ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anda Boleh Servis Kereta di Pusat Servis Helix Shell

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Shell Malaysia mengumumkan pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Lim Tayar dimana para pelanggan kini boleh menghantar kereta mereka untuk diservis di semua  stesen minyak Shell.

Menerusi kerjasama ini, para pelanggan boleh  membuat servis kenderaan dengan alat ganti asli, berkualiti tinggi, selain menggunakan minyak enjin Shell.

Para pelanggan tidak perlu bimbang apabila menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis Shell Helix kerana fasiliti itu  diuruskan oleh pasukan professional bertauliah yang telah menjalani Latihan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. 

image.pngimage.png

Ini bagi memastikan semua penyelenggaraan kenderaan menepati piawaian kualiti yang tertinggi.

Malah, fasiliti itu turut menawarkan pemeriksaan yang meliputi aspek servis interim dan menyeluruh, melibatkan elemen penting seperti menukar minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar dan memeriksa transmisi minyak serta lain-lain lagi.

Pengurus Besar, Mobiliti Shell, Malaysia, Seow Lee Ming berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk memperluas perkhidmatan  bagi menawarkan lebih banyak nilai untuk keselesaan pelanggan kami.

image.png

“Jadi dengan kerjasama ini, ia mempunyai potensi yang besar dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang lebih baik danberkualiti tinggi, termasuklah lain-lain keperluan kenderaan di Shell,” katanya dalam satu kenyataan.

Melalui usahasama perniagaan yang strategik ini, Shell dan Lim Tayar kini mempunyai 5 Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang.

• Pusat servis Shell di SH Bangi 1

• Pusat servis Shell di Jalan 222 Petaling Jaya

• Pusat servis Shell di Jalan Cheras BT 12 ½

• Pusat servis Sheel di Shell Jalan Cheras Batu 4

• Shell Bandar Sri Damansara 3. 

image.png

Dimaklumkan, lima pusat servis lagi akan dibuka menjelang hujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16.

Sempena pelancaran ini nanti, Shell dan Lim Tayar menawarkan pelbagai pakej eksklusif kepada pelanggan.

Bagi setiap pembukaan pusat servis baharu, 5 pelanggan terawal akan menikmati promosi “Beli 1, Percuma 1’ untuk tayar terpilih setiap hari untuk 7 hari yang pertama.

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

10-02-2026
Berita Auto

18-02-2025
Berita Auto

04-12-2023
Gaya Hidup

05-10-2023
Berita Auto

28-09-2023
Teknologi

21-08-2023
Berita Auto

19-06-2023
EV

25-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.