Kereta Konsep EV Lamborghini Lanzador Dipertontonkan– Cecah 1300HP!

Automobili Lamborghini akhirnya mempertontonkan model elektrik pertama syarikat, iaitu kereta konsep EV Lamborghini Lanzador. Hadir dalam bentuk SUV unik dengan gaya sporty, reka bentuk kereta konsep EV 2+2 ini telah dikongsikan untuk tatapan umum sebagai pandangan awal sebelum versi pengeluarannya didedahkan beberapa tahun lagi.
Sebagai model pertama Lamborghini dengan kuasa elektrik sepenuhnya, Lanzador dikuasakan oleh dua motor elektrik dengan output 1,341 HP atau 1 MW - menjadikannya lebih berkuasa daripada Revuelto PHEV baharu. Namun, pengeluar Itali itu masih belum mendedahkan butiran lanjut tentang spesifikasi trenkuasa Lanzador.


Apa yang pasti, konsep EV Lanzador ini akan menggunakan sistem suspensi aktif dengan spring udara dan peredam adaptif, sementara sistem pengendalian gandar belakang yang digunakan membantu memberikan EV ini kestabilan semasa belokan. Pada bahagian lain, GT elektrik ini turut dilengkapi sistem torque vectoring yang unik untuk membantu mengedarkan kuasa kepada kesemua roda secara berasingan, sekaligus meningkatkan kualiti pengendalian Lanzador.



Dari segi visual, Lanzador hadir dalam reka bentuk yang sama dengan beberapa model Lambo yang sedia ada, terutamanya pada garis tingkap yang tajam dan bentuk badan yang bersudut. Garis bumbungnya panjang sebagai sebuah model dengan konfigurasi tempat duduk 2+2, selain memiliki overhang yang pendek di depan dan belakang.


Sistem Aerodinamica Lamborghini Attiva yang digunakan memberikan model ini pelbagai elemen aerodinamik yang fleksibel (adaptif) seperti splitter hadapan, diffuser belakang dan sebagainya. Dalam mod pemanduan agresif, kesemua elemen aero ini boleh dikawal untuk memberikan Lanzador daya tekanan atau downforce maksimum.

Bergerak ke bahagian dalam, Lanzador memiliki reka bentuk kabin yang menakjubkan dengan pelbagai teknologi futuristik dan kelengkapan mewah. Ruang pemandu direka berdasarkan konsep "pilot" Lambo yang menampilkan dashboard berbentuk Y dengan konsol tengah ‘terapung’ yang memisahkan pemandu dan penumpang hadapan.




Di sebalik stereng yang sporty, terdapat kluster instrumen digital. Sementara itu, butang kawalan boleh didapati pada bahagian stereng dan juga konsol tengah. Skrin infotainmen pula diletakkan pada tempat duduk pemandu yang masih boleh dikawal oleh pemandu melalui butang kawalan jenis rotari.




Berbeza dengan kebanyakan model sporty lain, kereta konsep ini memiliki ciri praktikal yang tinggi disebabkan oleh konfigurasi tempat duduk 2+2 dan ruang kargo yang besar. Untuk ruang simpanan lebih luas, tempat duduk belakang boleh dilipat rata.




Kereta konsep EV Lamborghini Lanzador ini dijadualkan akan diperkenalkan semula sebagai versi pengeluaran pada tahun 2028 nanti. Sementara menanti kedatangan saat bersejarah ini, kesemua model baharu Lamborghini termasuk pengganti Huracan dan SUV Urus generasi seterusnya bakal dihasilkan dengan ciri elektrik menjelang penghujung tahun 2024. Buat masa ini, satu-satunya model yang diberikan ‘sentuhan elektrik’ ialah Revuelto PHEV, sementara model edisi terhad, Sian, ialah model Lambo pertama dengan sistem trenkuasa hibrid.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS
Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.
27-10-2025
Konsep EV Perodua EMO: ‘Myvi’ Elektrik Yang Dinanti-Nantikan?
Perodua mempertontonkan model konsep EMO pada skala 1:6 di Malaysia Autoshow 2023.
03-05-2023
"EMO" Habis, PERODUA Nak Buat Gempak, Datanglah Autoshow
Dengar khabar, PERODUA nak tayang kereta konsep.
28-04-2023
Mitsubishi Triton Generasi Baharu MUNGKIN Kelihatan Seperti Ini
Seorang artis render Rusia memperlihatkan lakaran Mitsubishi Triton Generasi Baharu yang dibuat berdasarkan Mitsubishi XRT Concept.
28-03-2023
EV Hilux Bakal Muncul? Ini Dia Toyota Hilux Revo BEV Concept Yang Didedahkan Di Thailand!
Sempena ulang tahun ke-60 operasi Toyota Motor Thailand (TMT), syarikat tersebut telah mempertontonkan kereta konsep elektrik HiLux, HiLux Revo BEV.
15-12-2022
Honda Pamer Kereta Konsep EV '0', Sebuah Sedan & Minivan Unik di CES 2024
Honda mencuri tumpuan ramai semasa CES 2024 dengan pengenalan dua kereta konsep EV.
11-01-2024
Nissan Dedah EV Konsep, Hyper Force, Khas Untuk Peminat Game
Hyper Force daripada Nissan ini membuatkan 'gamer' teruja!
26-10-2023
EV Konsep Nissan Hyper Tourer Didedahkan – Tempat Duduk Terapung, Sistem AI Untuk Muzik & Cahaya
Nissan telah mendedahkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbaru, Nissan Hyper Tourer.
18-10-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
