ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW M2 Dan iX M60 Kini Rasmi Di Malaysia - Harga Dari RM598K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_BMW-M2_BMW-iX-M60_Launch_M4NTAP_.jpg


BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua model baharu dalam barisan kereta prestasi M, iaitu coupe sport, BMW M2 dan SUV elektrik berprestasi tinggi, BMW iX M60. Kedua-dua model ini  telah dilancarkan secara rasmi semasa Festival M4NTAP 2023 yang berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).


APA YANG MENARIK PADA BMW M2?


social_CariCarz_BMW-M2_BMW-iX-M60_Launch_M4NTAP_-2.jpg


BMW M2 generasi kedua (G87) telah dibuka untuk tempahan sejak Januari tahun ini. M2 digerakkan oleh enjin turbo-kembar 6-silinder sebaris 3.0L yang menghamburkan kuasa sehingga 454 hp dan 550 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik sport 8-kelajuan yang dilengkapi dengan Active M Differential. Gabungan sistem ini membolehkan M2 melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Jika memilih Pakej M Driver, kelajuan maksimum bertambah sehingga 285 km/j.


10.-The-New-BMW-M2.jpg13.-The-New-BMW-M2.jpg


Model ini dilengkapkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti Adaptive M Suspension, sistem M Drive Professional, serta kaliper brek M enam piston di bahagian hadapan yang dicat biru. 


Melengkapkan gaya sporty M2 ialah penggunaan rim aloi M jenis double-spoke berukuran 19 inci (hadapan) dan 20 inci (belakang) yang menggunakan warna 930 M Bicolour, serta warna kemasan khas, M High-gloss Shadowline. 


Pilihan Pakej M Pro turut ditawarkan, yang merangkumi bumbung M Carbon, pakej M Lights Shadowline, rim aloi M double-spoke yang menggunakan warna 930 M Black, serta brek M Compound  dengan kaliper dalam warna merah berkilat. M2 ditawarkan dalam lima pilihan warna luaran dan tiga pilihan warna untuk kabin. 


11.-The-New-BMW-M2.jpg
12.-The-New-BMW-M2.jpg14.-The-New-BMW-M2.jpg


Bergerak ke dalam kabin, ia dilengkapkan dengan paparan melengkung khas BMW yang menggunakan sistem operasi 8 BMW.  Kemudahan premium lain termasuk paparan-di-kepala (HUD), sistem audio hi-fi premium Harman Kardon, sistem Comfort Access, pakej BMW ConnectedDrive dan Connected Package Professional, serta pelbagai teknologi bantuan pemanduan aktif BMW Driving Assistant.


social_CariCarz_BMW-M2_BMW-iX-M60_Launch_M4NTAP_-4.jpg


BMW M2 generasi kedua dijual pada harga bermula dari RM598,800 tanpa pilihan tambahan dan insurans, atau RM642,800 dengan pakej M Pro. Harga tersebut termasuk waranti tanpa had perjalanan selama 5 tahun, serta pakej penyelenggaraan berjadual percuma, bersama pelbagai perkhidmatan pasca jualan dan keistimewaan lain daripada BMW Malaysia. 


APA YANG MENARIK PADA BMW iX M60? 

CariCarz_BMW-M2_BMW-iX-M60_Launch_M4NTAP_-5.jpg

BMW iX M60 yang dilancarkan ialah sebuah SUV elektrik berprestasi tinggi, M, yang pertama daripada BMW untuk pasaran Malaysia. 

Model ini menggunakan dua motor yang memacu kesemua roda dengan output 619 hp dan 1,100 Nm. Ini membolehkan iX M60 melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

03.-The-New-BMW-iX-M60.jpg

Kedua-dua motor dikuasakan oleh pek bateri 111.5 kWh. Dengan cas penuh, iX M60 memiliki jarak pemanduan maksimum WLTP sejauh 566 km - rendah sedikit berbanding iX xDrive50 Sport yang mempunyai jarak pemanduan maksimum 630 km. Selain boleh dicas dengan input AC 11 kW dan 22 kW, iX M60 juga menerima input DC berkepantasan ultra sehingga 195 kW. Ini membolehkan pengecasan dari 0 hingga 80% dilakukan dalam masa hanya 35 minit, berbanding 11 jam dengan pengecas AC pada 11 kW.

Ditawarkan eksklusif hanya untuk iX M60, ialah rim aerodinamik BMW M Individual berukuran 22 inci jenis 3D warna gangsa titanium 1023, sistem audio premium Bower dan Wilkins Diamond 30-speaker 1,615 watt, upholsteri eksklusif kabin Interior Design Suite Amido dan Interior Design Suite Castanea, serta logo model dalam warna hitam berkilat atau gangsa titanium.

09.-The-New-BMW-iX-M60.jpg10.-The-New-BMW-iX-M60.jpg

Ruang kabin dilengkapkan dengan skrin melengkung BMW dan pelbagai lagi ciri premium lain termasuk pendingin hawa 4-zon, pakej Driving Assistant Professional dan pakej Parking Assistant Professional serta sistem kawalan jelajah baharu yang hadir dengan fungsi brek. Ciri lain ialah pakej BMW Live Cockpit Professional dan perkhidmatan BMW Connected. 

social_CariCarz_BMW-M2_BMW-iX-M60_Launch_M4NTAP_-3.jpg

BMW iX M60 boleh didapati dalam tujuh pilihan warna termasuk dua warna eksklusif untuk bahagian badan kereta dan dua pilihan warna dalaman. Model ini dijual dari harga RM630,800. Harga adalah termasuk jaminan tanpa had perjalanan selama 5 tahun dan pakej penyelenggaraan percuma, termasuk jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km, bersama pelbagai perkhidmatan pasca jualan dan keistimewaan lain daripada BMW Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPY2714

SELANGOR

BSJ9448

JOHOR

JYK6420

PULAU PINANG

PRV4761

PERAK

APC3577

PAHANG

CFD9937

KEDAH

KGC8702

NEGERI SEMBILAN

NEH5402

KOTA KINABALU

SJN5586

KUCHING

QAB4801M

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.02

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.22

+0.07

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

12-06-2025
Video

08-08-2023
Kereta Baru

05-08-2023
Kereta Baru

05-01-2023
Global

02-12-2022
Kereta Baru

16-02-2024
Video

08-08-2023
Kereta Baru

05-08-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mazda BT-50, Versi CBU, Hanya Ada 1 Varian - RM138,000

Mazda BT-50 2025 yang merupakan versi CBU dilancarkan secara rasminya.

05-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900

Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

EV Paling Mampu Milik Malaysia, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula RM56,800

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

30-10-2025
Kereta Baru

Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500

Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.

30-10-2025
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.