18-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat