Tiguan Baharu: Ada 4 Pilihan Trenkuasa

Selepas beberapa foto intipan dan model prototaip dibalut dengan pelekat camo, akhirnya SUV Volkswagen Tiguan membuat penampilan secara global.
SUV generasi ketiga ini yang merupakan model terlaris ketika ini menampilkan reka bentuk yang kurang berkotak berbanding pendahulunya.
Bermula dengan perubahan yang paling ketara, Tiguan baharu kini mempunyai gaya badan yang lebih melengkung dan lebih bulat berbanding pendahulunya yang berkotak.


Malah, ia turut enampilkan pelbagai elemen reka bentuk yang diperoleh daripada model ID.
Reka bentuk itu membuatkan kadar pekali seretan Tiguanmenurun dari 0.33 kepada 0.28.
LUARAN:
Menjengah bahagian luarannya, ia disumbat dengan lampu utama HD matrix LED IQ.Light baru serta jalur lampu panjang di tengah dan rim bersaiz 20 inci.

Berdasarkan plat MQB Evo, ia mempunyai ukuran 30 mm lebih panjang berbanding pendahulunya pada 4,539 mm, manakala jarak roda kekal sama seperti sebelumnya, iaitu 2,680 mm.
SUV ini juga difahamkan menawarkan ruang but yang lebih luas iaitu 652 liter, lebih besar 37 liter berbanding sebelumnya.


DALAMAN:
Dikhabarkan, SUV ini menerima beberapa penambahbaikan yang cukup mengagumkan.
Sebaik membelek bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan rekaanw pemuka hadapan yang baharu,, lubang udara yang lebih tipis.


Selain itu, Digital Cockpit berasaskan sistem infotainmen MIV4 dengan skrin digital 10.25-inci, skrin sesentuh 15-inci di bahagian tengah selain, dan terdapat juga head-up display baharu serta Driving Experience Control dengan skrin mini OLED pada konsol tengah.

TRENKUASA:
Mengenai trenkuasanya, Volkswagen memaklumkan bahawa SUV ini ditawarkan dengan pelbagai enjin, termasuk nadi turbodiesel (TDI), turbo petrol (TSI), turbo petrol mild hybrid (eTSI) dan hibrid plug-in (eHybrid).


Apapun, bagi versi elektrik, ia menawarkan jarak gerak elektrik sekitar 100 km
Sebagai permulaan, varian asas Tiguan eTSI menerima enjin 1.5 liter 4-cyl turbocharged petrol mild-hybrid setup (MHEV) yang boleh menghasilkan kuasa setakat 129 hp atau 148 hp dengan semua kuasa dihantar ke roda hadapannya (FWD).


Sementara itu bagi enjin petrol ia boleh menghamburkan kuasa setakat 210 hp dan 261 hp. I dipadankan dengan persediaan pacuan semua roda (AWD) 4Motion VW.
Beralih kepada model PHEV baharu, persediaan rangkaian kuasa ini menggunakan enjin 1.5 liter yang sama daripada model eTSI, yang kini dipadankan dengan motor elektrik hibrid yang lebih berkuasa.
Bagaimanapun, kedua-dua varian PHEV masih mendapat output yang sama seperti pendahulunya, iaitu pada kadar 201 hp dan 268 hp.

Apapun soal pengecasan mungkin tidak menjadi masalah besar kerana ia disumbat dengan pek bateri berkapasiti 19.7 kWh. Jadi ia kini menyokong pengecasan pantas DC pada kadar sehingga 50 kW.
Bagaimanapun, VW masih belum mendedahkan anggaran masa pengecasan untuk SUV PHEV ini.

Volkswagen Tiguan serba baharu ini dijangka memasuki pasaran Eropah pada hujung tahun 2024, dengan harga dikatakan bermula daripada €35,000 (RM175,593).
Buat masa ini, Tiguan baharu akan tiba dalam satu varian lima tempat duduk, dengan versi Allspace tiga baris ditetapkan untuk digantikan dengan model baharu sepenuhnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge