Skuter Boleh Lipat, Boleh Tampung Berat 120KG

Honda telah mencipta semula skuter elektrik mini yang dikenali sebagai Honda Motocompacto.
Diinspirasikan oleh skuter lipat Honda Motocompo dari tahun 80-an, Motocompacto baharu ini menerima semua ciri dan gaya seperti mana pendahulunya.
Bahkan, ia kini didatangkan dengan pemanduan elektrik yang lebih baik.


Direka oleh para jurutera Honda di Ohio dan California, Motocompacto Ihadir dengan ciri keselesaan untuk pemandunya.
ni termasuk perkara seperti tempat duduk kusyen, tempat letak kaki boleh lipat, ada ruang penyimpanan, serta peralatan menunggang asas seperti meter kelajuan digital dengan tolok pengecasan dan pemegang boleh laras.
Setelah ia dilipat, skuter yang menjadi segi empat tepat itu bukan sahaja mudah disimpan malah senang dibawa kerana ia cuma seberat 18.3 kilogram (kg).
Apa yang lebih menarik ialah Honda menyatakan bahawa walapun ia agak ringan namun Motocompacto mampu menampung berat badan penumpang sehingga 120 kg.


Dari segi teknologi, Motocompacto dilengkapi dengan sambungan Bluetooth dan aplikasi telefon pintar untuk penetapan lampu.
Dikhabarkan Honda juga bakal menawarkan aksesori Motocompacto seperti topi, beg, pakaian dan sebagainya.
Di sebalik ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai hamburan kuasa skuter elektrik ini?
Untuk makluman anda, ia yang disumbat dengan motor elektrik magnet kekal mampu menghamburkan kuasa setakat 90 W (0.66 hp) dan tork 16 Nm.


Sementara itu, kelajuan maksiumnya adalah 24 kilometer sejam (km/j) .
Ia yang menggunakan pek bateri berkapasiti 6.8Ah mengambil masa selama 3 jam setengah untuk cas sepenuhnya.
Dengan cas bateri yang penuh, ia mampu bergerak sejauh 19 kilometer.

Malangnya, skuter comel elektrik ini hanya dijual di Amerika Syarikat pada harga AS$995 (RM4,660).
Jika masuk Malaysia, rasanya laku tak?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH2570
SELANGOR
BSR8097
JOHOR
JA7203J
PULAU PINANG
PSE1086
PERAK
APK1328
PAHANG
CFH2448
KEDAH
KGH2387
NEGERI SEMBILAN
NEL1041
KOTA KINABALU
SJT2192
KUCHING
QAB2395P
Terakhir Kemas Kini 24 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya
Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.
23-07-2026
RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.
22-07-2026
EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety
Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.
22-07-2026
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat