Proton X90 Terbakar, Proton Siasat Punca Kebakaran

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Proton X90 terbakar namun lokasinya tidak didedahkan.
Rakaman video itu menunjukkan terdapat kepulan asap keluar dari kabin kereta itu menyebabkan seorang lelaki menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan kepulan asap itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang letupan berlaku daripada sistem bateri hibrid ringan
Maka, kebakaran itu bukanlah berpunca dari sistem hibrid. Apapun, mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Untuk makluman anda, Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu di sumbat dengan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.
Ia dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setinggi 187hp dan tork 300Nm.

Buat masa ini, klip video yang tular itu membuatkan syarikat PROTON tampil membuat penjelasan.
Proton berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan ia sudah berada di bawah simpanan mereka.
Pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Bagaimanapun, Proton menegaskan tiada sebarang insiden letupan dari bateri sistem hibrid ringan 48v yang dibekalkan pada X90 berkenaan.
“Kami memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sehubungan itu, Proton mengakui bahawa pihaknya akan menekankan soal kualiti dan keselamatan kerana ia sudah menjadi satu keutamaan buat mereka.
“Kami ingin memberi keyakinan kepada pengguna semua model Proton bahawa kenderaan mereka dihasilkan untuk memenuhi piawaian tertinggi. Setiap unit akan menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan kami yang dihargai,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6830
SELANGOR
BSU2167
JOHOR
JF2454J
PULAU PINANG
PSG1277
PERAK
APL9041
PAHANG
CFH9183
KEDAH
KGJ3437
NEGERI SEMBILAN
NEM1780
KOTA KINABALU
SJU4217
KUCHING
QAB7048P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
