ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Banyakkan Feri Elektrik Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat swasta diminta tampil untuk memperkenalkan feri elektrik  bagi meyokong usaha produk-produk pengangkutan mesra alam sekitar.

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas menyaksikan pembentangan syarikat Yinson Holdings Bhd yang terlibat dalam pembinaan  feri elektrik.

Menurutnya, pihaknya berbangga kerana ada pelaburan seperti  Yinson Holdings Bhd terlibat dalam pembinaan 'Green Mobility' marin.

"Apabila saya melihat pembentangan syarikat ini...ia kini sedang membina sebuah feri penumpang berlandaskan elektrik, ini merupakan satu penerokaan baharu.

image.png

"Kita mengharapkan lebih banyak usaha daripada pihak syarikat swasta untuk turut memperkenalkan feri-feri elektrik ini sebab kalau kita menyebut pasal kenderaan elektrik (EV), ia tidak hanya melibatkan kereta dan motosikal.

'Saya berpendapat ini satu usaha yang baik kerana kalau syarikat swasta dapat melabur dalam perkara ini dan memperkenalkan produk-produk lebih mesra alam sekitar kepada sektor pengangkutan, sudah tentu ia adalah sesuatu yang disambut baik oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Dan Pembiayaan antara Yinson Holdings Bhd (Yinson), RRJ Capital (RRJ) dan Farosson semalam.

Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani Badan Penasihat, Pelaburan dan Pengurusan Aset kumpulan tersebut, Farosson yang disaksikan oleh Loke.

Pada acara itu, para tetamu turut mengambil bahagian dalam pameran oleh Yinson GreenTech (YGT) yang menampilkan penyelesaian untuk ekosistem yang bersih, bersepadu dan dipertingkatkan teknologi merentas segmen marin, mobiliti serta infrastruktur.

Antara dipamerkan ialah basikal elektrik YGT dengan bateri boleh tukar, rydeEV, penyelesaian pajakan kenderaan elektrik, infrastruktur pengecasan pemanduan dan EV iaitu chargEV.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN9385

SELANGOR

BST4705

JOHOR

JD6472J

PULAU PINANG

PSF3445

PERAK

APL2673

PAHANG

CFH6337

KEDAH

KGH8774

NEGERI SEMBILAN

NEL7048

KOTA KINABALU

SJT9135

KUCHING

QAB5215P

Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-07-2026
Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

14-05-2026
Berita Auto

31-03-2026
Berita Auto

27-06-2025
Berita Auto

14-02-2025
Berita Auto

28-05-2024
Berita Auto

14-05-2024

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.