ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[2023] Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

“Boleh ke aku beli kereta dengan gaji sebanyak ni?” 


“Bank boleh terima ke pinjaman aku nak buat?”


“Kereta apa yang sesuai aku beli dengan gaji bawah RM3k?”


Ini adalah antara persoalan yang terlintas di fikiran ramai orang bila nak beli kereta. Dalam artikel kali ini, CariCarz ingin kongsikan antara perkara penting yang anda perlu tahu tentang pembelian kereta dan seterusnya senarai lima kereta terbaik yang boleh dibeli dengan gaji RM3000 dan ke bawah. Info yang dikongsikan dalam artikel ini juga sesuai bagi sesiapa yang mempunyai komitmen yang tinggi, kerana kereta yang disenaraikan adalah antara kereta terbaharu yang ditawarkan dalam harga terendah di Malaysia.


Tanpa membuang masa, jom kita perkara yang penting untuk anda tahu bagi pembelian kereta dengan gaji bawah RM3000. 


Bagaimana Mengira Kelayakan Pinjaman Kereta?


Pernah dengar tak orang kata harga kereta yang paling sesuai untuk kita beli adalah berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam setahun? Maknanya kalau gaji anda adalah RM3,000, pendapatan tahunan anda adalah RM36,000. Melalui perkiraan ini, harga kereta yang sesuai untuk anda beli adalah dalam lingkungan tersebut. 




Tapi betul ke?


Sebenarnya, ia tidaklah semudah itu. Dalam tips yang dikongsikan itu tidak memaklumkan kepada orang ramai untuk hanya mengambil kira gaji bersih selepas pemotongan KWSP, SOCSO dan sebagainya terutama sekali…


Pengiraan komitmen atau perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan.


Kesemua perkara ini sangat penting untuk mendapatkan anggaran harga kereta yang lebih tepat dan realistik dengan pendapatan. Orang berkeluarga yang bergaji RM3,000 memiliki komitmen yang lebih tinggi berbanding orang bujang. Jadi, harga kereta yang mampu dibeli adalah berbeza. 


Jadi apa cara pengiraan yang sebenar?


Dengan gaji pokok sebanyak RM3,000 cari jumlah gaji bersih yang dimiliki dengan menolak jumlah potongan wajib seperti KWSP, PERKESO, PCB dan lain-lain.


Kemudian kira komitmen atau perbelanjaan bulanan seperti bayaran pinjaman rumah, pinjaman kereta lain, kad kredit dan sebagainya sekiranya ada. 


Andai kata baki yang tinggal adalah RM1,000, bayaran bulanan untuk kereta baharu yang paling sesuai dengan pendapatan anda adalah separuh daripada baki tersebut, ini bermaksud jumlah bayaran ansuran terbaik adalah dalam RM500 sebulan.


Kenapa separuh baki, bukan keseluruhan baki gaji yang tinggal?


Ini kerana dalam pemilikan kereta, anda bukan sekadar perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan sahaja, tetapi juga kos-kos lain seperti penyelenggaraan, tol, minyak dan lain-lain. 


Anda boleh menggunakan kalkulator yang disediakan oleh laman web CTOS untuk mengira kelayakan berdasarkan jumlah komitmen.




Bagaimana Cara Untuk Kira Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Yang Dikenakan Berdasarkan Harga Yang Dipaparkan?




Anggaran kiraan harga kereta dibuat menggunakan kalkulator bayaran ansuran bulanan kereta Calculator.com.my. Untuk pengiraan yang lebih tepat anda perlu tahu berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang dipilih. 


Untuk tujuan ini anda boleh menggunakan laman web seperti ringgitplus.com  dan klik pada mana-mana bank yang menawarkan pinjaman kereta untuk melihat kadar faedah yang dikenakan serta kelayakan minimum untuk membuat permohonan pinjaman. 




Bagi tujuan artikel ini, nilai bayaran pendahuluan (downpayment) yang digunakan adalah 10% daripada harga kereta, dengan pinjaman selama 9 tahun dan kadar faedah yang dianggarkan sebanyak 3% (berbeza-beza mengikut bank). Namun begitu, diingatkan bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi sekiranya tempoh bayaran pinjaman lebih panjang. 


Apakah Kereta Baharu Termurah Yang Anda Boleh Beli Sekiranya Komitmen Tinggi Atau Bergaji Di Bawah RM3000?


Di bawah kami senaraikan 5 model kereta terbaharu yang mampu dibeli dengan gaji di bawah RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi. Harga yang disenaraikan adalah harga atas jalan tidak termasuk insuran. 

Perodua Axia 2023 - Dari RM22,000


Axia-AV-Ext-33.jpg


Perodua Axia ialah kereta baharu paling mampu milik yang boleh dibeli di Malaysia. Bermula daripada RM22,000 untuk varian manual, E, sehinggalah RM49,500 untuk varian tertinggi Axia iaitu AV.

Warna yang ditawarkan adalah Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White (Solid). 

CariCarz_Axia-2023-Warna-.png

Kelebihan: Kereta ini cukup mudah untuk dikendalikan kerana saiznya yang kecil, memang ideal untuk sesiapa yang baru mendapat lesen kereta. Selain itu, Axia juga terkenal sebagai antara model kereta yang sangat jimat minyak dengan anggaran penggunaan minyak dari 4.4 liter/100 km.

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Axia terkini: 

Varian

E

G

X

SE

AV

Harga

RM22,000

RM38,600

RM40,000

RM44,000

RM49,500

Bayaran

(9 tahun, d/p 10%, faedah 3%)

RM232.83

RM408.52

RM423.33

RM465.67

RM523.88

Mekanikal

  • Enjin 3-silinder aspirasi natural (NA) 1.0L (998cc) DOHC VVT-i dengan sistem suntikan bahan api (FI)

  • Transmisi manual 5 kelajuan

  • 22.5 km/l (ECE) 

  • 33L tangki penuh


  • Transmisi automatik D-CVT

  • Stereng kuasa elektrik(EPS)

  • 25.3 km/l (Kitaran Pemanduan M’sia)

  • 23.3 km/l (NEDC)

  • 36L tangki penuh





  • Eco Idle mula-henti auto

  • Mod kuasa

  • 27.4 km/l (Kitaran Pemanduan M’sia)



Luar

  • Rim keluli 14”

  • Lampu depan  mentol halogen

  • Antena radio jenis rod (radio boleh dipasang aftermarket)

  • Cermin sisi  manual


  • Lampu depan reflektor halogen

  • Cermin sisi boleh laras dengan lipatan manual

  • Gril hadapan plastik

  • Rim aloi 14”


  • Bukaan pintu sensor sentuh

  • Lampu depan auto/LED dengan pelarasan manual

  • Lampu positioning LED

  • Lampu Follow-Me-Home

  • Tiang B & A hitam


  • Lampu siang LED

  • Skirting depan/sisi

  • Spoiler belakang

  • Cermin sisi elektronik dgn isyarat LED

  • Lapisan filem tingkap solar dan sekuriti

  • Insulasi tambahan bonet


  • Lampu suluh tinggi auto

Dalam


  • Kluster instrumen analog-digital

  • Tombol penyaman udara jenis manual tuil fungsi kitaran udara kabin atau udara luar.

  • Kerusi fabrik 

  • Kunci pintu automatik (sensitif kelajuan)

  • Tempat duduk belakang dengan sandaran kepala  kekal

  • Kerusi pemandu boleh laras ketinggian

  • Keyfob twist-to-start

  • Papan pemuka hitam penuh

  • Tingkap auto, auto naik/turun (pemandu)

  • Instrumen analog dengan paparan multi-info LCD 4.2 inci

  • Infotainmen bukan skrin sentuh dengan USB/Bluetooth

  • 2 speaker

  • Stereng uretane


  • Stereng boleh laras

  • Butang penghidup enjin

  • 4 speaker

  • Pemegang cawan di bahagian tengah belakang



  • Kerusi semi-bucket/ fabrik

  • Sandaran kepala belakang boleh tanggal

  • Pemegang pintu krom

  • Kemasan perak pada dashboard/ stereng/ tombol gear

  • Panel kawalan AC digital dengan fungsi memori

  • Pembilang rev

  • Gantungan beg tangan anti-kecurian

  • Cangkuk anti-ragut


  • Panel instrumen digital 7.0” dengan kawalan stereng

  • Infotainmen 9.0” dengan kawalan stereng

  • Kerusi separa kulit

  • Stereng kulit


Keselamatan

  • Dua beg udara

  • Sistem peringatan tali pinggang


  • Dua beg udara

  • ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Mula Bukit, VSC, kawalan cengkaman

  • Sensor parkir belakang

  • Pengingat tali pinggang, depan dan belakang

  • Cagak Isofix

  • Sensor parkir hadapan


  • 6 beg udara

  • Amaran dan pencegah keluar lorong

  • Pemantau titik buta

  • Amaran lintasan trafik belakang

  • ASA 3.0 termasuk AEB

  • Kamera undur



Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Axia?

Jika dibandingkan dengan Axia generasi sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya kenapa harga Axia (versi automatik) kali ini lebih mahal. Versi kali ini dibina berdasarkan platform DNGA baharu, menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih baik. Selain itu, ciri keselamatan juga lebih baik serta diberikan lebih banyak teknologi canggih, di samping lebih luas. Axia kali ini lebih panjang 115 mm, lebih lebar 45mm dan juga lebih rendah 5 mm.


Ok, lebih baik dari segenap aspek berbanding model terdahulu, tapi persoalannya, mana satu varian terbaik? Untuk ini, varian terbaik pada pendapat penulis ialah varian SE atau X. Walaupun mungkin anda tertarik dengan spesifikasi AV yang lebih lengkap, namun, harga AV (RM49,980) sebenarnya lebih tinggi berbanding Myvi varian asas, G yang dilengkapi ciri keselamatan (RM48,500). 


Kalau anda lebih memilih Axia berbanding Myvi, sudah pasti harga menjadi sebab utama bukan? SE dan X kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang sama, cuma bezanya SE ada ciri Eco Idle yang membantu meminimumkan penggunaan petrol, lebih bergaya serta beberapa ciri tambahan yang lain (rujuk jadual di atas).


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Axia 

Laman web rasmi Axia  


Perodua Bezza 2020 - Dari RM34,580




Bermula daripada RM34,580 untuk varian G manual sehinggalah RM49,980 untuk varian tertinggi Bezza iaitu AV.

Warna yang ditawarkan adalah Garnet Red, Granite Grey, Sugar Brown, Ocean Blue, Glittering Silver dan Ivory White.


Kelebihan: Perodua Bezza ni boleh dikatakan antara model tak kedekut yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM50,000. Ini kerana varian yang rendahnya masih menerima kelengkapan yang terdapat pada varian yang lebih tinggi seperti lampu LED (depan dan belakang), sambungan Bluetooth, sensor undur dan juga lampu signal pada cermin sisi. 

Keluasan kereta ini juga sangat boleh dipuji terutamanya keluasan kargo kereta yang mencapai 508 liter. Memang sesuailah untuk bawa travel.

