BMW X5 Li Facelift Muncul Sebagai Varian LWB, Eksklusif Pasaran China

Pelancaran kereta oleh BMW di negara China baru-baru ini membuktikan betapa hebatnya permintaan terhadap kereta versi jarak roda panjang (LWB) di negara tersebut. Ini kerana tidak lama selepas pelancaran varian LWB i5 dan 5 Series, BMW telah melancarkan varian LWB lain khas untuk pasaran China.
BMW X5 LI FACELIFT VERSI LWB DILANCARKAN
Direka berdasarkan SUV BMW X5 versi facelift, BMW X5 Li facelift menerima tambahan jarak antara roda sebanyak 130 mm berbanding model standard, menjadikan kabin lebih luas dengan ruang yang besar untuk memuatkan pelbagai kelengkapan dan kemudahan mewah. Saiz yang lebih besar ini juga memudahkan penumpang untuk masuk dan daripada kenderaan.



Jarak roda yang panjang menjadikan X5 Li facelift tampil lebih luas dan mewah
KABIN BMW X5 LI FACELIFT
Antara kelengkapan mewah terkini yang ditawarkan dalam kabin X5 Li ialah tempat duduk belakang dalam upholsteri kulit jahitan kuilt (quilt) dengan perehat tangan khas, serta sistem infotainmen dengan perisian BMW iDrive 8.5 yang terbaru. Perisian ini hadir dengan struktur menu dan skrin home baharu.



LUARAN BMW X5 LI FACELIFT
Dari luar, X5 Li facelift tidak jauh berbeza dengan X5 versi standard, menampilkan sudut hadapan yang diberikan rekaan semula bersama bampar depan baharu. Satu-satunya perubahan ketara yang dapat dilihat adalah dari sudut tepi, kerana X5 Li ternyata lebih panjang, menjadikan siluetnya lebih elegan.
PRESTASI BMW X5 LI FACELIFT
Dihasilkan di kilang BMW Brilliant di Dadong, China, X5 Li baharu ini akan ditawarkan dalam dua varian. Varian asas, X5 xDrive30 Li, dikuasakan oleh enjin petrol 2.0L 4 silinder dengan ouput 255 hp dan 400 Nm yang memberi tenaga kepada SUV ini untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.2 saat.
Untuk prestasi yang lebih tinggi, model X5 xDrive40 Li hadir dengan enjin yang lebih berkuasa, enjin 3.0L 6 silinder sebaris turbo yang menghamburkan kuasa 375 hp dan 520 Nm, sekaligus menjadikan kereta jauh lebih pantas dengan kuasa pecutan hingga 100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat. Selain berbeza enjin, varian ini juga ditawarkan dengan pilihan tambahan sistem suspensi udara dwi-gandar adaptif untuk keselesaan lebih baik.


Malangnya, X5 Li facelift adalah model yang eksklusif yang dikeluarkan untuk pasaran China, bermakna ia tidak akan tersedia di pasaran antarabangsa yang lain
HARGA BMW X5 LI FACELIFT
BMW X5 Li facelift baharu dijangka akan memasuki pasaran China pada bulan September tahun ini, dengan harga bermula dari CNY 615,000 (RM392,739) untuk model asas xDrive30 Li, manakala model xDrive 40 Li yang lebih berprestasi dijual pada harga yang lebih tinggi, iaitu CNY 729,000 (RM465,539).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2733
SELANGOR
BST7217
JOHOR
JE3179J
PULAU PINANG
PSF5744
PERAK
APL4862
PAHANG
CFH7429
KEDAH
KGJ1321
NEGERI SEMBILAN
NEL8542
KOTA KINABALU
SJU1383
KUCHING
QAB5687P
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW iX3L Neue Klasse: SUV Elektrik 'LWB' Bakal Gegar Pasaran, Malaysia Dalam Radar?
BMW nampaknya tidak menunggu lama untuk melebarkan penguasaan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).
22-01-2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat