WAS 500 E-Ambulance Kini Di Malaysia – 100% Elektrik, Tork 1,150 Nm!
-full.webp)
Baru-baru ini, First Ambulance Services, syarikat ambulans swasta tempatan telah memperkenalkan ambulans bertenaga elektrik pertama di negara ini, WAS 500 E-Ambulans.
-full.webp)
Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar kenderaan kecemasan terkenal dari negara Jerman, Wietmarscher Ambulanz- und Sonderfahrzeug GmbH (WAS) untuk menghasilkan ambulans ini.
-full.webp)
WAS 500 E-Ambulans adalah sebuah van ambulans yang direka menggunakan van Mercedes-Benz Sprinter. Van ini memiliki kuasa sehingga 147 kW (197 HP) dengan tork setinggi 1,150 Nm. Ambulans dengan berat 5 tan ini mampu mencapai kelajuan maksimum 120 km/j.
Sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV), E-Ambulans menjanjikan perjalanan yang lebih lancar dan senyap bagi pesakit. Prestasi pecutan yang baik juga memastikan pesakit dapat dibawa ke hospital sepantas yang mungkin.
E-Ambulans menggunakan bateri fosfat besi-litium (LFP) 87 kWh yang membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 200 km.
-full.webp)
Bateri boleh dicas menggunakan pengecas AC 22 kW yang mengambil masa selama 3.5 jam, sementara itu, menggunakan pengecas pantas DC pula membolehkan ambulans dicas dengan lebih cepat iaitu dalam masa hanya 1.5 jam. Peningkatan kemampuan pengisian DC pada 100 kW juga disediakan untuk pengisian lebih pantas.
-full.webp)
-full.webp)
Secara visual, WAS 500 E-Ambulans masih lagi sebuah van Mercedes-Benz, tiada perubahan reka bentuk dibuat pada bahagian luar, tetapi tanpa logo jenama tersebut pada gril depan. Model yang dibawa masuk ini diimport dari negara Jerman dengan pemanduan sebelah kiri dan masih lagi menggunakan nombor pendaftaran asal.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Di dalamnya, terdapat ciri-ciri moden termasuk dua skrin yang menunjukkan maklumat berkaitan bateri dan pemanduan, sistem kamera pandangan belakang dan 360 darjah. Pada konsol tengah terdapat kesemua butang kawalan lampu siren. Pada stereng terdapat logo Mercedes-Benz dan di sebalik stereng terdapat kluster instrumen analog.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Di ruang belakang, 500 E-Ambulance dilengkapkan dengan kit standard ambulans iaitu sebuah katil, tempat duduk yang boleh dilipat untuk penumpang, serta beberapa peralatan perubatan dan kecemasan.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Untuk memastikan ambulans diselenggara dengan baik, First Ambulance bekerjasama dengan firma penyelesaian elektrifikasi tempatan, Electrifying Inc. Melalui kerjasama ini, Electrifying Inc akan memberikan sokongan teknikal yang menyeluruh termasuk servis bateri, diagnostik kenderaan dan sebagainya.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
First Ambulance juga merancang untuk menubuhkan infrastruktur pengecasan ambulans elektrik yang khusus di hospital di seluruh negara dengan kerjasama Electrifying Inc. Syarikat ini turut merancang untuk melakukan kolaborasi dengan DC Handal Green Mobility bagi mewujudkan rangkaian pengecasan pantas DC.
-full.webp)
-full.webp)
Bagi memastikan ambulans elektrik dikendalikan dengan selamat dan cekap, firma ini akan menyediakan latihan kepada pemandu dan pembantu ambulans untuk membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
-full.webp)
Dengan rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan di luar kawasan Lembah Klang, First Ambulance menyasarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan, organisasi kesihatan dan pihak berkepentingan industri bagi membangunkan infrastruktur yang menyokong ambulans EV, termasuk rangkaian pengecasan, insentif, dan latihan untuk kakitangan perubatan kecemasan bagi memastikan peralihan yang lancar kepada operasi ambulans elektrik.
-full.webp)
Pelancaran ambulans EV pertama di Malaysia ini menandakan era baharu dalam perkhidmatan kecemasan, menjanjikan penyelesaian yang lebih lestari dan canggih untuk memenuhi keperluan sektor kesihatan yang semakin berkembang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat