- Berita
- Kereta Baru
- EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
![]()
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) ini ditawarkan pada harga bermula dari RM62,800 termasuk rebat eksklusif sempena pelancaran sebanyak RM5,000.
Apakah Varian Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia?
TQ Wuling Bingo ditawarkan dalam dua varian iaitu Pro dan Max. Model ini didatangkan standard dengan ciri seperti sistem pencahayaan LED sepenuhnya (lampu depan, lampu belakang dan DRL).

Kedua-dua varian ini tampil premium dengan kemasan luaran dwi-tona (bumbung berwarna hitam) sebagai standard. Pilihan warna yang ditawarkan ialah Neon Blue, Milky White, serta tambahan warna Lavender Purple untuk varian Max.





Di dalamnya, model empat tempat duduk ini dilengkapi dwi-skrin 10.25 inci yang canggih bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem masuk dan penghidup kenderaan tanpa kunci, tempat duduk dalam balutan kulit sintetik yang boleh dilaraskan secara automatik kepada enam arah (pemandu) dan pemilih gear jenis rotary.


Kapasiti ruang butnya ialah 395 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,240 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.
Bagaimana Pula Dengan Prestasi Dan Keupayaan Bateri Bingo EV?
Walaupun bertubuh kompak, Bingo EV hadir dengan spesifikasi teknikal yang praktikal untuk pemanduan bandar:
- Kuasa Motor: Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik hadapan yang menghasilkan 67 hp dan tork 150 Nm.
- Bateri LFP Wuling Magic: Varian Pro dilengkapi bateri 31.9 kWj, manakala varian Max mendapat kapasiti lebih besar iaitu 37.9 kWj.
- Jarak Pemanduan: Varian Pro mampu bergerak sehingga 333 KM (CLTC)/273 KM (WLTP) manakala varian Max boleh mencecah 410 KM (CLTC)/336 KM (WLTP).
- Pengecasan Pantas: Dengan sokongan input DC sehingga 50 kW, bateri boleh dicas dari 30% ke 80% dalam masa sekitar 35 minit sahaja. Sementara itu, dengan pengecas AC 7kW, model ini hanya mengambil masa elama 4.5 jam (Pro) dan 5.5 jam (Max) untuk dicas pencuh daripada 0-100%.
Sejauh Manakah Tahap Keselamatan Wuling Bingo?



Model ini didatangkan standard dengan ciri keselamatan sama bagi kedua-dua varian yang termasuk 6 beg udara, ABD dan EBD dengan kawalan kestabilan elektronik, sensor parkir belakang dan kamera undur, sistem pemantau tekanan tayar, ISOFIX, amaran titik buta, amaran pejalan kaki (pada kelajuan rendah), amaran bukaan tali pinggang depan dan belakang, bukaan pintu automatik yang peka impak dan sistem immobilizer.
Bateri yang disematkan pada model ini menerima penarafan IP 68 yang bermakna ia 'kalis' kerosakan yang berpunca daripada air, debu dan haba.
Berapakah Harga Jualan Wuling Bingo Di Pasaran Malaysia?
Bingo ditawarkan pada harga mampu milik, serendah hanya RM67,800 (Pro) hingga RM72,800 (Max), atas jalan tidak termasuk insurans. Sempena pelancaran, model ini ditawarkan dengan rebat sebanyak RM5,000 menjadikan harga jualannya jauh lebih murah iaitu RM62,800 (Pro) dan RM67,800 (Max).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW8046
SELANGOR
BSP7511
JOHOR
JYW2216
PULAU PINANG
PSC549
PERAK
APH2764
PAHANG
CFG4285
KEDAH
KGF7320
NEGERI SEMBILAN
NEK3378
KOTA KINABALU
SJR7566
KUCHING
QAB7233N
Terakhir Kemas Kini 10 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo
TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.
28-07-2025
TQ Wuling Bingo Bakal Dilancar Hujung Tahun Ini, Harga Bawah RM100,000, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Perodua EV Nanti?
TQ Wuling Bingo bakal dilancar pada hujung tahun ini.
04-07-2025
MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan
TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.
08-05-2025
Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan
Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV.
02-10-2025
Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik
Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.
04-09-2025
EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober
Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.
02-10-2024
Microlino EV Dipertontonkan Di Malaysia – Pertama Kali Di Asia, Cecah 228 KM, Lancar Tahun Depan
Syarikat automotif Switzerland, Micro Mobility Systems, hari ini telah mempertontonkan sebuah kenderaan elektrik (EV) unik yang kompak, Microlino EV.
02-10-2025
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat







