Program Advanced Modern Apprenticeship Kembali Semula
-full.jpg)
Anda berminat untuk menjadi jurueknik Mercedes-Benz? Jika ya, ada berita baik untuk anda terutama buat lepasan SPM.
Ini kerana permohonan untuk menyertai program perantis Advanced Modern Apprenticeship Mercedes-Benz sudah dibuka.
Bagi yang berminat, anda perlu memiliki tiga kredit dalam SPM atau kelayakan yang setaraf, termasuk lulus dalam bahasa Inggeris.
Anda boleh membuat permohonan untuk menyertai program ini sehingga 31 Julai 2023.
Untuk makluman anda, kursus akan dijalankan di akademi latihan Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong.
Bercakap mengenai program itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, seiring dengan perkembangan teknologi dalam kenderaan Mercedes-Benz, pihaknya mahu meningkatkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi peningkatan permintaan.
“Dengan menggunakan platform pendidikan eksklusif kami di fasiliti latihan bertaraf dunia, kami boleh melahirkan golongan profesional yang akan menyumbang kepada rangkaian kami dan memastikan penyampaian yang luar biasa pengalaman pelanggan,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi yang tidak tahu, kursus perantisan tiga tahun itu merangkumi kurikulum komprehensif sejajar dengan sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang diluluskan secara global ditubuhkan oleh Mercedes-Benz Global Training.
Sejurus tamat program, peserta akan memiliki kelayakan SKM Tahap 3, C&G VRQ Tahap 3, Juruteknik Penyelenggaraan Berkelayakan (QMT), Juruteknik Sistem Berkelayakan (QST) / Juruteknik Bodywork Berkelayakan (QBT) / Berkelayakan Juruteknik Voltan-Tinggi (QHV), bergantung pada pengkhususan yang dipilih.

Mereka juga akan didedahkan dengan kemahiran persembahan, analisis kritikal, membuat keputusan, dan pemikiran sistematik sebagai juruteknik automotif yang pakar dalam sistem dan teknologi voltan tinggi.
Program berkenaan turut menjamin pekerjaan setelah selesai dengan jaminan minimum gaji pada tahun pertama.
Untuk keterangan lanjut, KLik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4167
SELANGOR
BSV2754
JOHOR
JH7325J
PULAU PINANG
PSH5271
PERAK
APN1957
PAHANG
CFJ4584
KEDAH
KGJ9031
NEGERI SEMBILAN
NEM6501
KOTA KINABALU
SJV2872
KUCHING
QAB642Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