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Bezza:

Varian

G (MANUAL)

G (AUTO)

X

AV

Harga

RM34,580

RM36,580

RM43,980

RM49,980

Bayaran

(9 tahun, d/p 10%, faedah 3%)


RM365.97

RM387.14

RM465.45

RM528.96

Mekanikal

  • Enjin 1.0L 3 silinder NA

  • 67 hp/91 Nm

  • Transmisi manual 5 kelajuan

  • Mula-henti auto

  • Transmisi automatik empat-kelajuan



  • Enjin 1.3L 4 silinder NA

  • 94 hp / 121 Nm

  • Transmisi automatik 4 kelajuan



Luar

  • Roda aloi 14”

  • Lampu depan reflektor LED

  • Lampu belakang kombinasi LED

  • Lampu  signal pada cermin sisi



  • Warna luaran Garnet Red

  • Sensor depan

  • Rim aloi 15”



Dalam

  • Kerusi depan boleh laras manual

  • Kerusi balutan fabrik hitam

  • Cermin elektronik, fungsi naik/turun auto utk pemandu

  • Bluetooth





  • Balutan kulit sintetik  hitam, jahitan merah

  • Stereng balutan kulit

  • Kawalan audio pada roda stereng

  • Skrin sesentuh dengan navigasi & Mirrorlink

  • Kamera undur


Keselamatan

  • ABS dengan EBD

  • 2 beg udara hadapan

  • Cagak ISOFIX di kerusi penumpang belakang

  • 4 bintang Asean NCAP



  • Kawalan kestabilan

  • Bantuan mula mendaki


  • ASA 2.0 – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC)

  • 5 bintang Asean NCAP


 

Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Bezza?

Kalau anda perasan, Bezza ditawarkan dalam dua jenis enjin berbeza, iaitu 1.0L dan 1.3L. Jadi mana satu jenis enjin nak dipilih? Seperti yang ramai tahu, enjin yang digunakan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pengalaman pemanduan. Enjin 1.3L memiliki output kuasa sebanyak 94 hp, yang sememangnya lebih tinggi berbanding 1.0L. Kuasa ini memberikan keselesaan pemanduan yang lebih sekiranya kereta penuh dengan penumpang. Selain itu, model 1.3L juga memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu 4.5 L/100 km. 

Yang menjadi faktor penting pemilihan bukan sahaja enjinnya, tapi juga ciri keselamatan yang ditawarkan. Jika dilihat daripada jadual di atas, varian AV dilihat lengkap dengan ASA 2.0 sebagai tambahan kepada pelbagai ciri keselamatan yang terdapat pada varian yang lebih rendah. Seperti yang pernah disebut dalam poin sebelum ini, ASA 2.0 merangkumi pelbagai teknologi keselamatan penting. Kalau ada bajet lebih, penulis nasihatkan anda untuk memilih apa yang terbaik demi nyawa anda dan orang yang tersayang.

Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Perodua Bezza 

Laman web rasmi Perodua Bezza


Perodua Myvi Facelift 2022 - RM46,500


CariCarz_Myvi-2022.png


Bermula daripada RM46,500 untuk varian paling asas iaitu G tanpa PSDA sehingga RM59,900 untuk varian tertinggi Myvi iaitu AV. 


Warna yang ditawarkan ialah Cranberry Red, Electric Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White (Solid). 


CariCarz_Myvi-Warna.png


Kelebihan: Kenapa Perodua Myvi antara model kereta paling banyak digunakan atas jalan raya di Malaysia? Ada sebabnya, terutamanya bagi orang muda, model ini menggunakan enjin yang agak berkuasa, tetapi! Mempunyai kadar efisien minyak yang sangat baik, bersesuaian dengan standard segmennya. Belum cerita lagi tentang design kereta ni yang memang style, saiz kabinnya pun cukup luas. Semua kelebihan ni dan banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan varian-varian tertentu dalam harga yang berpatutan membuatkan ramai orang tak fikir banyak kali untuk beli. 


Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Myvi:

Varian

1.3L G (TANPA PSDA)

1.3L G (PSDA)

1.5L X

1.5L H

1.5L AV

Harga

RM46,500

RM48,500

RM50,900

RM54,900

RM59,900

Bayaran

(9 tahun, d/p 10%, faedah 3%)

RM492.13

RM513.29

RM538.69

RM581.03

RM633.94

Mekanikal

  • 1.3L 4 silinder Dual VVT-i

  • Eco Idle

  • 94 hp/121 Nm

  • Transmisi automatik D-CVT

  • 22.2 km/l 

  • 36L tangki penuh




  • 1.5L 4 silinder  Dual VVT-i 

  • 102 hp/136 Nm

  • 21.1 km/l 




Luar

  • Lampu depan Auto Off dgn fungsi Follow-Me-Home

  • Lampu belakang LED

  • Cermin sisi larasan elektronik dgn lampu signal

  • Sensor undur

  • Rim aloi 14”




  • Rim 15”

  • Lampu depan LED

  • Cermin sisi lipatan /larasan elektronik

  • DRL LED

  • Gril depan hitam berkilat

  • Lip depan & skirting sisi

  • Bampar belakang dua-tona

  • Spoiler belakang

  • Pemegang pintu krom




Dalam

  • Butang penghidup enjin

  • Kunci pintu sensitif kelajuan

  • Infotainmen 2-DIN dgn radio/USB

  • 4 speaker

  • Stereng boleh laras ketinggian

  • Kerusi pemandu boleh laras ketinggian

  • Kerusi balutan fabrik

  • But 277L (832L jika kerusi dilipat)

  • Cangkuk anti-ragut




  • Kemasan corong pendingin hawa/pintu warna perak 

  • Bluetooth

  • Speaker belakang lebih besar (16 cm)

  • Butang audio/PWR/panggilan pada stereng 


  • Tombol gear warna perak

  • Pemegang pintu krom

  • Fabrik tempat duduk motif honeycomb

  • Perehat kepala kerusi belakang boleh laras/cabut

  • Pengimbas tol binaan dalam

  • Infotainmen skrin sentuh 6.9” dgn USB, Bluetooth, SmartLink, HDMI

  • Stereng balutan kulit

  • Arahan suara

  • Filem penapis haba dan solar


  • Panel instrumen merah Optitron

  • Paparan multi-info berwarna TFT

  • Kemasan corong pendingan hawa merah

  • Kerusi balutan kulit merah-hitam

  • Butang stereng ACC, LKC, MID

  • Dashcam depan

  • Kamera undur


Keselamatan

  • 4 beg udara 

  • ABS, EBD, VSC

  • Lampu isyarat berhenti kecemasan (ESS)

  • Bantuan mula mendaki

  • Sistem ISOFIX

  • Sensor parkir belakang

  • PSDA terdiri daripada empat ciri bantuan – Advanced Safety Assist (ASA), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist. 

  • Klik untuk senarai penuh



  • Enam beg udara 

  • Sensor parkir depan

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

  • Kawalan Kekal Lorong (LKC)

  • Pemantau Titik Buta (BSM)

  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)


Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Myvi?

Untuk varian yang memberikan nilai pembelian terbaik dari segi kuasa, keselesaan dan keselamatan dalam harga yang paling berpatutan, varian X adalah jawapannya. 


Jika dibandingkan dengan varian lebih rendah, 1.3L G (PSDA) yang hadir dengan ciri keselamatan sama, varian X tampil lebih berkuasa dengan enjin 1.5L serta ciri tambahan lain. Bagi yang suka ‘feel-feel’ mendengar lagu sambil memandu, bermula daripada varian ini anda mendapat speaker belakang dalam versi yang lebih mantap dengan saiz yang lebih besar dan kemudahan butang kawalan audio pada stereng. 


Bercakap tentang butang kawalan pada stereng, varian dengan enjin 1.5L juga hadir dengan mod kuasa atau Power Mode (PWR) yang mana butang kawalannya terdapat pada sebelah kanan stereng.  Pengaktifan butang ini (hanya berfungsi semasa gear D atau Sport) akan meningkatkan tindak balas output enjin. Lebih kuasa untuk enjin yang sudah 'sedia' berkuasa. 


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Perodua Myvi

Laman web rasmi Perodua Myvi


Proton Saga Facelift 2022 - RM34,800


CariCarz_Saga-2022.png


Bermula daripada RM34,800 untuk varian paling asas iaitu Standard MT sehingga RM44,800 untuk varian tertinggi Proton Saga iaitu Premium AT. 


Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.



CariCarz_Saga-Facelift-2022-Warna.png

Kelebihan: Proton Saga dengar je macam model kereta yang biasa-biasa, tapi keselesaannya tak boleh dipertikaikan. Antara ciri penting kesemua varian Proton Saga ini adalah tempat duduknya yang cukup selesa walaupun bagi perjalanan jauh. Bagi pemandu pula, stereng boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Dan yang bestnya, kesemua varian kereta ni lengkap dengan Bluetooth, daripada varian manual sampailah ke premium. 

Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Saga:

Varian

1.3L STANDARD MT

1.3L STANDARD AT

1.3L PREMIUM AT

1.3L PREMIUM S AT

Harga

RM34,800

RM38,800

RM41,800

RM44,800

Bayaran

(9 tahun, d/p 10%, faedah 3%)

RM368.30

RM410.63

RM442.38

RM474.13

Mekanikal

  • Enjin petrol 1.3 liter 4 silinder VVT DOHC 

  • 94 hp/120 Nm

  • Transmisi manual 5 kelajuan



  • Transmisi automatik 4 kelajuan



Luar

  • Lampu depan reflektor halogen

  • Rim keluli 14” 

  • Lampu isyarat pada cermin sisi

  • Antena ‘sengat lebah’

  • Bukaan but belakang jarak jauh


  • Rim aloi 14” 

  • DRL  LED

  • Rim aloi 15” 

  • Perumah cermin sisi /Tiang B hitam




  • Rim aloi 15-inci dua-tona

  • Skirt bampar hadapan

  • Skirt sisi

  • Jalur merah ‘Ethereal Bow’ pada gril

  • Kemasan hitam utk plat nombor belakang

  • Cermin sisi lipatan auto

  • Kemasukan tanpa kunci 

  • Butang bukaan but


Dalam

  • Konsol tengah & panel kawalan air con baharu

  • Stereng urethane, larasan kecondongan

  • Paparan pelbagai info LCD

  • Lampu bantuan pemanduan ECO

  • Kerusi fabrik hitam dengan larasan manual untuk tempat duduk hadapan

  • Radio dengan ketersambungan Bluetooth

  • 2 speaker

  • 1x port USB di depan

  • 1x soket 12V


  • 2x port USB di belakang

  • Stereng urethane pelbagai-fungsi

  • Kerusi upholsteri fabrik dengan paten quilted

  • Infotaimen skrin sentuh 7.0” dengan ketersambungan telefon pintar Android

  • 4 speaker

  • Lampu but


  • Stereng balutan kulit, jahitan merah

  • Kerusi kulit

  • Butang penghidup enjin

  • Cermin tingkap kuasa automatik bahagian pemandu

  • Lingkaran merah pada meter, pemisah corong pendingin hawa, kemasan butang stereng/pendingin hawa

  • Headlining hitam

  • Infotainmen skrin sentuh 7.0” dengan ketersambungan telefon pintar Android/iOS


Keselamatan

  • 2 beg udara

  • ABS dgn EBD & bantuan brek (BA)

  • Cagak ISOFIX di kerusi belakang

  • Sensor parkir belakang

  • Kawalan kestabilan elektronik (ESC)

  • Kawalan cengkaman 

  • Bantuan pegun bukit 


  • Sensor parkir depan

  • Kamera undur




Apa Varian Terbaik Untuk Proton Saga?

Beza harga yang tak begitu jauh untuk keselesaan tambahan yang agak signifikan jika dibandingan antara varian auto biasa (Standard AT) dengan auto luar biasa (Premium AT). Dengan jarak harga hanyalah lebih kurang RM3k, pembeli boleh mendapatkan ciri premium untuk tampil lebih bergaya dan demi keselesaan. 


Dari segi keselamatan, Premium AT lengkap dengan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang penting untuk menyelamatkan kereta daripada terbabas dalam pelbagai situasi seperti ketika mengelak halangan, understeer, oversteer atau jalan licin. Penting bukan?


Ciri keselamatan lain yang terdapat pada varian ini dan penting untuk dimiliki oleh semua kereta ialah Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor parkir hadapan dan kamera undur. 


Ciri menarik lain yang ada adalah sistem audio yang lebih mantap seperti teknologi monitor berskrin sentuh 7 inci, 4 speaker dan butang audio pada stereng. Memang berbaloi.


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Proton Saga

Laman web rasmi Proton Saga


Proton Iriz Facelift 2022 - RM42,800


CariCarz_Iriz-2022.png


Bermula daripada RM42,800 untuk varian paling asas iaitu 1.3L Standard CVT sehingga RM57,300 untuk varian tertinggi Proton Iriz iaitu 1.6L Active CVT. 


Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Ruby Red, Citric Orange dan Passion Red. 



CariCarz_Proton-Iriz-Facelift-2022-Warna.png


Kelebihan: Bagi sesiapa yang meminati kereta hatchback yang sporty dan selesa, Proton Iriz boleh dijadikan pilihan. Saiz kereta ini memang sesuai untuk mereka yang bujang atau mempunyai keluarga kecil. Kereta ini juga memiliki tahap kendalian pemanduan yang mantap. Tak percaya? Boleh test drive nanti.


Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Iriz:

Varian

1.3L STANDARD CVT

1.6L EXECUTIVE CVT

1.6L ACTIVE CVT

Harga

RM42,800

RM50,300

RM57,300

Bayaran

(9 tahun, d/p 10%, faedah 3%)

RM452.97

RM532.34

RM606.43

Mekanikal

  • Enjin 1.3L 4 silinder VVT DOHC

  • Transmisi CVT

    Mod Eco

    94 hp/120 Nm



  • Enjin 1.6L 4 silinder VVT DOHC

    108 hp/150 Nm


Luar

  • Lampu depan halogen/

    Lampu belakang kombinasi LED

  • Rim aloi 15”

    Cermin sisi

    larasan elektronik/lipatan manual


  • DRL LED

  • Spoiler belakang

    Cermin sisi lipatan auto

    Bukaan pintu tanpa kunci

    Lampu depan auto dgn fungsi Follow-Me-Home


  • Lampu depan LED

  • All-Round Body Moulding (Kemasan sporty)

    Gril bawah Honeycomb

    Rel bumbung perak

    Bumbung hitam

    Rim 16" 2 tona


Dalam

  • Kerusi fabrik hitam

  • Gear balutan kulit

    dgn kemasan perak

  • Stereng urethane

    Filter kabin N95

  • Pemain radio/MP3

    Bluetooth

    2 speaker

    Port USB (2x depan/

    2x belakang)


  • Butang penghidup enjin 

  • Tempat duduk kulit

  • Unit infotainmen 8” dgn sambungan telefon pintar

    4 speaker

    Paparan pelbagai info berwarna LCD TFT

    Tingkap pemandu auto turun/naik


  • Sulaman logo Active pada tempat duduk dan pintu

    Pedal sporty

    Tali pinggang merah

    Upholsteri separa kulit dengan jahitan merah

  • Arahan suara (termasuk air con/tingkap)

  • Navigasi dalam talian

  • Sambungan 4G terbina dalam dengan hotspot WiFi

    Geely Key User Interface (GKUI)





Keselamatan

  • 4 beg udara

  • ABS

  • EBD

  • Bantuan Brek 

  • Bantuan kestabilan elektronik (ESC)

  • Kawalan kestabilan cengkaman (TCS)

  • Bantuan pegun bukit (HA)

  • Sensor parkir belakang

    ISOFIX kerusi kanak-kanak

  • 6 beg udara

  • Kamera undur

  • Sensor parkir hadapan 



Apa Varian Terbaik Untuk Proton Iriz?


Daripada kesemua pilihan yang ada, varian 1.3L Executive CVT sebenarnya sudah cukup sempurna walaupun hanyalah varian asas. Lihat sahaja ciri keselamatan yang ditawarkan jika dibandingkan dengan varian lebih tinggi, Executive CVT (kalau anda tidak kisah kurang 2 beg udara dan menggunakan enjin berkapasiti lebih rendah).


Namun sekiranya anda tidak kisah untuk membayar lebih, varian tertinggi, 1.6L Active CVT, bukan hanya jauh lebih bergaya, tetapi juga lebih canggih sebagai satu-satunya varian dengan Geely Key User Interface (GKUI) dan eSIM yang memberikan kereta kebolehan navigasi live, strim muzik, sambungan WiFi dan sistem arahan suara Hi Proton. Jika dibandingkan dengan Iriz Premium keluaran sebelum ini, teknologi Hi Proton kali ini lebih canggih kerana boleh digunakan untuk mengawal tingkap dan pendingin hawa.


Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Risalah Proton Iriz

Laman web rasmi Proton Iriz


Penting untuk anda tahu


Model-model kereta yang disenaraikan dalam artikel ini dipilih bukan sahaja dari segi harganya yang rendah tapi juga berdasarkan kadar penggunaan minyak supaya kos pemilikan kereta ini tidaklah terlalu membebankan pembeli. 


Penting juga untuk anda tahu, terutama sekali bagi mereka yang baru pertama kali ingin membeli kereta, harga penyelengaraan kereta adalah bergantung. Dengan kereta baharu, anda boleh mendapatkan waranti penyelenggaraan yang ditawarkan oleh pengedar selama 3 ke 5 tahun. Namun ingat! Sekiranya dalam masa waranti ini anda menggunakan khidmat mekanik luar, waranti akan terbatal secara automatik. Caj penyelanggaran atau pembaikan di luar mungkin lebih mahal atau lebih murah bergantung kepada mekanik yang dihantar. 


Kesimpulannya…


Sudah pun penulis senaraikan apakah kereta yang boleh dibeli di Malaysia dengan gaji kurang daripada RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi dan inginkan kereta yang bukan sahaja murah tetapi juga berbaloi untuk dibeli berdasarkan spesifikasinya.


Model kereta mana yang mencuri hati? Myvi, Axia, Saga, Iriz atau Bezza? Dah boleh buat pilihan? Kalau masih lagi tak pasti kereta apa yang nak dibeli, boleh teruskan kajian sampailah anda puas hati. Namun diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPF6173

SELANGOR

BSF3404

JOHOR

JYA695

PULAU PINANG

PRR3241

PERAK

ANW4564

PAHANG

CFB9531

KEDAH

KGA8357

NEGERI SEMBILAN

NEG1694

KOTA KINABALU

SJL1724

KUCHING

QAB4815L

Terakhir Kemas Kini 06 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

-0.03

EURO 5 B7

RM 2.94

-0.03

Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025

Berita Terkini

Berita Auto
Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas

Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas

Langkah pengurangan pekerja diambil bagi mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah.

06-06-2025
Berita Auto
Aidiladha: KPN Nafi Keluar Arahan Untuk Adakan Sekatan Jalan Raya

Aidiladha: KPN Nafi Keluar Arahan Untuk Adakan Sekatan Jalan Raya

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan mengeluarkan arahan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam tadi sempena Hari Raya Aidiladha.

06-06-2025
Berita Auto
Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?

Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?

Cadangan MOT untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyaman pemandu yang memandu laju telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

06-06-2025
Berita Auto
Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini

Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini

Besraya sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).

05-06-2025
Berita Auto
Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab  Proton X70, Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,

05-06-2025
Berita Auto
BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan

BAS.MY KOTA SETAR sudah pun mula beroperasi sejak 1 Jun lalu.

05-06-2025
Berita Auto
Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri

Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.

05-06-2025
Berita Auto
PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.

05-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.