Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah

Range Rover Velar (L560) facelift 2023 yang pernah didedahkan secara global pada awal tahun ini akhirnya sudah mendarat di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM638,800.
Untuk pasaran tempatan, Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan dua varian P250 Dynamic SE (M dan H Specs) dan P250 Dynamic HSE (L Specs).


Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, L560 adalah hasil gabungan antara kemewahan dan inovasi.
“Reka bentuknya dan ciri-ciri canggih dan prestasi elektriknya yang mengagumkan menekankan komitmen kami untuk membawakan pengalaman tiada tandingan kepada pelanggan kami yang arif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Untuk makluman anda, ketiga-tiga varian itu disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter turbo yang mampu mengeluarkan kuasa setakat 247 hp dan 365 Nm.

Difahamkan, kuasanya dialirkan ke kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan sebelum diagihkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD. Gabungan antara kesemuanya membolehkan Velar memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 217 kilometer sejam.
Malah, fungsi dinamik adaptif yang disediakan sebagai ciri standard bagi model H Spec dan L bagi memastikan suspensinya kukuh dalam apa jua keadaan pemanduan, selain dapat meningkatkan tahap keselesaan dan pengendalian kenderaan.

Bagi varian tertinggi, L, ia dilengkapi dengan lampu depan Pixel LED yang sangat nipis dengan lampu nyalaan siang yang berbentuk permata sekali gus membawakan penampilan visual luar biasa pada spek L ini.
Malah, varian L juga dilengkapi dengan Sistem Pembersihan Udara Kabin menyediakan kualiti udara terbaik.
Nilai estetika ruang kabin varian Ldisempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.
Jadi bagi yang berminat, tempahan jentera ini sudah pun dibuka atau anda boleh mengunjungi bilik pameran Jaguar Land Rover di Blok 4, Jaguar Land Rover, Sime Darby Motors City, No. 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7644
SELANGOR
BSU2342
JOHOR
JF2759J
PULAU PINANG
PSG1461
PERAK
APL9202
PAHANG
CFH9258
KEDAH
KGJ3510
NEGERI SEMBILAN
NEM1845
KOTA KINABALU
SJU4283
KUCHING
QAB7095P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge