ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Mitsubishi Triton Hibrid Bakal Tiba, Disusuli PHEV & BEV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi-Triton-ThirdGen-15.jpg


Mitsubishi Triton generasi terkini dijangka bakal ditawarkan dalam versi elektrik hibrid (HEV) dan hibrid plug-in (PHEV) serta versi elektrik sepenuhnya (BEV) tidak lama lagi


Portal permotoran Australia, CarExpert.com.au melaporkan bahawa Mitsubishi Triton mungkin akan ditawarkan dalam versi hibrid tidak lama lagi, sebelum diikuti oleh versi elektrik bateri (BEV). 


"Kami sedang mengkaji kedua-dua bateri EV dan HEV [kenderaan elektrik hibrid], untuk masa hadapan," kata Ketua Jurutera dan Strategi Produk Global Mitsubishi, Hiroshi Nagaoka, kepada media Australia. 


Tambah beliau, syarikat itu kini sedang melalui fasa kemajuan aspek kejuruteraan dalam pembangunan trenkuasa.  Namun, beliau turut menyatakan bahawa Mitsubishi belum membuat keputusan mengenai teknologi yang perlu dibangunkan dalam jangka masa terdekat, dan masih meneroka semua kemungkinan. Sebelum ini, Mitsubishi telah mengesahkan rancangan untuk membina trak pikap elektrik sepenuhnya, yang dijangka akan mula diperkenalkan dalam lima tahun lagi. 


Mitsubishi-Triton-ThirdGen-3.jpg


Dilancarkan pada bulan Julai tahun ini, kerangka Triton generasi direka khas supaya boleh disesuaikan dengan trenkuasa elektrik


"Kami berpendapat trak pikap BEV akan diperlukan di masa hadapan, namun yang menjadi persoalan adalah masa: bila kami patut memperkenalkan BEV? Dan sebelum BEV, kami juga perlu mempertimbangkan kenderaan elektrik jenis lain, seperti hibrid dan PHEV,” ujar Nagaoka. 


Melalui penjelasan yang diberikan, kita mungkin boleh menjangkakan bahawa  versi hibrid (HEV) Triton akan tiba di pasaran lebih awal berbanding trenkuasa lain, dan Mitsubishi masih mempertimbangkan sama ada untuk beralih sepenuhnya kepada elektrik atau PHEV sebagai langkah seterusnya.


"Kemungkinan besar kami akan bermula dengan HEV dahulu, sebelum mempertimbangkan penaiktarafan [trenkuasa] bateri, PHEV atau EV bateri," tambah Nagaoka. 


Beliau juga memaklumkan bahawa sekiranya keputusan untuk menghasilkan versi HEV dibuat, kerangka Triton yang sama masih boleh digunakan, menjadikannya langkah penyelesaian jangka pendek yang terbaik. 


Mitsubishi-Triton-ThirdGen-14.jpg


Versi hibrid (HEV) merupakan langkah jangka pendek Mitsubishi dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan karbon


Bagaimanapun, beliau turut menjelaskan, sekiranya trak menggunakan trenkuasa PHEV atau BEV, usaha penstrukturan semula platform yang lebih menyeluruh perlu dilakukan. 


Selain itu, perkembangan dalam teknologi bateri membolehkan Mitsubishi memasang bateri berkapasiti tinggi ke dalam rangka Triton semasa. "Teknologi bateri akan menjadi bertambah baik, membolehkan kami menggunakan bateri yang lebih efisien pada trak versi hibrid plug-in,” tambahnya. 


Trak dengan teknologi elektrik yang dihasilkan nanti, akan menjadi pesaing kepada Ford Ranger versi PHEV yang telah didedahkan baru-baru ini dan juga Cannon dengan trenkuasa HEV oleh GWM yang telah mula dipasarkan. 


Mitsubishi-Triton-ThirdGen-6.jpg



Jenama lain yang juga dikhabarkan sedang membangunkan trak EV ialah Isuzu. Syarikat Jepun itu dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan D-Max dan MU-X dalam versi EV yang menggunakan bateri dan sistem motor yang diambil daripada trak komersial N Series (ELF).


Pesaing lain, Toyota pula baru-baru ini telah membangunkan prototaip elektrik sepenuhnya untuk model Hilux, serta satu yang dikuasakan oleh hidrogen. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

10-12-2024
Pandu Uji

16-10-2024
Kereta Baru

16-10-2024
Kereta Baru

01-10-2024
Berita Auto

02-05-2024
Global

12-04-2024
Kereta Baru

22-01-2024

Berita Terkini

EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.