ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Apa Cerita Ni, Main Turunkan Harga Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tesla dilaporkan telah menurunkan harga varian model Y Long Range dan Performance di China mulai hari ini.

Apa yang mengejutkan ialah harga kedua-dua model itu dikurangkan sebanyak 14,000 yuan atau RM7,800.

Untuk pengetahuan anda, harga permulaan Model Y Long Range kini cuma RM191,000, iaitu turun 4.5 peratus dari RM199,000.

Sama juga yang berlaku ke atas Model  Y Performance dimana harganya turun 3.8 peratus iaitu dari RM230,000 ke RM223,000.

Dikhabarkan Tesla telah melancarkan rancangan untuk menyediakan subsidi insurans di China sebanyak RM4,470.

Ia bertujuan untuk memberi insentif kepada pembeli model Tesla 3.

Bagaimanapun, harga diskaun ini cuma sah sehingga 30 September ini.

image.png

Ia berkemungkinan besar untuk  mengosongkan inventori yang tersedia menjelang pelancaran Model 3 baharu tidak lama lagi.

Terdahulu, Ketua Pegawai Ekselutif, Elon Musk ada mengumumkan pemotongan harga kereta Tesla secara global. 

Beliau sanggup mengambil keputusan untuk  memotong margin keuntungan syarikat.

Antara negara yang menerima pengurangan harga kereta Tesla ialah Amerika Syarikat, China dan beberapa negara lain disebabkan persaingan sengit dan  ketidaktentuan ekonomi.

Langkah yang diambil ialah termasuk peningkatan diskaun dan insentif untuk pengurusan inventori.

Menurut data yang dikeluarkan oleh China Passenger Car Association (CPCA), jualan kereta Tesla buatan di China jatuh sebanyak 31% pada bulan Julai berbanding Jun.

image.png

Jadi di sebalik berita ini, kami di CariCarz.com  ingin bertanya bilakah masa terbaik untuk membeli Tesla?

Apapun, sebagai pelanggan, semua orang menikmati tawaran yang baik, dan strategi harga Tesla sentiasa dipuji. 

Bagaimanapun, pembeli yang sama pasti tidak berpuas hati jika nilai kenderaan mereka turun beberapa bulan kemudian akibat jenama itu menurunkan harganya tanpa kaitan dengan pasaran kereta terpakai. 

Oleh itu, berbalik soalan tadi, bilakah masa yang sesuai untuk membeli Tesla?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
Kereta Baru

03-10-2025
Berita Auto

26-09-2025
EV

06-08-2024
Kereta Baru

24-04-2024
EV

26-02-2024
Berita Auto

05-02-2024

Berita Terkini

EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.