ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Sofea Najmi

9 hours ago

Kongsi melalui

CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-186.jpg


Dalam keadaan trafik yang tidak menentu, permukaan jalan yang pelbagai dan keterikan matahari negara kita, kereta yang selesa, selamat dan jimat minyak cukup penting untuk perjalanan jarak jauh seperti pulang ke kampung. Di sinilah Honda City e:HEV RS Facelift tampil sebagai pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.


Sempena Hari Raya Aidilfitri awal bulan lepas, CariCarz berpeluang untuk menggunakan sedan segmen B ini selama seminggu, berikut adalah sembilan sebab kenapa City e:HEV RS ini kereta yang terbaik untuk dijadikan teman perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga. 


1. Kombinasi Gaya Sporty & Elegan


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-073.jpg

CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-091.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-090.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-079.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-085.jpg


Dari segi rekaan, Honda City e:HEV RS sedap dipandang mata, walaupun tidaklah next level stylo seperti Civic, garis badannya di bahagian sisi membuatkannya kelihatan elegan, sementara perincian seperti gril bercorak sarang lebah eksklusif untuk versi RS, diffuser belakang dan spoiler, membuatkannya kelihatan menyerlah berbanding kebanyakan sedan dalam segmennya. 




2. Ruang Kabin Yang Luas & Praktikal


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-054.jpg


Honda City memang terkenal dengan keluasan kabinnya. Tiga dewasa boleh duduk dengan selesa di belakang. Ruang kaki dan kepala cukup selesa untuk saiz badan orang Asia, tetapi mungkin kurang selesa untuk mereka yang berbadan tinggi sehingga 6 kaki. 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-119.jpg


Ruang butnya juga cukup luas, dengan keluasan 410 liter, penulis dapat memuatkan sekitar tiga ke empat bagasi dan beg berukuran besar serta beberapa lagi beg kecil.


3. Keselesaan yang Dirasai Semua Penumpang 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-018.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-016.jpg


Tempat duduk yang direka semula untuk versi facelift ini menjadikannya lebih empuk dan ergonomik sama ada di bahagian pemandu, penumpang depan mahupun di belakang.


Untuk raya, penulis telah membawa keluarga menaiki Honda City dari KL ke Sabak Bernam sebelum ke Kuantan pada raya kedua dan ke Kuala Terengganu pada raya ketiga. Tiada sebarang 'aduan' daripada ahli keluarga yang sudah terbiasa menaiki Estima dan HR-V sebagai kereta keluarga. Semuanya menyatakan rasa selesa. 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-184.jpg


Kehadiran sistem penyaman udara untuk tempat duduk belakang juga menambahkan keselesaan. Duduk depan atau belakang, "make-up tak cair” walaupun cahaya mentari terik di luar. 


4. Pemandu ‘Tak Pening Kepala’


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-170.jpg


Kehadiran butang kawalan fizikal untuk pelbagai ciri penting kenderaan memudahkan akses semasa sedang memandu, berbeza dengan kebanyakan kereta moden lain yang ‘menghilangkan’ butang kawalan yang mana segalanya perlu ‘digali’ di dalam skrin infotainmen. 


Untuk perjalanan jarak jauh, kadangkala pemandu dibiarkan bersendirian apabila semua penumpang lain lena dibuai mimpi. Kemudahan untuk mengakses ciri-ciri seperti pendingin hawa dan audio cukup penting supaya pemandu kekal relaks sepanjang perjalanan. Turut memudahkan pemandu adalah kehadiran ciri auto brake hold dan brek parkir elektronik yang hanya ditawarkan pada varian ini. 


Mengenai skrin infotainmennya, ya, boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, tanpa memerlukan wayar. Tetapi, kekurangan skrin ini adalah apabila sinaran matahari terlalu kuat, sukar untuk melihat apa yang dipaparkan dengan jelas. 


5. Enjin Hibrid yang Canggih  


Screenshot-2025-05-19-at-04.25.27.png

Screenshot-2025-05-19-at-04.25.19.pngScreenshot-2025-05-19-at-04.25.40.png


Sistem e:HEV Honda (Sumber: Honda Global)


City e:HEV RS menampilkan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sama seperti sebelum ini di mana sistem hibrid yang digunakan bertukar secara automatik antara tiga mod pemanduan iaitu antara Electric Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive, bergantung kepada situasi dan gaya pemanduan. Pertukaran antara ketiga-tiga mod ini berlaku secara lancar tanpa memerlukan sebarang input daripada pemandu.


Sistem ini menggabungkan dua motor elektrik dan enjin petrol 1.5 liter Atkinson Cycle DOHC i-VTEC. Di atas kertas, motor elektrik utama menghasilkan 108 hp (109 ps) dan tork 253 Nm, disalurkan terus kepada roda hadapan untuk pemanduan harian. 


Sementara itu, enjin petrol pula yang memiliki kuasa sebanyak 97 hp (98 ps) dan tork 127 Nm bertindak sebagai penjana tenaga pada kebanyakan masa, tetapi boleh clutch-in secara langsung pada kelajuan tinggi melalui transmisi e-CVT satu kelajuan yang cukup efisien.


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-135.jpg


Berdasarkan paparan power flow pada skrin instrumen, aliran kuasa dan pengecasan sistem elektrik dapat dilihat dengan jelas. 


Di awal pemanduan dan pada kelajuan rendah, kereta akan meluncur dengan hanya menggunakan tenaga elektrik. Semasa kereta dipecut atau mendaki, sistem beralih kepada mod hibrid, kuasa elektrik masih digunakan, tetapi ketika ini enjin petrol dihidupkan untuk menjana tenaga elektrik. Enjin petrol akan mula berfungsi sebagai penggerak jentera sepenuhnya, apabila pedal ditekan dengan lebih agresif. Menambahkan lagi perisa, ada bunyi ‘garau’ enjin yang membangkitkan adrenalin. 


6. Berkuasa Tetapi Jimat Minyak 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-094.jpg


Jika dibandingkan dengan versi petrol, varian hibrid menjanjikan prestasi yang lebih mantap dengan masa pecutan 0-100 km/j hanya 9.9 saat, lebih pantas berbanding varian petrol V/RS pada 10.4 saat dan S/E pada 10.2 saat. 


Bagaimanapun, sebagai sebuah model hibrid dengan sistem i-MMD yang canggih seperti yang dijelaskan tadi, ia menjanjikan kadar penjimatan bahan api yang lebih tinggi. Berdasarkan angka di atas kertas, model hibrid mencatatkan penggunaan minyak hanya 3.6 liter/100 km atau 27.8 km/liter berbanding 5.6 liter/100 km atau 17.9 km/liter pada versi petrol. 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-114.jpg


Dalam dunia sebenar, berdasarkan pengalaman sepanjang sesi pandu uji, penulis berjaya mencatatkan kadar penggunaan serendah 20.7 km/liter dengan sesekali pecutan dibuat semasa memotong kenderaan depan, dengan kelajuan tertinggi 120 km/j dan kelajuan biasa antara 100-110 km/j dalam Eco Mode.


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-037.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-057.jpg


Dalam perjalanan dengan gaya pemanduan sedikit agresif, dengan kelajuan tertinggi 130 km/j tanpa Eco Mode, penulis berjaya mencatatkan kadar penggunaan bahan api sekitar 19 km/liter. 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-115.jpg


Dengan isian penuh hanya sekitar RM65 selepas tinggal 1 bar, Honda City e:HEV RS boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 735 km.


Dengan isian minyak penuh, jentera ini dapat mencapai jarak perjalanan sehingga 735 km! Untuk makluman, minyak diisi semasa tangki hanya tinggal 1 bar sahaja, dan dengan isian sekitar RM65, dapat memenuhkan satu tangki. 


7. Kekal Stabil Dipandu Laju


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-166.jpg


Satu lagi kelebihan versi hibrid ini adalah berat tambahan dari sistem bateri yang menjadikan kereta terasa lebih stabil pada kelajuan tinggi. Ini memberi lebih keyakinan terutama ketika membuat pecutan dengan kelajuan antara 110–130 km/j di lebuh raya.


Jika dibandingkan dengan varian bukan hibrid, varian tertinggi ini memiliki berat 1,250 kg, lebih tinggi daripada varian tertinggi versi petrol pada 1,139 kg. 


8. Kualiti NVH Memuaskan


Kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran kereta cukup baik tetapi bukanlah di tahap ‘premium’, masih terdengar bunyi angin, tayar dan gegaran semasa kereta dipecut laju terutamanya sekitar 120 km/j. Namun secara keseluruhannya, untuk penggunaan harian yang tidak terlalu agresif, ruang kabinnya cukup senyap dan selesa.  


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-058.jpg


Kesemua varian Honda City didatangkan dengan set sistem suspensi yang sama iaitu MacPherson Strut di hadapan dan Torsion Beam di belakang. Sistem ini dirasakan cukup baik untuk menyerap hentakan atau laluan yang tidak rata, tanpa gegaran yang ketara. 


​​Semasa kereta dihidupkan, enjin petrol akan kedengaran terutamanya dari luar atau semasa enjin masih sejuk di awal pagi. Ketika ini, enjin akan bekerja sedikit keras untuk mengecas bateri. Sebaik cas bateri mencukupi dan semasa kereta mula digerakkan pada kelajuan rendah, keadaan agak senyap, seolah-olah berada dalam sebuah kenderaan elektrik (EV). 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-067.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-076.jpg


Di saat banyak kuasa enjin diperlukan seperti semasa pecutan mencecah 120 km/j dan ke atas, bunyi deruman enjin agak jelas kedengaran. 


9. Dijamin Selamat Tetapi…



CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-117.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-139.jpg


Salah satu ciri penting jentera yang ingin digunakan untuk dibawa pulang ke kampung ialah ciri keselamatan. Untuk versi facelift ini, semua varian dilengkapi Honda Sensing yang termasuk ciri seperti amaran pelanggaran hadapan (FCW), sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS), sistem bantuan kekal lorong (LKAS), amaran keluar lorong (LWD), mitigasi pergerakan keluar jalan (RDM), kawalan jelajah adaptif (ACC), lampu suluh tinggi automatik (AHB) dan notifikasi pergerakan kenderaan hadapan (LCDN).


Yang menariknya, khas bagi varian e:HEV ini, terdapat teknologi tambahan, iaitu Low Speed Follow (LCDN) yang membolehkan kenderaan bergerak atau membrek secara automatik pada jarak yang selamat daripada kereta hadapan tanpa input pemandu. Ciri ini menarik untuk dimanfaatkan terutama semasa kesesakan jalan. 


Bagaimanapun, ciri canggih seperti kamera pandangan 360 darjah tidak ditawarkan, berbeza dengan pesaingnya, Toyota Vios.


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-102.jpgCariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-101.jpg


Penulis juga merasakan ciri Honda LaneWatch iaitu kamera yang memaparkan sisi kiri kenderaan pada skrin tengah agak mengganggu, walaupun paparan boleh dimatikan dengan menekan butang pada hujung tuil signal. Kerana beberapa kali ia berlaku semasa penulis sedang melihat peta navigasi. Sistem ini seeloknya digantikan dengan sistem pemantauan titik buta (BSM) yang tidak terlalu intrusif. 


Berbaloikah untuk Dimiliki? 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-162.jpg


Sekiranya Honda City e:HEV RS yang ditawarkan di pasaran pada harga RM111,900 ini kedengaran terlalu mahal, beberapa pilihan lagi turut ditawarkan, dengan harga bermula daripada  RM84,900 untuk varian asas S, RM89,900 untuk varian E, RM94,900 bagi varian V dan RM99,900 untuk RS versi petrol. 


Namun, anda akan kehilangan beberapa ciri seperti teknologi hibrid canggih, i-MMD yang menjanjikan penjimatan minyak yang agak tinggi perbezaannya (atas kertas) iaitu 3.6 liter/100 km (hibrid) vs 5.6 liter/100 km (petrol). Selain itu, pakej Honda Sensing juga lebih padat pada versi tertinggi. Ia juga hadir dengan ciri tambahan seperti auto brake hold dan brek parkir elektronik. 


CariCarz_Honda-City-eHEV-RS-Facelift_-164.jpg


Jika dibandingkan dengan varian tertinggi pesaingnya, Toyota Vios 1.5G, yang juga pernah kami uji sebelum ini, Honda City e:HEV RS mungkin kelihatan jauh lebih mahal, kerana Vios hanya dijual pada harga RM95,500. Namun, Vios juga tidak hadir dengan teknologi hibrid, tetapi ada kelebihannya yang tersendiri seperti sistem infotainmen yang lebih moden, kamera 360 darjah dan pemantau titik buta (BSM). 


Masih Tak Rugi Beli Honda City e:HEV RS Sebab...


Pembelian model ini didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, termasuk servis buruh percuma sebanyak lima kali dalam tempoh lima tahun atau sehingga 100,000 km, serta waranti bateri lithium selama lapan tahun tanpa had perbatuan. 


Jadi apa pendapat anda? 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPD3957

SELANGOR

BSE7452

JOHOR

JXX4674

PULAU PINANG

PRQ6532

PERAK

ANV7298

PAHANG

CFB7647

KEDAH

KGA5811

NEGERI SEMBILAN

NEF8764

KOTA KINABALU

SJK9417

KUCHING

QAB3616L

Terakhir Kemas Kini 19 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.77

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.97

-0.03

Terakhir Kemas Kini 15 May, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Honda City e:HEV RS Facelift Kini Boleh Ditempah – Lebih Moden & Cekap Bahan Api

Honda City e:HEV RS Facelift Kini Boleh Ditempah – Lebih Moden & Cekap Bahan Api

Tempahan Honda City e:HEV RS Facelift sudah mula dibuka sekarang. Apa yang baru? Ini kupasannya...

18-07-2023
Berita Auto
Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

Kereta Jatuh, Mujur Pemandu Selamat

Seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat satu parkir di Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban.

09-09-2024
Berita Auto
Ada Sebab Kenapa Pemilik Honda City Ini Parkir ‘Masuk Kepala Dulu’ Lebih 20 Tahun

Ada Sebab Kenapa Pemilik Honda City Ini Parkir ‘Masuk Kepala Dulu’ Lebih 20 Tahun

Kebiasaannya, parkir mengundur menjadi cara letak kenderaan pilihan ramai, tetapi ini berbeza...

29-07-2024
Berita Auto
Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Padah Pecut Lepas Langgar Rider, Kereta Masuk Takungan Najis

Dari satu musibah ke satu musibah. Seorang pemandu kereta Honda City yang ketakutan terbabas ke dalam takungan najis.

17-07-2024
Berita Auto
Kantoi Guna Kereta Curi Lepas Terlibat Kemalangan

Kantoi Guna Kereta Curi Lepas Terlibat Kemalangan

Selepas hancur kerana kemalangan, terbongkar rahsia kereta yang digunakan sebenarnya sebuah kereta curi.

27-06-2024
Berita Auto
PERKEMBANGAN TERBAHARU: Suspek Sudah Dicekup

PERKEMBANGAN TERBAHARU: Suspek Sudah Dicekup

Gara-gara tidak kunci kereta, sebuah Honda City kena rembat!

05-06-2024
Berita Auto
Suami Sempat Tarik Anak Keluar

Suami Sempat Tarik Anak Keluar

Kereta jatuh gaung, keluarga ini bernasib baik.

26-04-2024
Berita Auto
Jangan Ikut Hawa Nafsu Ketika Memandu

Jangan Ikut Hawa Nafsu Ketika Memandu

Tindakan seorang pemandu Proton Waja yang bertukar lorong secara tiba-tiba memakan diri apabila nasib pemandu itu berakhir di tepi jalan.

09-04-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.