Lamborghini Dedah Imej Acah Model Baharu – Ini Segala Yang Kita Tahu Setakat Ini...
Jenama kereta sport mewah Itali, Lamborghini, telah menunjukkan imej acah untuk sebuah model dikatakan bakal didedahkan untuk tatapan umum semasa acara Monterey Car Week yang akan berlangsung minggu ini.
Dikongsikan melalui Facebook rasmi Lamborghini, imej acah tersebut menunjukkan bayang-bayang bentuk sebuah model yang tidak kenali dengan keterangan yang bertulis “Sesuatu yang baru dan mengujakan akan didedahkan.”
-full.webp)
Imej acah kereta konsep EV GT Lamborghini yang akan dipertontonkan
Berdasarkan hasil penelitian, dapat dilihat bahawa model baru ini menggunakan konsep reka bentuk yang sama dengan beberapa model Lambo yang sedia ada, terutamanya pada garis tingkap yang tajam dan bentuk badan yang bersudut. Selain itu, EV mewah ini juga direka dengan garis bahu yang agak melengkung, dengan garis bumbung yang kelihatan agak panjang untuk sebuah supercar dengan dua tempat duduk.
-full.webp)
Presiden & CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann
Sebelum imej acah ini didedahkan, Presiden dan CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann pernah mengesahkan bahawa jenama kebanggaan Itali itu akan memperkenalkan sebuah kereta konsep EV GT baharu yang bakal memasuki fasa pengeluaran pada separuh pertama abad ini. Digambarkan sebagai “prototaip pertama daripada kereta pengeluaran siri keempat" Lamborghini, EV ini akan berdiri sebagai sebuah grand tourer 2+2. Winkellman juga mengesahkan bahawa model ini sesuai untuk kegunaan harian berbanding Huracan, dan menekankan ia bukanlah pengganti SUV Urus.
-full.webp)
Model konsep EV ini juga dikatakan bakal menggunakan komponen EV yang sama seperti model EV lain daripada Volkswagen Group, sama seperti bagaimana Urus berkongsi landasan yang sama dengan model-model seperti Porsche Cayenne, Audi Q7, dan Bentley Bentayga - semua jenama di bawah VW.
![]()
Kereta konsep ini dijangka akan diperkenalkan di peringkat global pada 18 Ogos semasa acara Monterey Car Week yang akan diadakan di Pebble Beach, California. Nantikan maklumat lebih terperinci mengenai model ini sebaik pendedahan dibuat nanti. Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita automotif terkini!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Imej Acah Sedan Audi A6 Didedahkan – Pelancaran 15 April Ini
Audi mendedahkan imej acah pertama sedan yang terbaru, Audi A6.
09-04-2025
Teaser BYD Seal Didedahkan, Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi?
BYD Sime Darby Motors Malaysia telah berkongsi teaser yang penuh dengan misteri...
09-01-2024
Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles
Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.
06-11-2023
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
