- Berita
- Berita Auto
- [2023] Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat
[2023] Gaji Bawah RM3000? Ini Senarai 5 Model Kereta Termurah Dengan Minyak Paling Jimat
“Boleh ke aku beli kereta dengan gaji sebanyak ni?”
“Bank boleh terima ke pinjaman aku nak buat?”
“Kereta apa yang sesuai aku beli dengan gaji bawah RM3k?”
Ini adalah antara persoalan yang terlintas di fikiran ramai orang bila nak beli kereta. Dalam artikel kali ini, CariCarz ingin kongsikan antara perkara penting yang anda perlu tahu tentang pembelian kereta dan seterusnya senarai lima kereta terbaik yang boleh dibeli dengan gaji RM3000 dan ke bawah. Info yang dikongsikan dalam artikel ini juga sesuai bagi sesiapa yang mempunyai komitmen yang tinggi, kerana kereta yang disenaraikan adalah antara kereta terbaharu yang ditawarkan dalam harga terendah di Malaysia.
Tanpa membuang masa, jom kita perkara yang penting untuk anda tahu bagi pembelian kereta dengan gaji bawah RM3000.
Bagaimana Mengira Kelayakan Pinjaman Kereta?
Pernah dengar tak orang kata harga kereta yang paling sesuai untuk kita beli adalah berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam setahun? Maknanya kalau gaji anda adalah RM3,000, pendapatan tahunan anda adalah RM36,000. Melalui perkiraan ini, harga kereta yang sesuai untuk anda beli adalah dalam lingkungan tersebut.
Tapi betul ke?
Sebenarnya, ia tidaklah semudah itu. Dalam tips yang dikongsikan itu tidak memaklumkan kepada orang ramai untuk hanya mengambil kira gaji bersih selepas pemotongan KWSP, SOCSO dan sebagainya terutama sekali…
Pengiraan komitmen atau perbelanjaan bulanan yang dikeluarkan.
Kesemua perkara ini sangat penting untuk mendapatkan anggaran harga kereta yang lebih tepat dan realistik dengan pendapatan. Orang berkeluarga yang bergaji RM3,000 memiliki komitmen yang lebih tinggi berbanding orang bujang. Jadi, harga kereta yang mampu dibeli adalah berbeza.
Jadi apa cara pengiraan yang sebenar?
Dengan gaji pokok sebanyak RM3,000 cari jumlah gaji bersih yang dimiliki dengan menolak jumlah potongan wajib seperti KWSP, PERKESO, PCB dan lain-lain.
Kemudian kira komitmen atau perbelanjaan bulanan seperti bayaran pinjaman rumah, pinjaman kereta lain, kad kredit dan sebagainya sekiranya ada.
Andai kata baki yang tinggal adalah RM1,000, bayaran bulanan untuk kereta baharu yang paling sesuai dengan pendapatan anda adalah separuh daripada baki tersebut, ini bermaksud jumlah bayaran ansuran terbaik adalah dalam RM500 sebulan.
Kenapa separuh baki, bukan keseluruhan baki gaji yang tinggal?
Ini kerana dalam pemilikan kereta, anda bukan sekadar perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran ansuran bulanan sahaja, tetapi juga kos-kos lain seperti penyelenggaraan, tol, minyak dan lain-lain.
Anda boleh menggunakan kalkulator yang disediakan oleh laman web CTOS untuk mengira kelayakan berdasarkan jumlah komitmen.
Bagaimana Cara Untuk Kira Jumlah Bayaran Bulanan Kereta Yang Dikenakan Berdasarkan Harga Yang Dipaparkan?
Anggaran kiraan harga kereta dibuat menggunakan kalkulator bayaran ansuran bulanan kereta Calculator.com.my. Untuk pengiraan yang lebih tepat anda perlu tahu berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh bank yang dipilih.
Untuk tujuan ini anda boleh menggunakan laman web seperti ringgitplus.com dan klik pada mana-mana bank yang menawarkan pinjaman kereta untuk melihat kadar faedah yang dikenakan serta kelayakan minimum untuk membuat permohonan pinjaman.
Bagi tujuan artikel ini, nilai bayaran pendahuluan (downpayment) yang digunakan adalah 10% daripada harga kereta, dengan pinjaman selama 9 tahun dan kadar faedah yang dianggarkan sebanyak 3% (berbeza-beza mengikut bank). Namun begitu, diingatkan bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi sekiranya tempoh bayaran pinjaman lebih panjang.
Apakah Kereta Baharu Termurah Yang Anda Boleh Beli Sekiranya Komitmen Tinggi Atau Bergaji Di Bawah RM3000?
Di bawah kami senaraikan 5 model kereta terbaharu yang mampu dibeli dengan gaji di bawah RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi. Harga yang disenaraikan adalah harga atas jalan tidak termasuk insuran.
Perodua Axia 2023 - Dari RM22,000
Perodua Axia ialah kereta baharu paling mampu milik yang boleh dibeli di Malaysia. Bermula daripada RM22,000 untuk varian manual, E, sehinggalah RM49,500 untuk varian tertinggi Axia iaitu AV.
Warna yang ditawarkan adalah Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White (Solid).
Kelebihan: Kereta ini cukup mudah untuk dikendalikan kerana saiznya yang kecil, memang ideal untuk sesiapa yang baru mendapat lesen kereta. Selain itu, Axia juga terkenal sebagai antara model kereta yang sangat jimat minyak dengan anggaran penggunaan minyak dari 4.4 liter/100 km.
Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Axia terkini:
Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Axia?
Jika dibandingkan dengan Axia generasi sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya kenapa harga Axia (versi automatik) kali ini lebih mahal. Versi kali ini dibina berdasarkan platform DNGA baharu, menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih baik. Selain itu, ciri keselamatan juga lebih baik serta diberikan lebih banyak teknologi canggih, di samping lebih luas. Axia kali ini lebih panjang 115 mm, lebih lebar 45mm dan juga lebih rendah 5 mm.
Ok, lebih baik dari segenap aspek berbanding model terdahulu, tapi persoalannya, mana satu varian terbaik? Untuk ini, varian terbaik pada pendapat penulis ialah varian SE atau X. Walaupun mungkin anda tertarik dengan spesifikasi AV yang lebih lengkap, namun, harga AV (RM49,980) sebenarnya lebih tinggi berbanding Myvi varian asas, G yang dilengkapi ciri keselamatan (RM48,500).
Kalau anda lebih memilih Axia berbanding Myvi, sudah pasti harga menjadi sebab utama bukan? SE dan X kedua-duanya dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang sama, cuma bezanya SE ada ciri Eco Idle yang membantu meminimumkan penggunaan petrol, lebih bergaya serta beberapa ciri tambahan yang lain (rujuk jadual di atas).
Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:
Bermula daripada RM34,580 untuk varian G manual sehinggalah RM49,980 untuk varian tertinggi Bezza iaitu AV.
Warna yang ditawarkan adalah Garnet Red, Granite Grey, Sugar Brown, Ocean Blue, Glittering Silver dan Ivory White.
Kelebihan: Perodua Bezza ni boleh dikatakan antara model tak kedekut yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM50,000. Ini kerana varian yang rendahnya masih menerima kelengkapan yang terdapat pada varian yang lebih tinggi seperti lampu LED (depan dan belakang), sambungan Bluetooth, sensor undur dan juga lampu signal pada cermin sisi.
Keluasan kereta ini juga sangat boleh dipuji terutamanya keluasan kargo kereta yang mencapai 508 liter. Memang sesuailah untuk bawa travel.
Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Bezza:
Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Bezza?
Kalau anda perasan, Bezza ditawarkan dalam dua jenis enjin berbeza, iaitu 1.0L dan 1.3L. Jadi mana satu jenis enjin nak dipilih? Seperti yang ramai tahu, enjin yang digunakan memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pengalaman pemanduan. Enjin 1.3L memiliki output kuasa sebanyak 94 hp, yang sememangnya lebih tinggi berbanding 1.0L. Kuasa ini memberikan keselesaan pemanduan yang lebih sekiranya kereta penuh dengan penumpang. Selain itu, model 1.3L juga memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu 4.5 L/100 km.
Yang menjadi faktor penting pemilihan bukan sahaja enjinnya, tapi juga ciri keselamatan yang ditawarkan. Jika dilihat daripada jadual di atas, varian AV dilihat lengkap dengan ASA 2.0 sebagai tambahan kepada pelbagai ciri keselamatan yang terdapat pada varian yang lebih rendah. Seperti yang pernah disebut dalam poin sebelum ini, ASA 2.0 merangkumi pelbagai teknologi keselamatan penting. Kalau ada bajet lebih, penulis nasihatkan anda untuk memilih apa yang terbaik demi nyawa anda dan orang yang tersayang.
Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:
Perodua Myvi Facelift 2022 - RM46,500
Bermula daripada RM46,500 untuk varian paling asas iaitu G tanpa PSDA sehingga RM59,900 untuk varian tertinggi Myvi iaitu AV.
Warna yang ditawarkan ialah Cranberry Red, Electric Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White (Solid).
Kelebihan: Kenapa Perodua Myvi antara model kereta paling banyak digunakan atas jalan raya di Malaysia? Ada sebabnya, terutamanya bagi orang muda, model ini menggunakan enjin yang agak berkuasa, tetapi! Mempunyai kadar efisien minyak yang sangat baik, bersesuaian dengan standard segmennya. Belum cerita lagi tentang design kereta ni yang memang style, saiz kabinnya pun cukup luas. Semua kelebihan ni dan banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan varian-varian tertentu dalam harga yang berpatutan membuatkan ramai orang tak fikir banyak kali untuk beli.
Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Perodua Myvi:
Apa Varian Terbaik Untuk Perodua Myvi?
Untuk varian yang memberikan nilai pembelian terbaik dari segi kuasa, keselesaan dan keselamatan dalam harga yang paling berpatutan, varian X adalah jawapannya.
Jika dibandingkan dengan varian lebih rendah, 1.3L G (PSDA) yang hadir dengan ciri keselamatan sama, varian X tampil lebih berkuasa dengan enjin 1.5L serta ciri tambahan lain. Bagi yang suka ‘feel-feel’ mendengar lagu sambil memandu, bermula daripada varian ini anda mendapat speaker belakang dalam versi yang lebih mantap dengan saiz yang lebih besar dan kemudahan butang kawalan audio pada stereng.
Bercakap tentang butang kawalan pada stereng, varian dengan enjin 1.5L juga hadir dengan mod kuasa atau Power Mode (PWR) yang mana butang kawalannya terdapat pada sebelah kanan stereng. Pengaktifan butang ini (hanya berfungsi semasa gear D atau Sport) akan meningkatkan tindak balas output enjin. Lebih kuasa untuk enjin yang sudah 'sedia' berkuasa.
Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:

Bermula daripada RM34,800 untuk varian paling asas iaitu Standard MT sehingga RM44,800 untuk varian tertinggi Proton Saga iaitu Premium AT.
Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.
Kelebihan: Proton Saga dengar je macam model kereta yang biasa-biasa, tapi keselesaannya tak boleh dipertikaikan. Antara ciri penting kesemua varian Proton Saga ini adalah tempat duduknya yang cukup selesa walaupun bagi perjalanan jauh. Bagi pemandu pula, stereng boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Dan yang bestnya, kesemua varian kereta ni lengkap dengan Bluetooth, daripada varian manual sampailah ke premium.
Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Saga:
Apa Varian Terbaik Untuk Proton Saga?
Beza harga yang tak begitu jauh untuk keselesaan tambahan yang agak signifikan jika dibandingan antara varian auto biasa (Standard AT) dengan auto luar biasa (Premium AT). Dengan jarak harga hanyalah lebih kurang RM3k, pembeli boleh mendapatkan ciri premium untuk tampil lebih bergaya dan demi keselesaan.
Dari segi keselamatan, Premium AT lengkap dengan Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang penting untuk menyelamatkan kereta daripada terbabas dalam pelbagai situasi seperti ketika mengelak halangan, understeer, oversteer atau jalan licin. Penting bukan?
Ciri keselamatan lain yang terdapat pada varian ini dan penting untuk dimiliki oleh semua kereta ialah Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor parkir hadapan dan kamera undur.
Ciri menarik lain yang ada adalah sistem audio yang lebih mantap seperti teknologi monitor berskrin sentuh 7 inci, 4 speaker dan butang audio pada stereng. Memang berbaloi.
Bermula daripada RM42,800 untuk varian paling asas iaitu 1.3L Standard CVT sehingga RM57,300 untuk varian tertinggi Proton Iriz iaitu 1.6L Active CVT.
Warna yang ditawarkan adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Ruby Red, Citric Orange dan Passion Red.
Kelebihan: Bagi sesiapa yang meminati kereta hatchback yang sporty dan selesa, Proton Iriz boleh dijadikan pilihan. Saiz kereta ini memang sesuai untuk mereka yang bujang atau mempunyai keluarga kecil. Kereta ini juga memiliki tahap kendalian pemanduan yang mantap. Tak percaya? Boleh test drive nanti.
Rujuk jadual di bawah untuk info spesifikasi terperinci berkenaan Proton Iriz:
Apa Varian Terbaik Untuk Proton Iriz?
Daripada kesemua pilihan yang ada, varian 1.3L Executive CVT sebenarnya sudah cukup sempurna walaupun hanyalah varian asas. Lihat sahaja ciri keselamatan yang ditawarkan jika dibandingkan dengan varian lebih tinggi, Executive CVT (kalau anda tidak kisah kurang 2 beg udara dan menggunakan enjin berkapasiti lebih rendah).
Namun sekiranya anda tidak kisah untuk membayar lebih, varian tertinggi, 1.6L Active CVT, bukan hanya jauh lebih bergaya, tetapi juga lebih canggih sebagai satu-satunya varian dengan Geely Key User Interface (GKUI) dan eSIM yang memberikan kereta kebolehan navigasi live, strim muzik, sambungan WiFi dan sistem arahan suara Hi Proton. Jika dibandingkan dengan Iriz Premium keluaran sebelum ini, teknologi Hi Proton kali ini lebih canggih kerana boleh digunakan untuk mengawal tingkap dan pendingin hawa.
Untuk info tambahan boleh klik pada pautan yang disenaraikan:
Penting untuk anda tahu
Model-model kereta yang disenaraikan dalam artikel ini dipilih bukan sahaja dari segi harganya yang rendah tapi juga berdasarkan kadar penggunaan minyak supaya kos pemilikan kereta ini tidaklah terlalu membebankan pembeli.
Penting juga untuk anda tahu, terutama sekali bagi mereka yang baru pertama kali ingin membeli kereta, harga penyelengaraan kereta adalah bergantung. Dengan kereta baharu, anda boleh mendapatkan waranti penyelenggaraan yang ditawarkan oleh pengedar selama 3 ke 5 tahun. Namun ingat! Sekiranya dalam masa waranti ini anda menggunakan khidmat mekanik luar, waranti akan terbatal secara automatik. Caj penyelanggaran atau pembaikan di luar mungkin lebih mahal atau lebih murah bergantung kepada mekanik yang dihantar.
Kesimpulannya…
Sudah pun penulis senaraikan apakah kereta yang boleh dibeli di Malaysia dengan gaji kurang daripada RM3000 atau sekiranya anda memiliki komitmen yang tinggi dan inginkan kereta yang bukan sahaja murah tetapi juga berbaloi untuk dibeli berdasarkan spesifikasinya.
Model kereta mana yang mencuri hati? Myvi, Axia, Saga, Iriz atau Bezza? Dah boleh buat pilihan? Kalau masih lagi tak pasti kereta apa yang nak dibeli, boleh teruskan kajian sampailah anda puas hati. Namun diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF6796
SELANGOR
BSF3554
JOHOR
JYA1346
PULAU PINANG
PRR3461
PERAK
ANW4750
PAHANG
CFB9583
KEDAH
KGA8415
NEGERI SEMBILAN
NEG1752
KOTA KINABALU
SJL1797
KUCHING
QAB4843L
Terakhir Kemas Kini 07 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.94
-0.03
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025
Berita Terkini
Petronas Kurangkan Pekerja: Lebih 5,000 Pekerja Terjejas
Langkah pengurangan pekerja diambil bagi mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah.
06-06-2025
Aidiladha: KPN Nafi Keluar Arahan Untuk Adakan Sekatan Jalan Raya
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan mengeluarkan arahan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam tadi sempena Hari Raya Aidiladha.
06-06-2025
Sistem AWAS Guna AI: Saman Lebih Penting Daripada Tangani Punca Kemalangan Sebenar?
Cadangan MOT untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyaman pemandu yang memandu laju telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
06-06-2025
Perhatian! Kerja Penyelenggaraan Besraya Bermula 3 Jun- 30 Nov Ini
Besraya sudah memulakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).
05-06-2025
Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras
PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024,
05-06-2025
BAS.MY Kota Setar: Mudahkan Urusan 28,000 Penumpang, Ada 13 Laluan
BAS.MY KOTA SETAR sudah pun mula beroperasi sejak 1 Jun lalu.
05-06-2025
Satu Perjalanan Pengangkutan Awam Boleh Kurangkan 300 Kenderaan, - Kata Menteri
Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan sibuk.
05-06-2025
PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam
Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.
05-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat