Dilancar: VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025, Ada 2 Varian

Selain Volkswagen Golf GTI Black Edition dan Arteon Wolfsburg Edition, Volkswagen Malaysia turut melancarkan VW Tiguan Allspace Wolfsburg Edition 2025 ke pasaran tempatan.
Untuk makluman anda, terdapat dua varian Tiguan Allspace iaitu Tiguan Allspace Elegance dan R-Line Wolfsburg Edition.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan aksesori tambahan seperti berikut:
• Pelindung tepi ruang muatan menawarkan gabungan fungsi dan gaya.
• Bekas pada but yang diperbuat daripada polipropilena tahan lasak,direka khas untuk muat dengan sempurna di lantai ruang kargo dan mudah ditanggalkan untuk dibersihkan.
• Pemegang dan cangkuk pintar yang merangkumi Pemegang Multimedia untuk apa jua peranti pintar, boleh dipasang menggunakan adaptor pada bahagian belakang penyandar kepala tempat duduk hadapan. Parameter keselamatan dan fungsi penyandar kepala ini mampu menampung beban sehingga 3kg.
• Pedal Sports Aluminium (Tiguan Allspace Elegance sahaja) - binaan berkualiti tinggi buatan Jerman dengan salutan anti-gelincir untuk penampilan atletik dan cengkaman pedal yang mantap.
• Pelindung bucu dengan gaya lasak lasak untuk melindungi bampar kereta daripada calar dan kesan geseran.
Harga runcit yang disyorkan untuk model Edisi Wolfsburg termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP) adalah RM210,990 untuk Tiguan Allspace Elegance, RM263,990 untuk Tiguan Allspace R-Line.
Bagaimanapun, kedua-duanya didatangkan dengan harga promosi. Tiguan Allspace Elegance ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM30,000. Jadi harga selepas penjimatan adalah hanya RM180,990.
Sementara itu, Tiguan Allspace R-Line pula ditawarkan dengan penjimatan sebanyak RM20,000 dan Harga selepas penjimatan pula hanya RM243,990.
Semua model Wolfsburg Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiguan Baharu: Ada 4 Pilihan Trenkuasa
Selepas beberapa foto intipan dan model prototaip dibalut dengan pelekat camo, akhirnya SUV Volkswagen Tiguan membuat penampilan secara global.
20-09-2023
Beli VW Dengan Diskaun Hingga RM18,888 Sempena Tahun Baru Cina
VPCM lancar promosi Tahun Baru Cina. Rugi tak beli sekarang!
08-01-2024
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat