Acara PUMA Car Club Meriah! – Gabungan Fesyen, Hiburan Motorsport & Kulinari

Acara PUMA Car Club yang pertama di Asia Tenggara berlangsung dengan penuh kemeriahan baru-baru ini di Sentul Depot, Kuala Lumpur.




Acara yang menggabungkan Motorsport, fesyen, hiburan dan kulinari ini telah dihadiri oleh ramai individu berpengaruh termasuk selebriti MMA yang juga duta Puma SEA Motorsport, Choo Sung-hoon (Sexyama). Pemilihan Choo sebagai duta melambangkan perpaduan atletik, hiburan, dan slogan yang menjadi intipati jenama PUMA dalam dunia Motorsport, "Forever Faster."

“Kedua-dua MMA dan Motorsport memerlukan tumpuan yang tinggi untuk memperoleh kejayaan. Kini usia saya semakin meningkat, tetapi saya tetap akan meneruskan bekerja keras. Melalui kerjasama dengan PUMA, saya dapat memberi inspirasi dan terus menjadi ikon harapan kepada lelaki-lelaki dalam usia pertengahan!” ujar Choo.
Acara ini turut dihadiri pemimpin industri dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang terpilih sebagai sebahagian komuniti #PumaCarClub, menyumbang kepada kemeriahan acara.

Wakil dari Malaysia termasuk Pengarah Urusan Blackbyrd & Dragonfly KL, Jeremy Lim; veteren industri pemasaran yang membuat restrosi Porsche klasik, Huang Ean Hwa; Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar; Pengasas dan Pengarah Kreatif Motorsport Playground dan 911 Rebels, Remus Chang dan ramai lagi.


Puma bekerjasama dengan Mercedes-AMG, BMW M, Ferrari, dan Porsche Heritage untuk penghasilan koleksi pakaian Motorsport
Koleksi pakaian Motorsport terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023 dengan kerjasama Mercedes-AMG, BMW M, Ferrari, dan Porsche Heritage kini boleh didapati di mana-mana cawangan PUMA yang terpilih dan PUMA.com, dengan harga bermula dari RM159 hingga RM729. Untuk melihat koleksi ini, boleh layari https://my.puma.com/my/en/motorsport-1.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Koleksi Motorsport AW 2023 Puma Di Pasaran 15 Ogos Ini
Puma mengumumkan koleksi pakaian Motorsports terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023.
04-08-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
