Diskaun Hingga RM23K Untuk Pembelian Model VW IQ.Drive Dengan Gemilang Deals

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan tawaran istimewa 'Gemilang Deals' sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Hanya ditawarkan dalam tempoh terhad, Gemilang Deals menawarkan diskaun 'kaw-kaw' sehingga RM23,000 untuk pembelian model Volkswagen IQ.Drive yang dijual di Malaysia.


Pembelian model Volkswagen Tiguan Allspace Elegance (kiri) dan R-Line (kanan) melalui Gemilang Deals memberikan diskaun sehingga RM15,000
Sah sehingga 31 Oktober tahun ini, pelanggan boleh memiliki Volkswagen Tiguan Allspace Elegance baru pada harga diskaun RM192,990 – RM10,000 lebih murah berbanding harga asal RM202,990. Sementara itu, varian Tiguan Allspace R-Line yang paling tinggi dalam rangkaian ini mendapat kadar diskaun yang lebih tinggi pada RM15,000, iaitu hanya RM240,990 berbanding harga asal RM255,990.


Volkswagen Golf GTI (kiri) & Arteon R-Line 4Motion (kanan)
Bagi model IQ.drive lain, di bawah Gemilang Deals, Volkswagen Golf GTI kini berharga RM234,990 - diskaun RM10,000 daripada harga asal RM244,990. Akhir sekali, Volkswagen Arteon R-Line 4Motion mendapat diskaun paling tinggi antara semua model VW IQ.Drive. Kini pada harga RM276,990, dengan potongan harga sebanyak RM23,000 daripada harga asal RM299,990.
ACARA VOLKSWAGEN TOUR
-full.webp)
-full.webp)
Penampilan awam pertama Volkswagen Golf R CKD akan diadakan semasa Volkswagen Tour
Acara Volkswagen Tour kini sedang berlangsung di 1 Utama Shopping Centre dari 6 hingga 10 September. Selain daripada tawaran diskaun istimewa, pameran model IQ.Drive dan sesi pandu uji, pengunjung juga berpeluang untuk melihat model Volkswagen Golf R CKD yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Dipasang di kilang Pekan VPCM, Golf R baharu ini akan dilengkapi dengan pakej Prestasi R sebagai ciri standard. Pakej ini akan memberikan pelbagai sentuhan sporty yang termasuk rim Estoril 19 inci, spoiler belakang yang agresif, serta sistem ekzos Akrapovic titanium dengan empat corong. Selain pakej rekaan ini, Golf R yang telah dikemas kini juga hadir dengan mod pemanduan 'Drift' dan 'Special' baharu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Gemilang Deals VPCM dan Volkswagen Tour, anda boleh melawat laman web rasmi Volkswagen Malaysia.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY9485
SELANGOR
BSV2138
JOHOR
JH5942J
PULAU PINANG
PSH4739
PERAK
AP1347
PAHANG
CFJ4386
KEDAH
KGJ8706
NEGERI SEMBILAN
NEM6287
KOTA KINABALU
SJV2467
KUCHING
QAB466Q
Terakhir Kemas Kini 18 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Buka Bidaan Nombor PEndaftaran 'GM' Sempena Hari Malaysia
Bidaan bagi siri NPI itu dibuka mulai hari ini hingga jam 10 malam Sabtu, melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).
16-09-2025
Ada Berita Baik Untuk Warga Kota, DBKL Sedang Tawar Saman Trafik
DBKL sedang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak RM30 untuk kereta manakala RM10 untuk motosikal.
10-09-2025
Pengumuman Penting Buat Orang Sabah!
Jom orang Sabah, bayar saman tertunggak anda hari ini.
26-09-2023
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

