Ini Dia Rupa Kabin smart #1, Kelas Sungguh!

Smart #1 telah membuat penampilan umum pertamanya pada hujung tahun lalu namun ia akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini.
Terdahulu, kami ada menyiarkan mengenai bahagian luaran kereta elektrik ini namun spesifikasi dalamannya tidak didedahkan ketika itu.
Sebaliknya, hari ini, kami akan menerangkan lebih terperinci mengenai kabinnya.

Ini adalah varian Premium smart #1 yang dilengkapi dengan kabin yang serba lengkap selain menampilkan reka bentuk dan gaya futuristik.
Sebaik melangkah masuk ke dalam kabinnya, anda akan disambut dengan pancaran lampu yang berada di bahagian sisi pintu.
Bagi bahagian tempat duduk pemandunya, tempat duduknya boleh bergerak secara automatik ke belakang bagi memudahkan pemandunya keluar dan masuk.

Jika anda amati dengan lebih dekat, bahagian kokpitnya adalah berbentuk T serta hadir dengan sistem lampu ambien dwi-zon dimana terdapat 64 pilihan warna.

Paparan infotainmen yang bersaiz 12.8 inci dikuasakan dengan sistem UI dimana ia menampilkan sistem navigasi dengan paparan lokasi pengecasan.
Paparan ini sama seperti yang kami lihat pada sistem infotainmen Android pada Volvo C40/XC40 Recharge EV SUV .
Apa yang cukup menarik ialah antara muka sistem infotainmennya juga ada seekor “musang” sebagai perantara untuk berkomunikasi.


Bahagian pemandunya juga menerima kluster instrumen 9.2-inci namun ia kelihatan agak tersembunyi kerana terletak di bawah stereng yang dibaluti dengan kulit.
Jika ia kecil untuk anda, jangan risau kerana jentera ini turut dilengkapi dengan head-up display bersaiz 10-inci dimana ia akan menyalurkan semua maklumat mengenai pemanduan.


Selain itu, terdapat juga dua port pengecasan USB-C serta soket 12 volt, pad pengecas wayarles, beberapa pemegang cawan, serta perehat tangan tengahnya boleh disejukkan.
Malah, sistem audionya juga dilengkapi dengan sistem 13-pembesar suara dan 640W oleh Beats.


Bagi tempat duduk, kesemuanya dibalut dengan material kulit mewah, manakala bahagian hadapan mendapat fungsi pengudaraan tambahan, serta boleh dilaras melalui paparan infotainmen.
Sementara itu, ruang buatnya dikatakan boleh seluas antara 323 liter hingga 411 liter jika kerusinya direbahkan dengan nisbah 60:40.

Difahamkan, ruang kargonya boleh menjadi lebih luas kepada 986 liter jika penyandar kerusi belakang dilipat dan bahagian hadapannya juga mempunyai ruang kecil bersaiz 15 liter dimana anda boleh menyimpan kabel pengecas telefon anda.

Di sebalik semua ini, apa pula pandangan anda?
Kongsikan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4125
SELANGOR
BSP6302
JOHOR
JYV8514
PULAU PINANG
PSB8651
PERAK
APH1767
PAHANG
CFG3955
KEDAH
KGF6409
NEGERI SEMBILAN
NEK2944
KOTA KINABALU
SJR6942
KUCHING
QAB6991N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat