Kia Tawar Kemas Kini Perisian: Ada Cadangan Laluan EV, SoundHound & UX Lebih Baik

Kia telah mengumumkan bahawa kemas kini perisian over-the-air (OTA) sudah ditawarkan. Kali ini, fungsi baharu yang paling menonjol adalah cadangan laluan kenderaan elektrik (EV). Fungsi baru ini telah disertakan dalam pembaruan perisian untuk model EV6 dand Niro EV.
Baca: Kia Niro EV Rasmi Dilancarkan, Capai 460KM, Harga RM255,888
CADANGAN LALUAN EV
Melalui kemas kini kali ini, sistem navigasi kini mampu mengesan stesen pengisian di sepanjang laluan dan secara automatik menambahkannya sebagai titik laluan. Selain itu, sistem ini juga boleh mengesan secara automatik sekiranya bateri tidak mencukupi untuk tiba ke destinasi dan memberikan amaran kepada pemandu beserta pilihan stesen pengisian yang berdekatan. Selain itu, jika perlu, kenderaan akan secara automatik memulakan proses penyediaan bateri (battery conditioning process) untuk memastikan masa pengisian yang optimum.


Laluan yang dicadangkan oleh sistem berdasarkan algoritma yang mengambil kira tahap cas bateri, maklumat Charging POI secara langsung, penggunaan tenaga semasa yang dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti topografi, cuaca, kesesakan lalu lintas, gaya pemanduan, dan mod operasi.



Selain itu, kemas kini kali ini juga memberikan keutamaan kepada stesen pengisian dan pam yang sering digunakan dalam carian. Pemandu boleh melihat senarai stesen pengisian / pam berdekatan dengan lokasi semasa kenderaan. Data ini diselaraskan antara Unit Utama (Head Unit) dan aplikasi telefon untuk kemudahan pengguna.
SISTEM HIBURAN

Peningkatan lain adalah dari segi hiburan, yang mana kali ini terdapat penambahan perkhidmatan penemuan muzik Soundhound yang dapat mengenal pasti lagu-lagu yang dimainkan di radio.
Baca: “Zoom Meeting” Dalam Kereta? Tak Mustahil Dengan Android Auto
IKON & SIMBOL
Perubahan kecil lain ialah penggunaan ikon dan simbol baharu pada sistem infotainmen. Kali ini dengan ikon dan submenu yang lebih mudah untuk dilihat.

Kemas kini ini ditawarkan sebagai ciri standard untuk semua model baharu, bermula dengan EV9. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan kemas kini perisian terbaru ini, anda boleh klik di sini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat