ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

[FOTO INTIPAN] Ini Dia Reka Bentuk MINI Cooper JCW Versi Elektrik Akan Datang!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-MINI-Cooper-Electric-JCW.jpg

Penampakan MINI Cooper JCW versi elektrik generasi seterusnya 


Hanya beberapa bulan selepas MINI Cooper generasi seterusnya diperkenalkan di peringkat global awal bulan ini, kali ini kita disajikan pula dengan foto intipan versi prestasi tinggi, John Cooper Works (JCW), MINI Cooper Electric generasi seterusnya yang dikesan tanpa sebarang pelekat samaran.



Dari jauh, MINI ini tidak nampak terlalu berbeza dengan versi bukan JCW lain, namun apabila diperhatikan secara terperinci, hatch ini sebenarnya ‘diselaputi’ oleh pelbagai elemen khas JCW. 


MINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-4.jpgMINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-7.jpgMINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-1.jpgMINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-6.jpgMINI Cooper Electric JCW yang dikesan di Munich, Jerman. Foto-foto intipan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram @parkedinmuc.


Secara visual, model ini diberikan kit badan sporty seperti fender yang lebar, reka bentuk bampar hadapan dan belakang yang lebih ranggi, gril hitam, jalur perlumbaan (racing stripe) MINI JCW serta rim lima jejari yang lebih bergaya. 


MINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-3.jpgMINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-2.jpgKredit foto: @parkedinmuc via Instagram


Model generasi seterusnya ini hadir dengan ciri baharu iaitu spoiler besar di bahagian atas pada sudut belakang. Sepertimana elemen aero lain, spoiler ini turut dicat dengan warna hitam berkilat, dan dilengkapi logo JCW. 


Mini-Cooper-EV-00055-1536x1024.jpg

Ruang dalam MINI Cooper Electric


Foto intipan yang dikongsikan bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian dalam MINI Cooper Electric JCW. Harapnya, ciri sporty yang diserlahkan di bahagian luar diteruskan dalam rekaan kabin. MINI JCW yang terdahulu tampil sporty dengan tempat duduk semi-bucket dalam balutan kulit, stereng sporty dan jahitan merah pada segenap kabin. 


Selain itu, MINI Cooper ini juga pastinya akan mengekalkan ciri canggih seperti sebelum ini dengan kemungkinan kelengkapan seperti skrin infotainmen bersaiz 9.4 inci dan unit paparan kepala (HUD). 


Sehingga kini, MINI dan BMW masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai spesifikasi terperinci MINI Cooper Electric JCW yang baru, terutamanya dari segi mekanikal. Tetapi sebagai sebuah model dengan trenkuasa elektrik, JCW kali ini mungkin akan didatangkan dengan spesifikasi kuasa yang lebih tinggi berbanding MINI Cooper JCW ICE yang ditawarkan sekarang, iaitu model yang dikuasakan oleh enjin petrol berkuasa 228 HP. 


Mini-Cooper-EV-00004-1536x1044.jpgMini-Cooper-EV-00008-1536x1044.jpg


Model ini akan dihasilkan di kilang BMW Group yang terletak di China sebelum diikuti oleh kilang MINI di Oxford sebaik kilang ini siap dinaik taraf dalam masa beberapa tahun lagi. 

MINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-4.jpgMINI-Cooper-Electric-JCW-Spyshot-8.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV2733

SELANGOR

BSU5720

JOHOR

JG2834J

PULAU PINANG

PSG6948

PERAK

APM4480

PAHANG

CFJ2077

KEDAH

KGJ5615

NEGERI SEMBILAN

NEM3747

KOTA KINABALU

SJU6654

KUCHING

QAB8130P

Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

09-10-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Global

07-02-2024
EV

06-12-2023
Global

22-12-2022
Global

04-07-2022
Berita Auto

24-08-2021
Berita Auto

Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!

ada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.

21-06-2021

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.