Honda City e:HEV RS Facelift Kini Boleh Ditempah – Lebih Moden & Cekap Bahan Api

Honda City Facelift Generasi Ke-5 bakal dilancarkan di Malaysia!
Tempahan Honda City e:HEV RS Facelift yang akan dilancarkan pada suku ketiga 2023 sudah mula dibuka sekarang. Dengan konsep "The Best Gets Better", varian RS ini bakal hadir dalam reka bentuk yang lebih moden, trenkuasa yang lebih efisien serta ciri keselamatan yang lebih baik.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "Pada tahun 2020, Honda Malaysia melancarkan City Generasi ke-5 yang mendapat sambutan baik di pasaran. Pada tahun itu juga, kami meningkatkan lagi prestasi model terlaris kami dengan memperkenalkan City RS e:HEV buat kali pertama.
“Sejak dilancarkan, lebih daripada 68,600 unit City Generasi ke-5 telah dijual, dan pada separuh pertama 2023, kami telah menjual lebih daripada 10,000 unit. Terbukti, model Honda ikonik ini telah menjadi kegemaran dalam segmen dalam kalangan rakyat Malaysia."
REKA BENTUK YANG TELAH DIPERBAHARUI
Reka bentuk luaran City terbaru direka untuk menyerlahkan lagi gaya modennya. City e:HEV RS terbaru lebih panjang dengan reka bentuk bampar baharu, dengan panjang 4,589mm, lebar 1,748mm, dan tinggi 1,467mm.

City RS terbaru dilengkapi pembaharuan reka bentuk pada gril depan bermotif sarang lebah, gril depan di bahagian bawah, diffuser belakang, skirting sisi, dan logo "RS" yang direka semula. Reka bentuk sporty City RS terbaru dipertingkatkan lagi dengan bampar depan dan belakang baharu, serta penggunaan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci dalam reka bentuk terkini.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Honda City e:HEV RS facelift untuk pasaran Thailand
PENGGUNAAN BAHAN API YANG LEBIH EFISIEN
City e:HEV RS terbaru dikuasakan oleh enjin 1.5L e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik dengan Transmisi Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT), menghasilkan kombinasi sempurna untuk prestasi yang baik dan kecekapan bahan bakar. Gabungan sistem ini membolehkan kereta mencapai kuasa maksimum 108 hp (109PS) dan tork 253 Nm, yang merupakan tork tertinggi dalam kelasnya dan setara dengan tork enjin aspirasi natural dalam segmen D.
CIRI KESELAMATAN
Sistem bantuan keselamatan pemandu Honda SENSING dalam City e:HEV RS hadir dengan dua ciri baharu iaitu:
1. Low Speed Follow (LSF)
2. Lead Car Departure Notification (LCDN)
Ini menjadi nilai tambah kepada pembeli model terkini, melengkapkan lagi pakej Honda SENSING yang sudah merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (RDM), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB).
Untuk makluman, City Facelift bagi pasaran Thailand turut menerima peningkatan reka bentuk dan keselamatan yang sama, selain penambahbaikan di bahagian kabin yang termasuk tempat duduk yang kini diberikan balutan kulit dan sued. Berbeza dengan WR-V, ciri premium seperti sistem infotainmen dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay hanya ditawarkan pada varian tinggi.
TEMPAHAN DIBUKA

Laman web rasmi pra-tempahan Honda City Facelift Malaysia
Buat masa ini, Honda Malaysia masih tidak mendedahkan harga jualan versi facelift untuk varian RS dan juga perincian mengenai penambahbaikan yang dibuat pada varian lain. Bagaimanapun, apa yang pasti, berdasarkan laman pra-tempahan Honda Malaysia, City Facelift bakal ditawarkan dalam varian RS bukan hibrid. Selain itu, kehadiran varian 1.5 V dan 1.5 V-Sensing juga menandakan tidak semua varian facelift akan menerima Honda SENSING secara standard seperti yang ditawarkan di pasaran Thailand.
![]()
Untuk maklumat lanjut tentang City terbaru atau membuat tempahan, pelanggan boleh log masuk ke prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda di Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT9370
SELANGOR
BSP2438
JOHOR
JYU7857
PULAU PINANG
PSB4246
PERAK
APG6447
PAHANG
CFG2184
KEDAH
KGF3280
NEGERI SEMBILAN
NEK1353
KOTA KINABALU
SJR3802
KUCHING
QAB5481N
Terakhir Kemas Kini 19 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat