ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus RX 500h F Sport 2023 Kini Di Malaysia – Dari RM498K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-001.jpg


Lexus RX generasi kelima kini hadir dengan varian tertinggi baharu untuk pasaran Malaysia, RX 500h F Sport.  Dibuka untuk tempahan di semua cawangan Lexus di seluruh negara bermula hari ini (18 Ogos), varian RX versi hibrid ini dijual pada harga RM498,888.


CIRI MEKANIKAL LEXUS RX 500H F SPORT 2023


RX 500h F Sport dikuasakan oleh  enjin petrol 2.4 liter  turbo 4 silinder bersama motor elektrik yang menghasilkan kuasa gabungan 270 hp dan 460 Nm (lebih 30 Nm berbanding varian lebih rendah, versi bukan hibrid, RX 350).


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-107.jpgWeb_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-086.jpg

RX 500h dikuasakan oleh   enjin petrol turbo 2.4 liter 4 silinder yang digabungkan dengan motor elektrik tunggal. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 6 kelajuan


Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda melalui pakej pacuan semua roda (AWD) DIRECT4 dan transmisi automatik 6 kelajuan. Sistem elektrifikasi yang diketengahkan untuk varian ini juga memperlihatkan penggunaan eAxle (gandar elektronik) di bahagian belakang yang terintegrasi dengan motor elektrik, inverter dan kotak gear reduksi. 


Di samping itu, susunan suspensi yang baharu dan modul Dynamic Rear Steering (DRS) menawarkan dinamik pemanduan yang lebih baik dan sporty. Teknologi DRS yang digunakan memberi roda belakang sudut pengendalian sehingga 4° ke mana-mana arah bergantung pada kelajuan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan stereng semasa pemanduan laju dan perlahan.


REKA BENTUK LEXUS RX 500H F SPORT 2023


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-012.jpg
Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-089.jpgWeb_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-029.jpg

Ciri F Sport dapat dilihat di bahagian luar melalui penambahan bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, serta pelbagai lagi elemen lain dalam aksen dan kemasan hitam 


Secara visual, RX 500h F Sport tampil berbeza berbanding varian RX 350, kerana diberikan sentuhan sporty khas, F Sport. Perbezaan ketara dapat dilihat dari reka bentuk bampar hadapan dan belakang, aksen dan kemasan hitam, serta rim aloi bersaiz 21 inci yang berwarna hitam matte. 


Secara keseluruhannya, varian ini masih mengekalkan bentuk banda yang hampir sama dengan varian RX 350. Misalnya ciri eksklusif yang jenama Lexus seperti lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L, lampu hadapan projektor LED, lampu belakang melintang  yang berkelebaran penuh, serta gril spindle Lexus yang mendominasi sudut hadapan. 


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-124.jpg

Salah satu ciri yang hanya terdapat pada RX 500h F Sport ialah penggunaan  rim aloi bersaiz 21 inci yang berwarna hitam matte


KABIN LEXUS RX 500H F SPORT 2023


Bergerak masuk ke dalam kabin, varian ini masih menggunakan konsep rekaan dalaman yang sama seperti varian lebih rendah, namun diberikan ciri premium tambahan seperti penggunaan balutan kulit Ultrasuede pada tempat duduk, papan pemuka dan kemasan pintu. Turut ditambah ialah penggunaan kemasan aluminium Dark Spin. 


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-033.jpg

Tidak jauh berbeza dengan RX 350, tetapi tempat duduk, papan pemuka dan kemasan pada pintu kini diberikan balutan kulit Ultrasuede


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-078.jpgWeb_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-038.jpg

Salah satu teknologi baharu yang digunakan ialah sistem audio Mark Levinson dengan 21 speaker


Hadir dengan pelbagai ciri canggih, kabin RX 500h dilengkapi dengan sistem audio Mark Levinson 21 speaker, paparan instrumen digital sepenuhnya, sistem infotainmen skrin sentuh yang sama seperti RX 350 yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, bukaan pintu dan penghidup enjin tanpa kunci, serta kawalan pendingin hawa automatikm dengan corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang. 


CIRI KESELAMATAN LEXUS RX 500H F SPORT 2023


Lexus RX500h F Sport dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu aktif terkini (ADAS) melalui pakej Lexus Safety Sense+ (LSS+). Model ini dipasangkan dengan 12 sensor ultrasonik serta empat kamera, memberikannya keupayaan pemanduan separa-autonomi tahap 2.


HARGA LEXUS RX 500H F SPORT 2023


Web_CariCarz_Lexus-RX-500h-F-SPORT-105.jpg

RX 500h F Sport ditawarkan dalam empat pilihan warna


Model yang ditawarkan dalam empat pilihan warna ini dijual pada harga RM 498,888. Pembelian adalah termasuk jaminan standard selama lima tahun tanpa had perjalanan serta jaminan khas bagi bateri hibrid yang digunakan varian RX 500h F Sport selama lapan tahun, tanpa had perjalanan, tempoh jaminan ini boleh dilanjutkan lagi selama dua tahun. 


Untuk melihat model ini secara lebih terperinci, lihat foto yang kami kongsikan di ruangan galeri di bawah. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

26-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024
Kereta Baru

27-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.