Honda Civic Type-R FL5 Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM399K

Honda Malaysia telah melancarkan secara rasmi Civic Type R serba baharu, dengan harga jualan RM399,900. Hanya 19 unit ditawarkan pada tahun 2023, tempahan selebihnya dijangka akan dibuka pada tahun 2024.
Civic Type-R ini dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0L yang menghasilkan 315 HP (319 PS) dan 420 NM tork, memacu model berkuasa tinggi ini dari 0-100KM/J dalam masa 5.5 saat. Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Sport, +R dan Individual.


Civic Type R terbaru mempunyai reka bentuk aerodinamik, termasuk gril hadapan dan ambang sisi yang direka untuk memudahkan aliran udara. Elemen aerodinamik lain yang direka khas ialah fender hadapan dengan outlet untuk aliran udara, spoiler aluminium dan diffuser belakang yang diberikan rekaan semula untuk kestabilan serta meningkatkan downforce, sekaligus meningkatkan prestasi kenderaan.


Model ini menggunakan rim eksklusif berwarna hitam kusam yang bersaiz 19-inci. Selain itu, logo Type R serta logo merah Honda terpapar gah pada gril hadapan dan sudut belakang kereta.


Bergerak ke bahagian dalam kabin, Type R menggunakan warna tema merah dan hitam, menyerlahkan aura sporty model ini. Type R menggunakan tempat duduk sport, konsol tengah jenis aluminium, serta terdapat plat yang memaparkan nombor siri yang untuk aura lebih eksklusif.




Ciri lain ialah pengguaan skrin infotainmen Audio Advanced bersaiz 9 inci, pengecas tanpa wayar, kamera undur pelbagai sudut, lapan beg udara, sensor parkir depan dan belakang, serta Honda CONNECT dan Honda SENSING.



Ditawarkan dalam warna putih ikonik Type R, Championship White, model ini dijual pada harga RM399,900 atas jalan, menjadikannya kira-kira RM80,000 lebih mahal berbanding Civic Type-R FK8 generasi sebelumnya, yang juga dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia. Ini menjadikan Type-R yang dijual di Malaysia sebagai salah satu yang termurah di rantau ini, kerana versi yang dijual di negara Thailand dan Vietnam mencapai harga sehingga RM500,000.
Tempahan untuk Civic Type-R FL5 terbaru telah dibuka secara rasmi hari ini (27 September 2023), dengan pengagihan unit akan dilakukan berdasarkan undian. Kesemua 19 unit Civic Type-R yang dijual akan disertakan dengan waranti kenderaan tanpa had selama lima tahun, serta kos buruh percuma sebanyak lima kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat