5 Model PHEV Volvo Dikemaskini, Ini Senarai Ciri Terbaru

Volvo Car Malaysia (VCM) telah mengumumkan pembaharuan yang ditawarkan untuk kesemua model dalam rangkaian ‘Recharge’ yang berkuasa hibrid plug-in (PHEV) bagi keluaran tahun 2024 untuk pasaran Malaysia yang terdiri daripada sedan S60 dan S90, SUV XC60 dan XC90 serta wagon V60.
REKA BENTUK TERBARU MODEL PHEV RECHARGE 2024 MALAYSIA

Foto menunjukkan XC60 Recharge 2024MY dalam warna kelabu Vapour Grey
Dari segi visual, sedan andalan S90 Recharge kini dipasangkan dengan rim lapan jejari baharu, sementara itu, S60 dan V60 kini menggunakan rim enam jejari dalam reka bentuk baharu. Ciri terkini yang terdapat pada kelima-lima PHEV pula adalah pilihan warna cat badan kelabu Vapour Grey.
TERBARU DALAM RUANG KABIN MODEL PHEV RECHARGE 2024 MALAYSIA

-full.jpg)
Model PHEV terbaru kini ditawarkan dengan bumbung panoramik, Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun sebagai standard
Selain itu, kini ditawarkan sebagai kelengkapan standard ialah bumbung panoramik baharu serta pakej Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun dengan ciri-ciri Google seperti Google Assistant, Google Maps, Google Play Store serta aplikasi Volvo Cars.
Sistem infotainmen juga dikemaskini dalam kesemua model, yang kini ditambah dengan aplikasi YouTube. Namun aplikasi ini hanya boleh diakses semasa kenderaan dalam keadaan berhenti sebagai langkah keselamatan. Bagi semua model Volvo keluaran lama dengan sistem infotainmen sama, kemas kini perisian boleh dibuat secara dalam talian (OTA).
Kemas kini aplikasi Volvo Cars juga boleh dilakukan secara OTA untuk mendapatkan beberapa ciri baharu yang membabitkan kawalan dari jarak jauh, antaranya adalah pengecasan berjadual.
CIRI MEKANIKAL MODEL PHEV RECHARGE 2024 MALAYSIA
-full.jpg)
Kesemua lima model PHEV Volvo ini kini menggunakan unit pengecas bersepadu (OBC) yang menyokong pengecasan bervoltan lebih tinggi, 6.4 kW
Kesemua lima model PHEV Volvo ini kini menggunakan unit pengecas bersepadu (OBC) yang menyokong pengecasan bervoltan lebih tinggi, sebanyak 6.4 kW berbanding unit 3.6 kW dalam keluaran sebelum ini. Peningkatkan ini membolehkan kenderaan dicas dengan lebih pantas.
Dari segi mekanikal, tiada perubahan lain lagi diberikan selain OBC yang telah dinaik taraf. Kesemua model masih menggunakan sistem hibrid yang sama yang digabungkan dengan enjin turbo 4 silinder 2.0L. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan dengan output 462 PS (456 hp) dan 709 Nm.
HARGA JUALAN MODEL PHEV RECHARGE 2024 MALAYSIA
Kesemua model mengekalkan harga asas yang sama seperti sebelum ini iaitu antara RM313,888 dan RM432,888 (tidak termasuk insurans).
-full.jpg)
Sekiranya anda berminat untuk memiliki mana-mana daripada model ini, boleh membuat tempahan melalui platform pembelian dalam talian VCM. Anda juga boleh membuat temu janji melihat dan memandu uji kenderaan Volvo di semua bilik pameran dan pusat pengedaran Volvo di seluruh negara.
Baca: Pusat Baik Pulih Badan Dan Cat Volvo Yang Terbesar Kini Terletak Di P.Pinang
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tukar Nama Sebab Mudah Pelanggan Nak Tahu Versi EV!
Pengeluar kereta Sweden, Volvo menamakan semula XC40 kepada EX40 manakala C40 Recharge versi elektrik pula EC40.
22-02-2024
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat