ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Honda-WR-V_launch_edited_WEB_-13.jpg


Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda WR-V atau Winsome Runabout Vehicle 2023 sebentar tadi. Empat varian ditawarkan iaitu S, E, V dan RS. Harga bermula daripada RM89,900 ke RM107,900, atas jalan, tanpa insurans. 


Sebelum pelancarannya hari ini, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 2,500 tempahan untuk WR-V. Honda menyasarkan untuk menjual sehingga 1,300 unit model ini setiap bulan.


CIRI MEKANIKAL HONDA WR-V 2023


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-25.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-17.jpg


WR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L aspirasi natural DOHC i-VTEC dengan output 119 hp (121 PS) dan tork 145 Nm, sama seperti yang ditawarkan di pasaran Thailand dan Indonesia. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi CVT. 


BAHAGIAN LUAR HONDA WR-V 2023


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-03.jpg


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-23.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-20.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-22.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-21.jpg


SUV ini berkepanjangan 4,060 mm, dengan lebar 1,780 mm dan tinggi 1,608 mm. Jika dibandingkan dengan pesaingnya dalam segmen yang sama, Ativa, WR-V adalah lima mm lebih pendek, 70 mm lebih lebar dan 25 mm lebih rendah. Yang menariknya, model ini memiliki aspek kelepasan permukaan (ground clearance) setinggi 207mm, mengatasi kenderaan dalam segmen lebih tinggi.


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-05.jpg


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-08.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-09.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-06.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-07.jpg


Varian tertinggi, RS dilengkapi rim aloi dua warna 17 inci (varian lebih rendah menggunakan rim 16 inci), gril gaya mesh berwarna krom perak dan hiasan bawah bertona perak cerah.


CariCarz_Honda-WR-V_launch_press-pics_WEB_-22.jpg


Ciri-ciri luaran lain yang menarik pada WR-V Serba Baharu ini adalah termasuk spoiler belakang, antena jerung (kecuali varian S), lampu auto LED dan lampu nyalaan siang atau DRL LED (varian V dan RS) dan lampu kabus depan LED (varian V dan RS).


BAHAGIAN DALAM HONDA WR-V 2023


Bergerak ke bahagian dalam, varian RS menerima ciri menarik seperti tempat duduk dalam kombinasi balutan kulit dan fabrik dengan jahitan kontra merah.  Varian ini juga merupakan satu-satunya dengan pedal penukar gear pada stereng, dan pakej Honda Connect. RS turut didatangkan dengan 6 speaker (varian lain hanya 4 speaker). Kesemua varian kecuali S menerima kluster meter TFT 4.2 inci.


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-13.jpg

CariCarz_Honda-WR-V-Edited-24.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-25.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-14.jpgCariCarz_Honda-WR-V-Edited-12.jpg


Ciri lain yang didatangkan standard kepada semua varian ialah skrin infotainmen bersaiz 7 inci dengan sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™(Andoid Auto akan ditawarkan sebaik pelancaran rasmi servis ini di Malaysia), Smart Entry dan Push Start Button.


CIRI KESELAMATAN HONDA WR-V 2023


Kesemua varian kecuali varian S dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS Honda Sensing. Ini merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan dengan Amaran Keluar Laluan (RDM dengan LDW), Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB), dan Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN). Kesemua varian termasuk S menerima ciri Honda LaneWatch. 


CariCarz_Honda-WR-V-Edited-26.jpg


Sebagai tambahan, varian RS dilengkapi dengan Honda CONNECT dan memiliki 6 beg udara berbanding 4 yang dilengkapkan pada varian lebih rendah. 


WARNA HONDA WR-V 2023


CariCarz_Honda-WR-V_launch_edited_WEB_-11.jpg


Honda WR-V 2023 ditawarkan dalam lima pilihan warna, termasuk warna baharu, putih mutiara stellar (Stellar Diamond Pearl), pertama kali seumpamanya untuk model Honda. Warna lain ialah putih mutiara platinum (Platinum White Pearl), merah menyala metalik (Ignite Red Metallic), kelabu meteoroid metalik (Meteoroid Gray Metallic) dan hitam kristal mutiara (Crystal Black Pearl).


HARGA HONDA WR-V 2023


CariCarz_Honda-WR-V_launch_edited_WEB_-12.jpg


Harga jualan bagi Honda WR-V 2023 adalah RM89,900.00 untuk varian asas, S, RM95,900.00 untuk varian E, RM99,900.00 untuk varian V dan RM107,900.00 untuk RS, atas jalan, tanpa insurans. Harga adalah termasuk jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. 

CariCarz_Honda-WR-V_launch_edited_WEB_-15.jpg

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.