ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Lapan Unit Pengecas DCFC 47kW ChargeSini Kini Di The Curve

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chargesini-Curve-Caricarz-(8).jpg


Kini pengguna kenderaan elektrik (EV) yang mengunjungi pusat membeli-belah The Curve, Damansara atau penduduk di sekitar boleh memanfaatkan kemudahan pengecas pantas DC  yang disediakan oleh ChargeSini.  


Syarikat yang menawarkan penyelesaian pengecasan EV di Malaysia itu telah memasang  empat unit Autel 47kW DCFC terbaru mereka yang ditempatkan secara strategik berhampiran eskalator masuk di Basement Carpark 1, Tiang N5 dan N6. Keempat-empat unit Autel ini dilengkapi dengan dua sambungan kabel CCS2, membolehkan pengecasan lapan EV dilakukan secara serentak. 


Chargesini-sCurve-Caricarz-(8).jpg


Caj yang dikenakan melalui aplikasi ChargeSini adalah berdasarkan minit penggunaan dan kadar cas kW. Sebagai contoh, sesi pengecasan 47kWh adalah RM0.80 seminit manakala sesi 23kWh adalah RM0.40 seminit. 


Setiap satu unit pengecasan Autel ini mampu menyalurkan kuasa sehingga 47kWh jika hanya disambung pada satu EV dan sehingga 23.5kWh jika disambung kepada dua EV secara serentak (dikesan oleh sistem secara automatik). 

Chargesini-Curve-Caricarz-(4).jpg


Bagi menggunakan pengecas ChargeSini, pengguna perlu memuat turun aplikasi telefon pintar ChargeSini, melalui Apple App Store (iOS) dan Google Play Store (Android). Semua petak parkir EV ini dilengkapkan dengan sistem penghalang parkir eksklusif dari ChargeSini demi kemudahan semua pengguna EV dan mengelakkan penyalahgunaan petak parkir.


Chargesini-Curve-Caricarz-(5).jpg


Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa  sistem penghalang parkir  di The Curve masih belum boleh diturunkan secara automatik oleh itu pengguna dinasihatkan untuk menurunkan palang tersebut secara manual dan menegakkannya semula sebaik pengecasan selesai. 


Semua sesi pengecasan menggunakan ChargeSini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan mereka akan dikenakan caj terbiar sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-05-2026
EV

23-04-2026
EV

12-04-2026
EV

13-03-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.