Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap

Pusat Flagship 3S Nissan yang baru di Petaling Jaya kini menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan reka bentuk semula dan penaiktarafan cawangan berdasarkan Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) yang terkini. Pusat Flagship ini menjadi bukti kecemerlangan peruncitan automotif dan perkhidmatan selepas jualan jenama Nissan di Malaysia.



Konsep Runcit Nissan diwujudkan dengan tujuan untuk menyalurkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para pelanggan. Pusat ini menawarkan pelbagai kemudahan runcit yang mematuhi konsep NRC-NEXT, memastikan pelanggan merasai keseronokan dan kepuasan sepanjang mereka berada di cawangan Nissan ini.

Pembangunan Pusat Flagship 3S Nissan yang baharu ini telah menelan pelaburan lebih RM4 juta dan memiliki reka bentuk bangunan yang menarik dengan logo Nissan yang mencerminkan identiti korporat terkini. Ia telah dirasmikan pada 10 Ogos oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd, Makoto Uchida.
“Di Nissan, visi jangka panjang kami adalah untuk memperkasakan masa depan mobiliti sebagai sebahagian daripada Nissan Ambition 2030. Kami mahu mengubah Nissan menjadi jenama mampan yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat.
Untuk mencapai matlamat ini, kami akan terus bekerjasama dengan pengedar dan rakan kongsi kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan paling inovatif, serta menyediakan pengalaman pelanggan Nissan yang lebih bersepadu dan eksklusif,” kata Makoto Uchida.


Berkeluasan 43,000 kaki persegi, pusat ini boleh memuatkan sehingga 8 model kereta dalam suasana yang nyaman. Penasihat jualan yang profesional bersedia untuk melayan pelanggan, sementara ruang menunggu yang luas dengan sambungan internet berkelajuan tinggi dan bilik kanak-kanak juga disediakan. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah tiga pengecas EV.

Pusat Servis di Pusat Flagship 3S Nissan ini mempunyai 25 ruang servis am untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Selain itu, terdapat bilik khusus untuk perkhidmatan penyaman udara, penjajaran roda, pembaikan EV dan kenderaan yang memerlukan kerja baik pulih yang lebih kompleks. Semua juruteknik di Pusat Servis diperakui Nissan dan disokong oleh gudang alat ganti yang menyediakan alat ganti tulen Nissan sahaja.


Pusat Flagship 3S Nissan ini turut menawarkan Perkhidmatan Concierge untuk pemilik Nissan yang datang bagi mendapatkan servis selepas jualan.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, berkata “Pusat Flagship 3S Nissan Petaling Jaya baharu kami adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami. Ia mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami apabila mereka mengunjung ke kemudahan yang indah ini.
“Kami inginkan pelanggan kami mempunyai pengalaman membeli kenderaan yang menakjubkan dari saat mereka melangkah masuk ke bilik pameran sehingga mereka menajdi pemilik kenderaan Nissan yang bangga, dan kemudian menemui keseronokan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan pemilikan mereka,” katanya.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1783
SELANGOR
BSN4702
JOHOR
JYT4674
PULAU PINANG
PSA6595
PERAK
APG1378
PAHANG
CFF8499
KEDAH
KGE8360
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4278N
Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat