LRT3 Siap 86%, Dijangka Beroperasi 1 Mac 2025 - Kapasiti Harian 67,000
-full_normal.jpg)
Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke mengumumkan bahawa Projek Transit Ringan 3 (LRT3) kini sedang rancak dibangunkan dengan kemajuan 86% termasuk pemasangan sistem isyarat.
Operasi LRT3 dijangka akan bermula pada 1 Mac 2025, iaitu dalam tempoh 18 hingga 19 bulan dari sekarang. Loke menyatakan keyakinannya terhadap pelaksanaan projek, dengan menekankan kepentingan kerjasama dalam kalangan semua pihak berkepentingan untuk mencapai sasaran tarikh akhir.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
LRT3 dibangunkan dengan tujuan untuk membantu hampir dua juta penduduk di Pantai Barat Lembah Klang, terutamanya mereka yang tinggal dari Petaling Jaya ke Klang. Sebagai kawasan yang padat penduduk dan pesat membangun, dijangka puluhan ribu penumpang akan menggunakan LRT3.
Dengan kapasiti 18,630 penumpang setiap jam setiap hala, projek ini akan melibatkan dua stesen pertukaran. Bandar Utama akan menghubungkan Laluan MRT Kajang dengan LRT3, manakala Glenmarie akan menghubungkan Laluan Kelana Jaya dengan LRT3. Terdapat satu jejambat yang menghubungkan kedua-dua stesen inI.
-full_normal.jpg)
Loke menjelaskan bahawa 22 set tren yang akan digunakan di laluan itu nanti adalah baharu dan dilengkapi dengan teknologi "hijau" yang mesra alam. Kesemua tren kini berada dalam peringkat akhir ujian untuk memastikannya sedia untuk beroperasi sepenuhnya menjelang pembukaan stesen itu nanti.
Semasa lawatan ke depoh dan pusat kawalan operasi LRT3, Loke telah membuat ujian pemanduan di laluan percubaan menggunakan salah satu tren tersebut.
-full_normal.jpg)
"LRT3 adalah tambahan kepada pengangkutan awam di Lembah Klang dan juga satu sistem LRT yang penting untuk kita memastikan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam di Lembah Klang," katanya.
Sebaik siap, laluan LRT3 akan memiliki kepanjangan lebih kurang 37 kilometer, dengan laluan di bawah tanah berkepanjangan 2 km. Lebih daripada 2000 tempat letak kereta akan disediakan di 6 stesen bagi orang ramai yang memilih untuk Park & Ride. Laluan ini dijangka akan membantu kira-kira 67,000 orang setiap hari, dengan purata waktu menunggu 6 minit.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9360
SELANGOR
BSU2574
JOHOR
JF3349J
PULAU PINANG
PSG1785
PERAK
APL9507
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3648
NEGERI SEMBILAN
NEM2016
KOTA KINABALU
SJU4390
KUCHING
QAB7165P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge