ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Renault-Geely-Kerjasama.jpeg


Syarikat automotif dari negara China, Geely Automobile Holdings dan syarikat Perancis, Renault SA telah menjalinkan kerjasama untuk membangunkan enjin petrol dan teknologi hibrid dengan pelaburan sebanyak 7 bilion euro (~RM36 bilion). 


Kerjasama ini dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan enjin pembakaran dalaman dan sistem hibrid yang lebih efektif ketika kebanyakan jenama dalam industri automotif lebih memberi tumpuan kepada pembangunan kenderaan elektrik (EV) yang memerlukan kos lebih tinggi.


Lynk--Co-03-TCR-Touring-Car.jpeg

Lynk & Co 03 TCR daripada Geely


Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li berkata, "Kami berbesar hati untuk memulakan perjalanan ini dan menjadi peneraju global dalam teknologi hibrid, menyediakan penyelesaian pelepasan emisi rendah bagi pengeluar kereta seluruh dunia." 

 

Menurut Renault, syarikat baharu ini akan melantik 19,000 pekerja untuk bekerja di 17 kilang enjin dan 5 pusat R&D. Syarikat ini dijangka akan membekalkan teknologi yang dibangunkan kepada pelbagai jenama automotif termasuk Volvo, Proton, Nissan, Mitsubishi Motors, dan PUNCH Torino.


Kilang-kilang di bawah kerjasama ini disasarkan untuk memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sehingga lima juta enjin pembakaran dalaman, hibrid dan hibrid plug-in. 


Renault-Rafale-Coupe-SUV-2024.jpeg

SUV Coupe Renault Rafale 2024


Laporan daripada Reuters mendedahkan, kerjasama baharu ini akan menghasilkan pendapatan tahunan sebanyak 15 bilion euro (~RM77 bilion).


Menurut Renault, Saudi Aramco, yang telah menandatangani surat niat dengan Geely dan Renault pada bulan Mac, sedang mempertimbangkan untuk membuat pelaburan strategik dalam syarikat baharu ini.


Proton-X90.jpeg

Geely memiliki 49.9% saham dalam Proton Holdings Berhad 


Pengeluar minyak Saudi sedang menjalankan perundingan untuk mengambil bahagian sehingga 20% dalam kerjasama ini. 


Akhir-akhir ini, banyak syarikat minyak besar telah bekerjasama dengan pengeluar automotif untuk mencipta enjin hidrogen dan bahan api lestari. Tetapi sekiranya perjanjian ini dapat dicapai, Aramco akan menjadi pengeluar minyak besar pertama yang melabur dalam industri automotif.


Pelancaran kerjasama ini dijangka akan diadakan pada separuh kedua tahun 2023.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX9715

SELANGOR

BSU9607

JOHOR

JH2516J

PULAU PINANG

PSH3426

PERAK

APM8470

PAHANG

CFJ3803

KEDAH

KGJ7694

NEGERI SEMBILAN

NEM5578

KOTA KINABALU

SJV1342

KUCHING

QAB9761P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

21-03-2025
Berita Auto

13-03-2025
EV

28-01-2025
Global

17-01-2025
Berita Auto

15-01-2025
EV

20-12-2024
EV

29-11-2024
EV

23-10-2024

Berita Terkini

Global

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.