CHERY Malaysia Selesai Serah Unit CKD Omoda 5 & Tiggo 8 Pro
-full_normal.jpg)
CHERY Malaysia mengumumkan syarikatnya telah berjaya menyelesaikan penyerahan kumpulan kenderaan CKD pertama, Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, hanya tiga bulan selepas melancarkan program pemasangan tempatan pada Mei 2023.
Upacara penyerahan diadakan di Kilang CKD Inokom di Kulim, Kedah, melalui pertukaran simbolik kunci tiruan antara Pengarah Urusan Inokom Corporation, Encik Sui Keng Huat dan Pengarah Operasi Kilang Chery Malaysia, Encik Xu Jing Zhong.
-full_normal.jpg)
CHERY Malaysia telah mempamerkan komitmennya untuk memperluaskan kemampuan pembuatan CKD, melabur dalam teknologi terkini, dan membina hubungan dengan pembekal tempatan untuk memperkukuhkan ekosistem automotif Malaysia. Usaha ini tidak hanya akan meningkatkan kedudukannya dalam sektor automotif, tetapi juga akan memberi sumbangan yang ketara kepada kemakmuran ekonomi rantau ini.
Menurut Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), eksport kereta China mencatatkan pencapaian melebihi 1.07 juta kenderaan pada suku pertama 2023, menjadikannya negara pengeksport kereta terbesar dunia.
Chery Group memberikan sumbangan yang signifikan setelah mencatatkan jumlah jualan kumulatif sebanyak 741,400 kenderaan, mewakili peningkatan tahunan sebanyak 56% hanya dalam separuh pertama tahun 2023.
-full_normal.jpg)
Ini bukan hanya mencerminkan jumlah jualan bagi separuh tahun yang tertinggi dalam sejarah, tetapi juga mengekalkan unjuran yang belum pernah dicapai selama 13 bulan berturut-turut iaitu lebih 100,000 kenderaan dalam tempoh sebulan, menempatkan Chery di kedudukan kedua dalam industri dari segi kadar pertumbuhan. Antara kejayaan Chery adalah termasuk mencapai jumlah jualan kumulatif sebanyak 539,400 pada separuh pertama tahun ini, mewakili pertumbuhan tahunan yang signifikan sebanyak 50.9%.
-full_normal.jpg)
Sepanjang 26 tahun dalam industri, syarikat Chery sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan, membolehkannya mencapai kecemerlangan dalam teknologi seperti pemproses cip, perisian, dan pembangunan bateri.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan
Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?
06-10-2026
Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang
Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.
06-10-2026
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge