ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Kena Hempap Pokok, Bolehkah Claim Insurans?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tahukah anda, jika kenderaan dihempap pokok, anda sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Itu kata Peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan selepas , tiga beranak maut gara-gara kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok semasa melalui Jalan Machang-Kota Bharu dekat Kok Lanas, dua hari lepas.

"Untuk kes berkenaan, keluarga mangsa boleh mengambil tindakan terhadap dua pihak iaitu PBT dan JKR.

"Ia membabitkan JKR sekiranya kedudukan pokok berkenaan berada dalam kawasan simpanan jalan jabatan berkenaan.

"Manakala tugas PBT pula adalah menyelia dan menyelenggara pokok berkenaan supaya berada dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan orang ramai," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, akhbar tempatan ada menyiarkan tiga beranak itu maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok.

image.png

Dalam kejadian itu, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5 yang menaiki kereta Nissan Sentra meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita yang maut ditemui dalam keadaan sedang meriba anaknya berusia lima tahun di tempat duduk hadapan.

image.png

Bagi yang tidak tahu, jika kenderaan dihempap pokok tumbang, kenderaan anda sebenarnya akan dilindungi pihak insurans.

Sebaliknya, sda syarat-syarat serta perkara yang akan dipertimbangkan oleh pihak insurans. 

Antaranya:

• Bagaimana kejadian pokok tumbang berlaku?

• Anda ada perlindungan peril khas atau tidak? 

Apapun, diharapkan PBT sentiasa memantau pokok-pokok yang sudah berusia. 

Difahamkan pokok perlu dinilai sekurang-kurangnya dua kali setahun, tetapi kebanyakan pokok di kawasan bandar terbiar dan tidak terurus.

Apa pula pandangan anda mengenai pokok-pokok besar yang berada di tepi jalan?

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4754

SELANGOR

BSV2914

JOHOR

JH7593J

PULAU PINANG

PSH5414

PERAK

APN2099

PAHANG

CFJ4632

KEDAH

KGJ9084

NEGERI SEMBILAN

NEM6562

KOTA KINABALU

SJV2938

KUCHING

QAB701Q

Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

28-07-2025
Berita Auto

22-07-2025
Berita Auto

30-06-2025
Berita Auto

02-04-2025
Berita Auto

24-03-2025
Berita Auto

22-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.

20-11-2026
Berita Auto
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit

Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit

Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.

20-11-2026
Berita Auto
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli

Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli

Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.

20-11-2026
Berita Auto
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026

18-11-2026
Berita Auto
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.

18-11-2026
Berita Auto
Lebuhraya LIKE:  Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.

18-11-2026
Berita Auto
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat  China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.

18-11-2026
Berita Auto
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.

18-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.