Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik

Anak syarikat Proton, Proton New Energy Technology (Pro-Net) mengumumkan kereta jenama smart #1 sudah boleh ditempah.
Pengumuman itu dibuat selepas smart dan Proton memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) di Nanning, China, semalam.
Jadi bagi yang berminat untuk membeli kenderaan elektrik ini, anda sudah boleh menempah smart #1 melalui Hello smart App dengan bayaran tempahan RM1,000.yang boleh dikembalikan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pihaknya berbangga berada di barisan hadapan sempena ketibaan jenama smart di rantau ASEAN, setelah smart Automobile mengumumkan majlis penyampaian kereta pertama untuk smart #1 di Malaysia.
“Pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023 dengan 9 pengedar kami yang sudah bersiap sedia untuk menyambut mereka.

“Kami juga teruja untuk mengumumkan program manfaat #1 Early Bird, yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang merebut peluang ini untuk menjadi antara pemilik pertama smart #1,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menyentuh mengenai #1 Early Bird, bagi 501 pelanggan pra-pesanan pertama, mereka akan menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 .
Kredit pengecasan ini akan dikreditkan ke akaun pemilik selepas smart #1 dihantar ke mereka.
Maka, pemilik akan menikmati pengalaman pengecasan yang lancar melalui aplikasi dan ciri terkini yang mengintegrasikan lebih daripada 70% lokasi stesen pengecasan awam yang sedia ada.
ADA 3 VARIAN:


Untuk makluman anda, barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.
Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang menerujakan sebagai kenderaan elektrik pintar, manakala model smart #1 BRABUS ialah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran yang menarik dan dalaman terang dan dinaik prestasi yang benar-benar melancarkan prestasi nadi elektrik.

Varian smart #1 Pro menampilkan roda Aloi 19 inci, seretannya rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi.
Ia yang dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh membuatkan ia mampu bergerak sejauh 315 kilometer dengan hanya sekali cas.
Bagi varian smart #1 Premium pula, ia menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, grl hadapan bercahaya, dan Bateri NMC 66kWh.


Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang dan memberikan jarak WLTP sejauh 440km.
Varian smart #1 BRABUS pula direka untuk mereka yang mahukan prestasi tinggi. Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.9 saat.
Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.
PILIHAN WARNA:
smart #1 Pro boleh ditempah dengan warna luaran Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue, dan Future Green.
Selain lima warna asal, smart #1 Premium turut menawarkan Atom Grey –Matte dan Lumen Yellow.

Bagi upholsteri dalaman, smart #1 Pro menampilkan trim standard manakala varian Premium menerima warna Dark Matter, dua tona putih dan hitam, dan kedua-duanya menampilkan Eclipse Black Roof kecuali Atom Grey, pilihan warna matte yang menerima bumbung berwarna badan.

Sementara itu, smart #1 BRABUS menerima trim dalaman yang eksklusif, dan warna luarannya menawarkan tujuh kombinasi yang berbeza.
Jika memilih bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih daripada warna luaran Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver.
Jika lebih berminat bumbung Hitam, ia boleh dipadankan dengan warna Digital White, Laser Red dan Cyber Silver.
Akhir sekali, terdapat Atom Grey – Matte yang turut menerima bumbung berwarna badan.
Anggaran harga bagi smart #1 Pro, Premium dan BRABUS – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans) adalah dari RM200,000 hingga RM250,000.
Tempahan untuk ketiga-tiga varian smart #1 ini boleh dibuat menerusi aplikasi pintar Hello (Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery) yang dikendalikan oleh smart Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang smart #1, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge