Smart#3 Pasaran Eropah Ada Edisi Khas

Selepas membuat penampilan di pameran Auto Shanghai 2023, SUV smart#3 EV itu pula ditayangkan di acara IAA Mobility 2023 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.
Selain tiga varian standard, spesifikasi #3 untuk pasaran Eropah ini turut didatangkan dengan edisi khas sempena ulang tahun yang ke-25 syarikat tersebut.
Untuk pengetahuan anda, smart #3 merupakan model yang lebih besar berbanding #1 selain turut menampilkan siluet coupe-SUV yang agak sporty.

Selain fasad dan siluet sporty, kedua-dua model ini sebenarnya agak serupa.
Ia susulan daripada reka bentuk lampu hadapan LED yang sama termasuk lampu nyalaan siang hari berbentuk Y lampu belakang LED macam Mercedes dan terdapat juga bar LED lebar.
Untuk pasaran Eropah, smart #3 didatangkan dalam dua varian: Pro+ dan Premium.
Kedua-duanya dikuasakan dengan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan setinggi 268hp.
Sementara itu, varian tertinggi Brabus pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang menghasilkan kuasa setinggi 422 hp.


Ini membuatkan Brabus mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j ) hanya dalam masa 3.7 saat.
Sama seperti adik-beradiknya, semua varian #3 dibina berdasarkan platform SEA Geely dan disumbat dengan pek bateri berkapasiti 66 kWh.
Dengan adanya kapasiti bateri ini, varian RWD smart #3 mampu melakukan perjalanan sejauh 455 kilometer dengan hanya sekali cas.

Bagi model AWD pula, pergerakan elektriknya rendah sedikit iaitu cuma 435km.
Menyentuh mengenai pengecasan, jika EV ini menggunakan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, baterinya akan penuh dari 10 hingga 80 peratus dalam dalam masa 30 minit.
Seperti yang kami nyatakan tadi, memandangkan ada edisi khas sempena ulang tahun syarikat itu, maka, ada beberapa ciri tambahan untuk edisi ini.

Antaranya, lampu depan LED yang dinaik taraf, ada sentuhan aksen merah di beberapa bahagian dan bahagian kabin juga dipasang dengan lencana yang tertera perkataan 25 Anniversary Edition.


Malah, bahagian tempat kerusi menerima kemasan kulit dua tona, ada perehat kepala selain bumbung panorama.
Bagi bahagian kabin, ia didatangkan dengan ciri-ciri teknologi premium seperti paparan infotainmen bersaiz 12.8 inci, kluster instrumen digital 9.2 inci, paparan HUD 10 inci, serta sistem hi-fi premium Beats 13 dengan pembesar suara.


Dikhabarkan, smart #3 akan mula dijual di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini, di mana penghantaran pertama akan dibuat pada awal tahun 2024.
Bagaimanapun, harganya juga masih belum didedahkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis
Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.
18-10-2023
Ini Dia BRABUS, Sporty Habis, Nampaknya Boleh Laku Keras
smart Malaysia memperkenalkan secara rasminya model perdana smart #1, varian BRABUS sebentar tadi.
05-10-2023
Jadi Pelanggan Terawal, Ada Tawaran Menarik
Ada tawaran menarik buat pelanggan terawal yang menempah EV ini menerusi aplikasi Hello smart.
20-09-2023
smart #1 2025 Semakin Berkuasa & Elegan
Sebagai model global, smart #1 kini berkemungkinan akan memasuki pasaran Malaysia dalam versi facelift.
21-03-2025
Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina
Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.
24-01-2025
smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"
Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.
20-09-2024
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat