PERHATIAN! Ada Beberapa Produk Dipanggil Balik

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani proses penukaran komponen.
Perkongsian itu dibuat JPJ menerusi laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membabitkan beberapa jenama kereta, treler dan motosikal.
Senarai adalah seperti dibawah:
• Man Truck & Bus (M) Sdn.Bhd.
• Tan Chong & Sons Motor Company Sdn.Bhd,
• Boon Siew Honda Sdn Bhd.
• Mercedes-Benz Malaysia.
• Bermaz Auto Alliance Sdn.Bhd.
Anda boleh merujuk carta dibawah model-model yang dipanggil balik.





JPJ berkata, Pemanggilan Semula Kenderaan (Product Recall) yang giat dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan merupakan aktiviti bersasar.
Ïa bertujuan untuk memastikan kenderaan yang dihasilkan adalah memenuhi spesifikasi pengeluar dan juga bagi memelihara keselamatan pengguna daripada sebarang risiko kemalangan yang boleh dielakkan.
“Jadi memandangkan JPJ sebagai sebuah organisasi yang mengawalselia kenderaan, kami juga membantu menyebarkan pemangilan ini melalui hebahan di laman sosial supaya pengguna kenderaan yang terlibat memperolehi makluman lebih awal dan dapat bertindak dengan sewajarnya,” katanya di halaman rasmi Facebook JPJ.
Menurutnya, hebahan dibuat berdasarkan kepada rekod yang diterima oleh pihaknya.
Sehubungan itu, bagi pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat, anda akan dihubungi oleh pihak yang pengeluar kenderaan yang berkenaan sama ada melalui panggilan telefon, surat-menyurat, atau melalui komunikasi elektronik seperti emel dan sebagainya untuk menetapkan tarikh temujanji bagi proses penukaran komponen kenderaan yang terlibat.
Proses penukaran ini termasuk komponen yang ditukar adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan tersebut.
Justeru itu, anda sebagai pemilik kenderaan yang mungkin terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula ini adalah diminta untuk memberikan kerjasama penuh dengan menghantar kenderaan anda ke pusat- pusat servis bertauliah yang telah ditetapkan bagi mendapatkan khidmat penukaran alat ganti yang tulen.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat