Honda City Facelift 2023 Rasmi Dilancarkan – 5 Varian, Dari RM84K

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda City facelift 2023 sebentar tadi. Lima varian ditawarkan termasuk sebuah varian RS baharu. Berikut adalah senarai harga:
e:HEV RS: RM111,900.00
Petrol RS: RM99,900.00
V: RM94,900.00
E: RM89,900.00
S: RM84,900.00
Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans.
CIRI MEKANIKAL HONDA CITY FACELIFT 2023



RS versi hibrid, yang teratas dalam barisan ini dikuasakan oleh enjin 1.5L e:HEV yang menghasilkan daya maksimum 109PS dan tork 253Nm yang terbaik dalam kelasnya. Sementara itu, varian petrol dikuasakan oleh enjin 1.5 DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm.
BAHAGIAN LUAR HONDA CITY FACELIFT 2023





Dari segi reka bentuk, varian RS yang sporty hadir dengan gril depan baru bermotif Honeycomb, gril bawah depan baharu, diffuser belakang baharu, skirting sisi baru, dan lambang "RS" yang direka semula. Ciri-ciri luar sporty lain dalam termasuk bampar depan baharu, bampar belakang baharu dan rim aloi dua tona 16 inci yang baharu. Varian Petrol RS dan e:HEV RS Model City baharu kini lebih panjang dengan rekaan bumper yang diperbaharui dengan panjang 4,589mm, manakala varian S, E dan V adalah 4,580mm.



BAHAGIAN DALAM HONDA CITY FACELIFT 2023





Kedua-dua varian Petrol RS dan e:HEV RS dilengkapi dengan sistem infotainmen yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar. Di sebalik stereng, terdapat skrin meter TFT 7”. Kecuali untuk varian S, semua varian lain memperoleh ciri-ciri baru yang ditingkatkan, iaitu 8 speaker, antaramuka atau interface baharu untuk infotainmen, kamera pandangan belakang pelbagai arah yang ditingkatkan, dan port USB belakang baru (jenis C). Ciri lain ialah konfigurasi tempat duduk belakang 60:40 dan ruang kargo 519L.


CIRI KESELAMATAN HONDA CITY FACELIFT 2023
Pakej Honda Sensing yang ditawarkan bagi Honda City versi facelift 2023 ini telah dipertingkat dengan pelbagai teknologi terkini seperti Jejak Kelajuan Rendah (LSF) dan Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN).

Ini menjadi nilai tambah kepada pembeli model terkini, melengkapkan lagi pakej Honda SENSING yang sudah merangkumi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (RDM), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB).
HARGA HONDA CITY FACELIFT 2023

Honda City facelift 2023 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Crystal Black Pearl. Harga bagi varian S ialah RM84,900.00, E ialah RM89,900.00, V ialah RM94,900.00, RS versi petrol RM99,900.00 dan RS hibrid RM111,900.00, atas jalan, tanpa insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4893
SELANGOR
BSU8706
JOHOR
JH385J
PULAU PINANG
PSH2587
PERAK
APM7594
PAHANG
CFJ3537
KEDAH
KGJ7324
NEGERI SEMBILAN
NEM5228
KOTA KINABALU
SJV564
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge