Funding Societies Bantu Ahli PEKEMA Dapatkan Pembiayaan

Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menjalin kerjasama dengan Funding Societies, platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersepadu terbesar di Asia Tenggara bagi memberi akses mudah kepada pembiayaan melalui platform kewangan digital.
Perjanjian itu akan memberi tumpuan kepada sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli PEKEMA yang terdiri daripada pengimport dan peniaga kenderaan dari seluruh pelosok Malaysia.
Pemangku Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, kerjasama itu memberikan kesan positif kepada industri automotif negara.
“Perjanjian ini adalah memberikan sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada ahli PEKEMA untuk memudahkan pembelian stok kenderaan bagi tujuan "floor stocking".
“Langkah ini dilihat penting dalam memastikan kelancaran perniagaan mereka serta untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan efisien,” katanya dalam satu kenyataan kepada CariCarz.com semalam.
Menurut Mohamed Nazari, PEKEMA menjalin kerjasama dengan kedua-dua institusi kewangan dan bukan kewangan dalam usaha untuk memaksimumkan ekosistem pembiayaan yang lebih meluas.
“Pendekatan inovatif ini dijangka akan mendorong peningkatan jualan dalam industri automotif dan memberi ruang kepada ahli untuk meneroka model pembiayaan yang berbeza sejajar dengan trend dan keperluan pasaran semasa.

“Kerjasama dengan Funding Societies ini selaras dengan misi PEKEMA untuk memperkukuhkan kedudukan industri automotif Malaysia dalam menghadapi transformasi global dengan menggunakan teknologi dan kerjasama yang dinamik,” tambahnya.
Pada tahun lalu, PEKEMA memainkan peranan penting dengan mengimport lebih daripada 46,000 kenderaan dan menjual kira-kira 37,000 unit daripadanya, memberikan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada jumlah penjualan industri kenderaan (Total Industry Volume, TIV).
Di saat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil serta pelancaran model-model baharu, TIV bagi tahun ini dijangka akan mencapai 725,000 unit, mengikut unjuran pasaran.

Dengan lebih daripada 340 pengedar, 400 gudang berlesen dan bilik pameran di seluruh negara, PEKEMA berada dalam kedudukan kukuh untuk terus memainkan peranan utama dalam pasaran automotif.
Sementara itu, Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon pula berkata, perjanjian k ini melahirkan konsep pembiayaan stok kenderaan yang berevolusi oleh Funding Societies dan diintegrasikan ke dalam rangkaian luas PEKEMA.
“Hampir 300 Pemegang Permit (AP) yang diluluskan. Mekanisme pembiayaan ini membolehkan pemegang AP untuk memperluaskan stok kenderaan mereka, meredakan tekanan aliran tunai, dan memudahkan pengembangan perniagaan.
"Dengan menggabungkan kepakaran Funding Societies dalam pinjaman digital untuk PKS dengan rangkaian luas PEKEMA, kami yakin dapat memberikan kesan positif kepada pengedar kenderaan yang ingin berkembang di seluruh Malaysia. Inisiatif ini sejajar dengan misi kami untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS dan memacu pertumbuhan ekonomi,” jelasnya.
Pada tahun 2022, sektor automotif Malaysia menyumbang sebanyak RM64.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terutamanya didorong oleh pemulihan permintaan pasca pandemik. Anggaran menunjukkan bahawa angka ini dijangka meningkat kepada RM104.2 bilion menjelang tahun 2030.
Bagaimanapun, segmen tertentu dalam industri ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk akses terhadap pembiayaan. Dalam konteks ini, kerjasama antara PEKEMA dan Funding Societies bertujuan untuk menangani isu-isu ini dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai pengedar kenderaan yang sedang berkembang.
Menurut Chai, program pembiayaan disesuaikan dengan kerjasama dengan PEKEMA ini menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang permit AP, termasuk kos pembiayaan yang lebih rendah, had pembiayaan yang lebih tinggi, tempoh kredit sehingga 120 hari, dan proses permohonan yang dipermudahkan.
“Pemegang permit yang menepati kriteria diperlukan - pemilik syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad, sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham oleh rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya satu tahun operasi perniagaan yang aktif dan tiada tindakan undang-undang atau litigasi yang belum selesai - boleh memohon pembiayaan,” ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6453
SELANGOR
BSR7134
JOHOR
JA5126J
PULAU PINANG
PSD9385
PERAK
APJ9590
PAHANG
CFH2063
KEDAH
KGH1744
NEGERI SEMBILAN
NEK9670
KOTA KINABALU
SJT1553
KUCHING
QAB2251P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia
Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.
21-07-2026
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit
LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru
21-07-2026
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Stesen Sentral Seremban Bakal Siap Mac Depan.
21-07-2026
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat