ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery melancarkan dua buah jentera terbaharunya, Chery Omoda 5 serta Tiggo 8 Pro di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.

Chery Omoda 5 hadir dalam dua varian iaitu C dan H dan ia menampilkan bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ serba baharu.

image.png

Omoda 5 varian C dijual pada harga RM108,800 manakal varian H pula (RM118,800).

Untuk makluman anda, Omoda 5 disumbat dengan enjin petrol empat silinder pengecas turbo 1.5 liter.

Maka, ia mampu menjana output setakat 156hp dan tork 230Nm. Ia dipadankan bersama continuously variable transmission (CVT) 9-kelajuan.

image.png

Dari segi luaran, Omoda 5 kelihatan agak menonjol disebabkan pemasangan gril matriks berlian.

Sementara itu,  lampu hadapannya pula digandingkan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk T.

Menjengah bahagian belakang,  ia dihiasi dengan lampu belakang jenis LED manakala rimnya  bersaiz 18-inci. 

Difahamkan, varian H hadir dengan kemasan rim garisan dua tona.

image.pngimage.png

Bagi bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh tengah 10.25 inci, ada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Selain itu,  sistem bunyi pula dari Sony, enam pembesar (varian C) dan lapan pembesar suara (varian H). 

Antara kelengkapan lain ialah, ia juga dipasang dengan USB, gear selector, brek parkir elektronik, media dial, butang untuk around-view monitor, mod pemanduan serta hazard lights.

TIGGO 8 PRO

image.png

Beralih kepada Tiggo 8 PRO, SUV tujuh tempat duduk ini dijual pada harga bermula dari RM159,800.

Model ini hadir dalam satu varian iaitu Premium dan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).

Ia disumbat dengan njin 2.0 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api penuh (T-GDI).

SUV ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat  256 dan tork 390 Nm manakala kuasa dari enjinnya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan, serta diberikan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

image.pngimage.png

Melihat kepada bahagian luarannya, ia kini menampilkan gril “galaxy” serba baharu. , lampu bar LED dan  lampu brek ketiga berbentuk-T.

Membelek lampu hadapannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED automatic, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED serta rim 19-inci.

image.pngimage.png

KABIN:

Skrin bercantum (intelligent curved dual screen) bersaiz 24.6-inci 

Ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto

Gril pembesar suara gaya Burmester 

8pembesar suara jenama Sony

Balutan kulit pada tempat duduk 

Lampu kabin pelbagai warna 

Pendingin hawa automatik dua-zon

Pintu tailgate berkuasa.

Bumbung panaroma elektrik 

image.png

Selain itu, jentera ini juga sarat dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti amaran keluar lorong, pengesanan titik buta, amaran pintu terbuka, amaran lalu lintas silang belakang, kawalan pelayaran adaptif serta amaran perlanggaran hadapan, brek automatik (AEB) dan banyak lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA5520

SELANGOR

BSQ4196

JOHOR

JYX4542

PULAU PINANG

PSC5641

PERAK

APH7468

PAHANG

CFG6247

KEDAH

KGG2432

NEGERI SEMBILAN

NEK5104

KOTA KINABALU

SJS1086

KUCHING

QAB8941N

Terakhir Kemas Kini 29 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

06-07-2023
Berita Auto

10-12-2022
Berita Auto

05-07-2022
Kereta Baru

Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!

Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.

11-05-2022
Berita Auto

Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?

Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

04-04-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.