ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Vovlo-EX60-teaser.jpg


Volvo baru sahaja mendedahkan teaser SUV EX60 yang bakal membuat kemunculan sulung pada 21 Januari ini.


Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebelum itu, SUV ini dijadualkan untuk membuat kemunculan pertamanya di peringkat global pada 21 Januari ini. 


Di Manakah Kedudukan EX60 Dalam Barisan Model Volvo?


Volvo-EX60-Teaser-1.jpg


Kelibat EX60 mula dikesan pada akhir 2022 sebelum Volvo menyusul dengan siri EX90, EX30 dan model sedan ES90.


Jika anda rasa EX30 terlalu kecil dan EX90 pula terlalu besar (atau mahal), Volvo EX60 adalah jawapan yang tepat. Ia mengisi ruang kosong di tengah-tengah sebagai SUV bersaiz sederhana yang menggabungkan ciri praktikal dan gaya mewah. 


Caricarz-MBA-Volvo-EX30-TwinMotorPerformance-Ext-12.jpgCaricarz-TA-Volvo-EX90-XC90-Launch-8.jpgVolvo-ES90-EV-51.jpg


EX60 akan diposisikan di antara model EX30 (atas, kiri) dan EX90 (atas, kanan). Model sedan ES90  (bawah) akan diperkenalkan di Malaysia dalam bulan ini. 


Model ini dibina di atas platform SPA3 yang canggih, membolehkan ia memiliki prestasi yang lebih mantap berbanding model-model sebelumnya.


Sejauh Manakah Jarak Perjalanan Yang Mampu Dicapai Volvo EX60?


Volvo tidak bermain-main dengan angka. EX60 menjanjikan jarak EV sehingga 810 km dengan sekali cas penuh, dan ini adalah untuk varian pacuan semua roda (AWD)!


Menyentuh aspek penggunaan tempatan, pihak VCM menyatakan, “Sama ada anda merancang pemanduan merentas negeri dari Johor ke Perlis, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, mahupun kembara di Sabah dan Sarawak, SUV elektrik Volvo EX60 mampu memenuhi segala keperluan anda.”


Berbekalkan sistem elektrik 800 volt, EX60 mampu menerima pengecasan pantas DC sehingga 400 kW. Bayangkan, hanya 10 minit diperlukan untuk mendapatkan jarak gerak tambahan sejauh 340 km. Sangat laju!


VCM Tawar Waranti Bateri Yang Luar Biasa?


Di saat kebanyakan pengeluar lain menawarkan waranti bateri selama 8 tahun, Volvo melangkah setapak ke hadapan dengan menawarkan waranti selama 10 tahun untuk pek bateri EX60.


Langkah ini dilihat sebagai usaha serius Volvo untuk memberikan ketenangan minda kepada pemilik EV di Malaysia, sekali gus membuktikan ketahanan teknologi bateri mereka.


Bilakah Tarikh Rasmi Pelancaran Volvo EX60 Di Malaysia?


Walaupun VCM sudah mengesahkan kehadiran EX60 ke Malaysia, tarikh tepat pelancaran masih lagi dirahsiakan. Namun, pakar industri menjangkakan butiran lanjut akan didedahkan sejurus selepas pelancaran global minggu depan.

Juga Menarik: Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG1824

SELANGOR

BSR5984

JOHOR

JA2917J

PULAU PINANG

PSD7760

PERAK

APJ8397

PAHANG

CFH1618

KEDAH

KGH985

NEGERI SEMBILAN

NEK9207

KOTA KINABALU

SJT947

KUCHING

QAB2015P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025
Kereta Baru

30-09-2025
Global

28-08-2025
Global

07-07-2025
Global

25-06-2025

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.