Pertama Kali Dalam Sejarah: Kereta Terbang Diluluskan Kerajaan AS

Alef Aeronautics, sebuah syarikat yang berpangkalan di California, telah mengumumkan bahawa pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL) mereka iaitu kereta terbang Model A, telah menerima kelulusan undang-undang daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk diterbangkan.
Model A Alef, yang akan diperkenalkan pada Oktober 2022, boleh digunakan untuk dipandu di jalan raya awam dan dikatakan mempunyai keupayaan terbang dan mendarat secara menegak. Dengan satu cas penuh, ia boleh mencapai jarak pemanduan sejauh 200 batu (322 kilometer) dan jarak terbang sejauh 110 batu (177 kilometer) dengan satu hingga dua penumpang.
Model A dijual pada harga yang bermula daripada USD300,000 (kira-kira RM1.4 juta). Model elektrik ini boleh ditempah awal dengan harga USD150 (kira-kira RM699) melalui laman web Alef. Tempahan keutamaan juga ditawarkan dengan bayaran lebih tinggi USD1,500 (kira-kira RM6,995).

Syarikat eVTOL tersebut telah menerima banyak tempahan awal daripada individu dan perniagaan. Pengeluaran Model A dijadualkan akan bermula pada tahun 2025.
Menurut satu kenyataan rasmi, Alef telah menerima sijil pengesahan udara (airworthiness) daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), menjadikan ini kali pertama kenderaan jenis ini menerima kebenaran undang-undang untuk diterbangkan daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, sijil khas yang diterima Alef ini membolehkan Model A diterbangkan hanya di dalam kawasan yang dibenarkan atas tujuan tertentu.

Baca: Syarikat Ini Akan Bangunkan Infrastruktur Teksi Terbang Di Jepun
Baca: Teksi Terbang AirAsia Bakal Jadi Realiti, Kajian Infrastruktur Akan Dijalankan
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW5196
SELANGOR
BSP6634
JOHOR
JYV9463
PULAU PINANG
PSB9234
PERAK
APH2075
PAHANG
CFG4070
KEDAH
KGF6625
NEGERI SEMBILAN
NEK3049
KOTA KINABALU
SJR7187
KUCHING
QAB7096N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat